Monday, March 9, 2020

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss...erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan penerimaan memang mana mungkin akan sama seperti yang kita sendiri bayangkan...

tapi trylah baca blog ni aku pernah menulis kat blog group ni satu masa dulu masa trend orang menulis blog tengah hangat dan sekarang suam suam aje sebab orang dah berpindah minat kat Youtubers gaisss...


https://secret7writer.blogspot.com/

klik aje kat link atas tu gaisss...dan kalau nak cari tulisan aku aku guna nama pena . nama pena aku dalam blog group ni Tulisan El Mariachi. okey tq gaisss...atas sokongan anda semua. muchas gracias.

Tuesday, February 18, 2020

balada hati - setia kasih & terkilan


Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya
 
Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa...
Aku tetap setia


aku memang tak tahu apa yang Maznah lalu lepas kitorang putus terpaksa...aku tahu memanglah dia akan bersedih sedangkan aku pun ambik masa lama aku nak kumpulkan semangat aku nak hadapi kehidupan tambah lagi aku ada krisis dengan bapak aku da aku kena halau dari rumah sebelum kakak aku kahwin  dan aku menumpang kat rumah kakak sulung aku. aku rasa makcik saudara aku dah bagi tahu dah kat maksu Minah rasanya. tapi hari perkahwinan kakak aku tu mak saudara aku tu dan maksu Minah takde pulak datang sebab diorang ada program persatuan Wanita melawat Kuala Kangsar. 

yang datang masa tu cuma Maznah sorang je...masa tu aku tengok Maznah okey je...cuma yang aku hairan dia lari balik rumah tergesa gesa...kalaulah aku boleh tanya Maznah apa yang terjadi masa dia sebelum dan selepas kitorang berpisah tu...sebab aku tak jumpa dia dah selepas tu...kecuali masa dia ambik periksa SPM tahun 1993. masa tu aku dan dia macam dah takde hubungan dah.

Terkilan…
Hati ini bila mengetahui
Diriku tak diperlukan lagi
Bukan ku berdendam
Bukannya aku membenci
Tapi ku rasa berjauh hati

Tak perlu memujuk Dan tak perlu lagi
Kau berkirim salam pada diriku
Biarkan aku…
Ku pujuk hati
Sentiasa sabar menerimanya
Walau diriku Memendam rasa…

Monday, February 17, 2020

balada hati - hanya padamu


so, bulan Februari ni sempena bulan kasih sayang untuk pasangan kekasih aku up entry cinta kenangan lama aku lah ye...layan sampai lebam cerita kisah cinta aku dulu dulu ni...hahahaha...

masa ni dalam bulan September 1993...aku masa ni kerja dengan private company Landsurveyor bapak schoolmate 1988 - Tan Bee Lin tu. bukan best pun tapi masa ni aku ketepikan hidup aku sebagai remaja yang perlukan teman atau girlfriend.

hidup aku memang sunyi masa ni...takde kawan sangat  ada sorang aje iaitu anak buah aku iaitu Along . duit gaji kerja pun bukan banyak sangat tapi aku happy. sebab apa? sebab aku ada aje bila mak atau bapak aku perlukan aku. keperluan rumah aku sediakan seadanya ikut kemampuan aku.

aku jugak start menyimpan sebab aku tahu aku punya kerja ni bukan ada potongan epf...selama aku kerja dari bulan june 1993 sampai lah sept 1993 aku dah simpan rm300 dalam ASB . Along pulak dah beli basikal racing.

pasal Maznah...bekas kekasih aku dulu...tahun 1992 aku declare dia kekasih aku dengan bagi kad Valentine... dan terputus di tengah jalan walau aku tak pernah ucap kata putus pun kat dia . apa yang terjadi dia stop belajar mengaji quran dengan mak aku. lepas keadaan haru biru...dan mak aku bagi tahu sebelum dia stop belajar mengaji tu..hari hari dia menangis masa datang belajar mengaji...

