Saturday, March 9, 2019
shape of my heart - Vanessa - bukan aku tak cinta
masa aku kerja sebagai storekeeper kat Georgetown SS2...fikiran aku memang jauh dari memkir awek awek...tambah masa tu aku baru je pulih dari sakit demam panas...nasib baik keluarga mak saudara aku bagi semangat kat aku...
lepas aku sembuh aku mula cari kerja kat sekitar area SS2 PJ ...aku dapat kerja tu dan aku kerja lah dadari pagi ke petang jadi store keeper kat Georgetown Pharmacy. aku berkawan dengan budak sekolah agama masa tu generasi Ijot dan kawan kawan dia. sebelum ni aku berkawan dengan generasi aruah abang awal . bila abang awal kahwin aku join generasi Ijot pulak.
aku masa ni asyik layan kepala sendiri...masa kerja aku buat kerja...masa rehat aku lepak seorang diri kat taman. masa petang aku balik rumah. sebelum balik rumah aku lepak kedai mee rebus mamak dekat panggung wayang paramount. sampai mamak tu pun nak balik tutup kedai masa aku nak makan mee rebus dia... aku makan selalu dua pinggan. lepas kenyang baru aku balik rumah...dan tidur dan esok bangun pergi kerja. kalau aku bosan lepak kat rumah aku naik main games kat pekan Seapark atau Oldtown rumah kakak aku.kakak aku yang baru kahwin tu rumah dia kat Oldtown jalan Othman PJ.
bila hari minggu aku tak tahu nak buat apa...aku pergi lepak rumah Nazri kat Keramat. Nazri sekarang dah lupakan awek lama dia Yam. dana da awek baru nama Kat. Kat pun kawan satu ofis Yam jugak. aku pun hairan. masa ni aku ada gaji je aku sopping kat Bukit Binang dengan NAzri dan jammed kat studio dengan Jabadak.
bosan aku macam ni. rasa kosong sangat. masa tu kat tempat kerja Georgetown tu cuma ada promoter awek Melayu nama Rina dan seorang amoi cina nama Vanessa. dengan Rina ni aku tak berapa sebab aku tak tertarik dengan dia. walau dia selalu jugak ajak aku makan tengahari. aku suka keluar dengan Vanessa. dia ni okey...dia tahu aku dari kampung dan tak berapa sosial. dia rilek je. ada satu masa aku temankan dia pergi bank masa lunch dia boleh pegang tangan aku masa lintas jalan. terkjut jugak aku.
Vanessa ni slim orangnya macam cutting ala model...salah pandang macam Oikuan. rambut dia pun lurus. dan pernah jugak dia tanya. you tak suka sama Rina ke? aku jawap...tak sukalah dia gemuk..I suka macam you slim.
kat Georgetown semua orang suka aku melainkan seorang supervisoe melayu ni namanya Halim. dia cukup dengki dengan aku. ada aje nak buat aku bengang . aku dah siap kerja pun dia sibuk suruh overtime. lastnya aku pertikaikan kuasa dia. aku kata aku storekeeper bukan buat kerja sales atau promoter nak buat overtime. aku buat overtime kalau boss suruh aje. huh bengang dia dengan aku. aku sound tepat je masa ni.
lastnya aku bosan buat kerja sebab aku teringat kat Maznah sebab masa aku lepak kat rumah Nazri sabtu ahad...dan aku balik kerja hari Isnin...aku terserempak awek muka sebijik macam maznah naik bas mini kat Keramat dan turun kat Regent Hotel. sebiji macam muka Maznah. aku terus pergi ambkik MC hari tu...dan bermulalah aku takde eemangat nak kerja dan aku asyik ponteng kerja. masa tu walau aku ponteng kerja boss masih suka aku. dan aku buat hal lain kebas ubat kat store dan aku jual.
alastnya Halim dapat bukti dan masa aku datang kerja dia kata lepas ni aku ambik duit dan tak payah datang kerja lagi. sebab diorang tahu aku curi barang kedai dan tak nak buat report. dan aku dinasihatkan berhenti.aku pun berhenti .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
entry special gaisss... - erti sayang dan cinta
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
STATISTIK DAERAH Senarai Mukim dan Statistik Penduduk Nama Mukim Penduduk Keluasan BATANG PADANG 34,200 orang. 52,836 hektar. CHE...
-
wajah siti aku paling minat masa album cindai so tahun 1998 ni merupakan tahun serba baru buat aku...kerja baru...duduk kat rumah ba...

No comments:
Post a Comment