itu masa tahun sebelumnya...tapi tahun 1993 ...kali terakhir aku jumpa Maznah ialah masa kakak aku buat kenduri sebab dia nak melahirkan anak dia. so, masa tu aku baru je balik kerja dan aku terus ke luar rumah nak buat apa yang patut...macam masa tu aku menggoreng ayam kat dapur luar rumah.

baru balik kerja ke Mat?
ye maksu...
kerja sukat tanah tu berapa dia bayar gaji
tak banyak maksu 
tapi bolehlah saya tolong tolong beli barang dapur ke apa ke....
hemmmmm...

tiba tiba suasana macam hening seketika bila ada kehadiran seseorang dari jauh datang menghampiri kami berdua masa menggoreng ayam tu.... aku macam nak pengsan bila tahu Maznah yang datang...

jiwaku dipalu gemersik tak terkira
hampirku terlena dengan belaian mu
cintamu selembut sutera
menjadi saksi  kasihku
tiada dua hanyalah satu 
kau yang kucintai....

Maznah tersenyum dia tengok aku...tersenyum? apa dia dah lupa ke aku pernah jadi kekasih dia dan dia pernah jadi kekasih aku? aku ni berdebar debar tengok dia datang. degup jantung berdetup detap kencang...sudah hampir setahun lebih aku tak bertemu dia sejak aku merantau ke kota membawa hati yang duka lara...memendam rindu kat Maznah...orang yang kat depan aku ni...

apa khabar Maznah...
baik abang Mat..
dah cantik ye Maznah dah sekarang ni 
bertuahlah siapa dapat Maznah ni jadi gf...
takdelah abang Mat...

aku cuba kawal perasaan aku...memang perbualan tu terjadi secara  tiba tiba terpacul kata kata entah apa apa yang mungkin hanya akan menyakitkan hati aku sendiri kalaulah dia jawap dia dah ada bf baru. namun aku hanya berserah aje...apa pun aku terima sekarang. jika itu yang aku perlu bayar untuk aku bertemu seperti ini. jika itu yang aku perlu bayar untuk sebuah penawar hati aku yang rindu yang aku simpan selama ni pada Maznah.

sekelumit cinta segurun kerinduan 
merempuhi ranjau duka
membara sehangat api
terhapus sepi di hatiku

terubat rindu aku kat Maznah tengahari tu...angin bertiup lembut walau matahari boleh tahan memancar terik jugak...rambut Maznah menutup wajahnya yang redup itu. walau pun redup tapi ada seimbas cahaya manis dari pipinya...dagunya...bibirnya ...matanya....

seulas bibirmu kelu tidak berkata 
namun ada sesuatu
nur bisa dari matamu 
terpancar cinta yang sejati

dan macam biasa masa begitu cemburu pada kami berdua....Maznah macam happy sangat masa tu...dia duduk duduk dekat dengan aku sedangkan tempat duduk tu cuma sebongkah pasu yang diterbalikkan...bila dia duduk macam tu punya dekat sebab nak mengelak dari terkena asap dapur  dan bahang api masa tu... aku pun try tak dekat sangat dengan dia tapi lastnya ku macam nak terjatuh pulak...Maznah ketawa tengok aku...aku pun bangkit pun ketawa...lastnya maksu Minah tengok kitorang dah lain macam je...dia pun suruh Maznah balik rendam laksa...itulah kali yang terakhir aku jumpa dengan Maznah dan takde dah jumpa lepas tu sampai lah sekarang....

awan yang berarak 
saujana membiru 
cerahlah wajahmu di rimba senduku
menjadi hamparan cinta suci

Sunday, February 16, 2020

balada hati - I'm Calm



I walk alone, I'm lonely
Why should we hear your problems?
I sit at home, I'm crying
Don't wanna know, we don't care
My baby's gone, she left me
Suits you right boy, you now it
My world gone wrong, please help me
We have no time, no beat it!
And everyday, we share our dreams
And everynight, we laugh at things
Now you don't care, now you don't feel
So many friends, now where they'll be?
Now you tell me...

aku pun hairan macam mana aku boleh cool dan rileks masa ni walaupun bekas gf selalu je lalu lalang depan mata aku...asyik terserempak aje dengan Maznah. kalau aku nak pergi kerja pagi pagi tu masa aku keluarkan basikal aku ( masa tu aku naik basikal aje pergi kerja kat rumah encik boss di Bidor Park jalan Paku)

maksu Minah pun selalu naik kereta lalu kat jalan depan rumah aku nak hantar suaminya Acu Din ke pekan naik bas ke  Slim River dalam pukul 7.30 pagi macam tu, Acu Din kerja kat pejabat Daerah Slim River. masa tu Acu Din mungkin tak boleh bawak kereta.so, maksu Minah memang nampak aku hari hari mengayuh ke pekan nak pergi rumah encik boss aku. masa tu aku kerja sebagai kuli juruukur tanah kalau nama glamer dia chainman.

aku memang commited kerja kuli sukat ni. tak pernah satu hari pun aku. ponteng. kerja pun sampai half day aje. masuk pukul 8 pukul 12 dah balik rumah. kalau kerja outstation baru balik lewat sikit.outstation macam luar Bidor lah macam Tapah ke, Sungkai ke...kalau kerja lepas tengahari encik boss belanja kitorang makan tengahari... kan best tu...hahaha...

kalau macam Maznah aku selalu terjumpa kat seberang jalan kat rumah lama sebelah masjid tu. aku sampai sekarang tak tahu apa kena mengena dia dengan orang kat situ. sebab selalu sangat dia aku nampak kat situ bila aku balik kerja. aku rileks je la...aku lalu depan dia...kadang kadang aku nampak dia sembang dengan mamat mana entah. so, siapalah aku nak persoalkan semua tu. itu hak dia nak sembang atau kawan dengan sesiapa pun. siapalah aku di mata dia masa tu kan...hanya seorang insan hina... so, aku pun sedar diri dan tak kacau dia dah.buat macam tak kenal aje kalau terjumpa. walau dalam hari aku masih sayang kat dia. manalah dia tahu aku bersedih tiap tiap teringat kat dia.

Maznah tahun tu dia ambik periksa SPM so, aku rasa memang dia takde masa lah nak fikir perkara lain selain periksa SPM aku rasa....so, aku masa ni memang tolak tepi pasal awek awek ni. mungkin aku sedar siapalah nak kat aku ni. kerja kuli ..naik basikal...selekeh....tu yang aku sedar sampai satu hari maksu Minah jumpa aku dan kawan kerja kat kedai kopi di pekan sebab kitorang breakfast kat kedai tu Azra Ekspress. mungkin dia hantar suami dia atau siapa aku tak ambik pot pun.

Mat kerja apa sekarang?

aku senyum aje tanpa jawap apa apa ...sebab aku sedar dia hina aku bukannya nak tahu aku kerja apa...sampai Mat Nor pun hairan aku tak jawap pertanyaan maksu Minah tu. sama macam Man yang cerita pasal masa dia masuk ofis pejabat Tanah Tapah dengan encik boss dan orang dalam ofis tu pandang dia macam hina sangat kata Man. dan cerita Mat Nor yang sedih sebab mak saudara awek dia tak bagi dia kawan dengan Mat Nor. aku fikir senang aje...biarlah orang pandang hina kat aku atau kawan kawan aku. kitorang hanya cari rezeki yang halal untuk sara hidup sendiri dan sara keluarga kitorang. perkara lain orang nak pandang hina ke pandang rendah ke biarlah. janji kitorang dapat rezeki dan tak susahkan siapa siapa.

hidup aku pun happy sebab aku punya rezeki berkat bila kita jaga orang tua mak dan ayah kita. walau tak nampak mewah tapi hati senang. kalau aku rasa bosan duduk rumah aku pergi rumah kakak aku dan lepak sampai malam. kalau aku terasa nak makan mi kari hailam aku gi kedai maidin tu ada jual mi kari style cina. ni semua Man lah yang ajar...makan style cina.

hubunganaku dan Man dan Mat Nor pun makin akrab sebab kita aje yang tahu hal kitorang susah senang. saling nasihat menasihati antara satu sama lain. walaupun background diorang bukanlah orang pandai dan orang kaya ke apa...tapi kitorang belajar erti kehidupan dengan hakikat hidup kitorang...

pasal Maznah aku dah letak jauh jauh di sudut hati aku. aku memang takkan boleh melupakan dia. kau diam lah kat sudut tu ye Maznah. aku tetap sayang kau walau masa tu aku tak dapat memiliki kau. namun aku masih sayang kat kau. aku harap satu masa nanti aku akan dapat memiliki kau bila aku dah punya segala galanya nanti....

Saturday, February 1, 2020

friends - kawan ketawa ramai


jarang aku nak tulis entry pasal kawan...banyak kawan asyik suka menyusahkan aje...kalau tak menyusahkan pun kawan masa senang aje...masa susah larikan diri dari kita supaya dia tak dapat susah dari kita...
macam baru baru ni aku dah dekat setengah tahun kena VSS program, pemberhentian pekerja...mulanya kami dijanjikan untuk urusan pampasan yang senang atau smooth dan takde masalah. tapi akhirnya keperitan yang kami rasai . susah hiudp tanpa pekerjaan...nak cari kerja umur dah berusia 40 keatas takde company yang nak ambik kerja.

memang perit tapi kami terpaksa telan. jumlah orang yang VSS adalah separuh dari jumlah pekerja iaitu 700 orang dari 1400 orang. bayangkan pengorbanan kami untuk mereka yang tak ambik VSS ni untuk company terus survive dengan kos operaasi yang dikurangkan.
masa berjalan..macam macam cerita pasal VSS ni...terkini duit pampasan VSS kami sangkut dan tak dapat diberi seperti perjanjian masa ambik VSS tu sebab katanya syarikat takde duit nak bayar. syarikat kena jual asset baru boleh bayar.
namun bila kami susah macam ni...kawan kawan yang masih kerja macam menyebelahi pulak syarikat dan menghina kami yang ambik VSS ni macam macam. macam diorang ni dah dapat dedak pulak dari syarikat yang menipu kami.

Nicholas
masa susah aku memang bersama dia...tapi bila aku susah dan dia dapat kontrak sambung kat syarikat lama. tiba tiba bicara dia dah lain. dia kutuk aku pasal tak faham pasal syarikat. biasalah dah ada kepentingan dan jadi orang kuat syarikat. apa dengan left grup dia dapat dedak ke? syarikat bagi? atau bila dia tak pedulikan wasap aku dia dapat sambung kontrak berbulan bulan ke? terus senyap tak hubungi aku dah lepas dapat kontrak tu...aku rasa macam dikhianati aje. takpelah...sedih tapi kena terima. aku tahu Nicholas ni lalang...aku rasa mungkin bila dia dah masuk kerja kontak tu dia kamceng samada dengan Andres atau Agustina...diorang berdua ni ada agenda sendiri. dan Nicholas selalu suka berkawan dengan orang yang macam ni.
dia sanggup tinggal aku terkontang kanting dengan aku wasap pun dia takde blue tick maksudnya dia delete terus tanpa baca. hawau punya kawan... macam aku dah tak diperlukan lagi dah dalam hidup dia.

Zachary
kawan aku yanmg mengaku sahabat selamanya ni... aku masukkan dia dalam grup wasap geng aku. tapi akhirnya dia left grup sebab hati tisu tak tahan gurau. tapi selalunya dia yang komen kat dalam tu sampai aku tertanya tanya dia ni sokong aku ke sokong orang lain. dahlah dia pun left grup konon kata tak nak bergaduh dah tua tua. tapi aku punya niat masukkan dia grup wasap tu nak bertanya khabar berita. bukan nak suruh bergaduh. pokok pangkal hati sendiri lah...kalau apa yang kau niat dalam hati itu lah yang kau dapat.
aku ada jugak cerita pasal masalah aku kat dia pasal personal dan pasal family. aku ingat dia nak tolong. sampai ke sudah dia tak tolong dan larikan diri pulak...masa aku masih kerja dulu ada jugak aku tanya khabar dia ajak solat Jumaat sama sama walau aku tahu dia ni kalau pasal betina je yang laju...kalau pasal kawan sampai sudahlah...hanya janji manis...dan dia jugak tinggalkan aku sama macam Nicholas masa aku betul betul perlukan kawan tempat mengadu.
tq lah Zachary

Emanuelle
lagi haru...kawan baik masa sama sama kerja...pinjam duit aku tak kira masa...ada duit ke takde duit ke aku tetap bagi. dia nak pinjam kat kawan dia yang lain jatuh airmuka dia.memang aku tak faham ego manusia ni. bukan aku kenal dia baru setahun dua...hanya pasal tak sama pendapat pasal pengurusan je dia boleh menkondem apa sahaja pendapat aku. dan sudah join musuh aku pulak. kondem aku pagi petang. aku nak cerita banyak pun malas...dia kawan baik aku...kawan rapat aku...hanya kerana dia tak suka dan tak setuju sesuatu dia boleh jadi musuh dalam selimut pulak. dia memang sakit hati kalau aku baik dengan Leonardo atau sokong orang yang dia tak suka dan kondem orang yang dia respek...macam Adriano dan Majido...

Alejandro @ Alex
aku dengan dia tak lah baik sangat sebab aku tahu sampai kat mana baik dia. so, dalam wasap grup dia nak jadi admin atau nak jadi leader . kat mana mana pun dia nak jadi ketua. dia tak nak jadi followers. kira gila kuasa lah dia ni. aku tak kisah tapi bila nampak sangat dia nak jadi ketua dalam satu grup. dia pecah belahkan sesama sendiri. semata mata nak pengaruh dan berkuasa. so, ada pulak musuh aku dalam grup yang aku kenal pasti iaitu Antonio. aku berfikir Antonio ni lah titik tolak atau jadi batu api pad tindakan Alex selama ni.
Aku masih berfikir Alex pernah tolong aku masa tak takde duit. dia bagi aku jual Fleur dia. tapi di masa yang sama dia suruh aku buat kerja orang lain walau dia tahu aku tak berapa sihat. sebab pernah masa aku masih kerja...Alex suruh aku buat kerja walaupun dia tahu kondisi kesihatan aku...dia boleh suruh aku ambik suratkhabar dalam stor sedangkan dia tahu aku tak boleh buat kerja berat dah. sama masa tu kak Olivia, Fredrico dan Sebastian pun boleh suruh aku buat kerja berat masa tu. apa dalam fikiran meraka masa tu aku tak tahu. mungkin mereka nak tengok aku tumbang dalam stor agaknya?
tapi aku tak buat apa yang diorang suruh...aku persoalkan siapa yang suruh aku buat ? boss ke? baru diorang tahu aku ni macam mana...nak senang makan macam tu aje...? malam sikitlah..

Maximiliano @ Max
memang suka kutuk aku depan orang dan kutuk aku personal...macam nak jatuhkan airmuka kita depan orang...dan aku terus tak pedulikan apa yang dia kata kat aku sebab aku tahu itu sikap dia. aku faham dia tapi dia selalu tak faham aku dan jadikan aku bahan.memang mentaliti sama macam Alex...mentaliti kampungan dan mentaliti sempit. tapi Max takdelah sampai nak bagi aku stress...suruh itu suruh ini.

so ingatlah 3 jenis orang ini kalau nak cari kawan.

Orang yang membuatkan kau dalam masalah
Orang yang tolong kita masa kita masalah
Orang yang lari bila kau dalam masalah

Wednesday, January 1, 2020

friends - jiwang janji rock

semua lagu ni pada tahun yang berbeza...takdelah berbeza sangat selang setahun je...1987 - 1988..masa ni memang kegemilangan lagu lagu rock...belum cerita lagu Search...Wings dan Lefthanded lagi...sebab lagu lagu ni power pada aku ialah sebab ada jugak aku layan jiwang cintan masa ni kisah cinta baru nak berputik masa nak ambik SPM tu...masa tu pantai timur banjir dan SPM delayed beberapa minggu dan masa tu lah aku terjatuh cintan kat awek yang sebelum ni tak pernah hadir dalam hati aku yang macam nerds ni...pasal awek satu sekolah...awek kenalan pena kat Kelate dan amoi pun ada jugak..so follow the story mory...

chia oikuan -1988 
- rusty blade - tercipta kasihku
masa ni aku tangkap cintan dengan  satu amoi nama chia oikuan...masa ni memanglah aku tak tahu nak buat apa sebab SPM delayed sebab banjir kat pantai timur...so, aku dan kawan kawan satu batch melepak dari pagi sampai petang sampai dua minggu baru SPM on balik. masa melepak ni memang seronok tapi saspen jugak sebenarnya...lastnya tangkap cintan dengan amoi dekat satu area dengan rumah aku. aku kenal dah lama amoi ni cuma pencetusnya Murad kawan akulah suruh bagi buku autograf kat rumah dia satu petang tu dengan Madi dan Nazri...aku rasa oikuan ni baru form three ambik SRP masa tu kat sekolah cina . Murad selalu terjumpa dia kat pasar kot sebab Murad ni ada satu girlfriend amoi jugak kat sekolah nama Waiching ...so, lepas aku balik je dari rumah oikuan ni aku cakap kat Nazri aku sudah tangkap cintan dengan oikuan...minat sebab masa jumpa tu dia belai rambut dia suehhhh...dan pakai baju kaler hijau muda dan skirt pink....terus aku bagi buku autograf aku pulak kat oikuan sebagai tanda perkenalan esoknya...hahahaha... 

rosni - 1987
- rusty blade - tiada lagi aku
masa ni aku minat kat sorang awek nama dia Rosni dia senior aku setahun ..orangnya kecik molek aje macam sheila majid ..lemah lembut sopan santun jalan tunduk  rapat langkah satu satu...aku minat sejak 1986 lagi masa tu aku form three...tapi aku memang tak reti ngurat,,,aku cuma berkirim salam je. dengan seorang budak kampung aku classmate dia nama Ita...Rosni ni budak pandai...dia dapat 10A dalam SPM 1987 dan hari anugerah tu aku turut turun kat dewan sekolah tengok dia dapat hadiah...semua orang bila nampak dia aje diorang kata awek aku...dia punyalah mekap hari tu sampai aku pun terkejut...macam wayang opera cina...aku tak sempat nak ucapkan tahniah pada dia...ye lah orang pandai mana nak pandang aku dah...

noriza kelate - 1988
desire - dian cinta
dengan awek kelate ni aku kenal sudah tahun 1985 melalui kenalan pena  dari sebuah majalah kartun Bujal. hahahaha...so aku follow dia punya perkembangan...sampai form 5 dah macam takde khabar berita...dia sibuk study untuk SPM kot... 

lagu lagu yang lain pun best jugak tapi takde kenangan cintalah..kenangan lepak rumah Azman Ali dan Rayod @ Along aje yang aku tahu...  

sofea - bunga padang pasir
sofea - suratan perpisahan
medicine - tika dan saat ini
medicine - rimba cintaku

friends - kawan menangis takde...



dalam tahun 1993 aku berhenti kerja di PJ kat Georgetown sebab aku didapati ada kes ambik barang pharmacy dan dinasihatkan berhenti supaya diorang tak buat report. sebab boss pharmacy tu kesian kat aku. so, aku pun berhentilah sebab dah kantoi sebab aku cuma ambik ubat ubat aje...bukan aku ambik duit...aku sebenarnya bosan jadi baik tapi orang asyik kenakan kita ...lastnya aku jadi macam apa dorang nak aku jadi...

so bila aku dah balik kampung aku takde kerja start dari lepas raya bulan Mei macam tu. aku try apply macam macam kerja tapi tak sesuai ...dan lastnya aku dapat  kerja kat satu juruukur tanah private. yang tangkap projek kecil kecilan. so, aku pun mula kenal dengan Man atau Din. aku memang kenal Man ni sebab masa sekolah rendah aku sempat satu sekolah dengan dia. tapi bila dah sekolah menengah dia tak sekolah lagi.

tapi sekarang aku bekerja pulak dengan dia. aku tak pernah nak kenang pasal masa lalu dengan dia sebab dulu dulu punya cerita dan sekarang sekarang punya cerita, memang Man dah berubahlah sejak dia kahwin dengan Amisah. Amisah pun kawan satu kelas dengan aku masa form five ...hahahaha...nak jadi cerita boss atau tauke yang aku kerja ni pun bapak pada Tan Bee Lin satu tingkatan jugak masa aku form five dulu hahaha...


so, aku pun mula start kerja dengan Man ni...dan ada jugak sorang lagi kawan aku masa sekolah rendah dulu Mat Nor namanya...so kitorang bertiga pun sam samalah bekerja. memang aku banyak kena belajar dengan diorang . dalam sebulan yang pertama dan sebulan yang kedua aku kena buli ajelah dengan diorang sebab baru nak belajar kerja. tapi masuk bulan yang ke tiga aku dah mahir sikit sikit pasal kerja. dan Man ni punyalah bertimbang rasa sebab dia nak rekemen aku naik gaji dengan encik atau tauke. memanglah diorang pun akan naik gaji juga kalau aku naik gaji. so sama samalah naik gaji. bila Man tengok aku dah boleh buat kerja dia pun rekemen aku naik gaji.

memang seorang kawan yang betimbang rasa dan tak pentingkan diri sendiri. walau dia takde pendidikan atau pelajaran tinggi tapi hati dia baik dan tak pernah simpan dalam hati. pada dia masa kat tempat kerja adalah masa untuk dia buat perkara baik selain kat rumah dengan nak bini dia.
adatlah kalau berselisih faham sikit sebab aku kadang kadang ponteng kerja kalau lambat bangun . itu biasalah...tapi Man tak pernah simpan dalam hati.

sampailah masa aku dah dapat peluang kerja dengan Proton bila abang ipar aku pulak rekemenkan kat Shah Alam tu. aku rasa berat jugak aku nak tinggalkan kerja ni tapi aku rasa macam aku perlu jugak ubah masa depan aku . sebab nak harapkan kerja ni memang takde masa depan walau kerjanya adalah kerja yang sama bapak aku kerja untuk membesarkan aku. pekerja juruukur tanah. dan aku memang mewarisi bakat bapak aku dan encik pun kata aku cepat belajar.

aku terpaksa jugak tinggalkan kerja ni. dan sejak itu aku pun merantau kat kotaraya lagi sampai aku berkahwin dalam tahun 2002. dan aku tak dapat peluang berjumpa dengan Man sampailah satu masa aku dikejutkan dengan khabar Man sudah meninggal dunia pada tahun 2016.

sampai kini aku masih kenang Man sebagai sahabat yang baik dan tak pentingkan diri sendiri. dia seorang sahabat yang memang susah nak cari dah dalam dunia ni. aku masih ingat kata katanya masa aku dah dinaikkan gaji dari lapan ringgit ke sepuluh ringgit hasil usaha dia rekemen kat encik.

"dah naik gaji ni kau belilah mesin basuh bagi mak kau pakai Mi...
tak kesian ke kau tengok mak kau basuh pakai tangan..
aku tengok ada kedai Singer kat depan sekolah tu boleh bayar ansuran"

walau pun hanya pasal mesin basuh tapi ia menunjukkan yang dia prihatin kat aku dan tak nak aku belanja duit pada perkara yang bukan bukan...itulah kawan sebenarnya. Thank you so much Man. semoga kau ditempatkan disisi hamba hambaNya yang dikasihi. amin.

friends - kawan apa erti sayang?


aku belanja satu landskap semualajadi  pemandangan yang sangat menyejukkan mata dan hati walau lalu sekejap aje kat situ... kat kampung pasir pekan, sungkai lepas atau sebelum masuk bypass nak ke teluk intan.

aku baru je lalu kat jalan Sungkai masa nak balik KL lepas raya...iaitu jalan nak pergi kg Pasir Sungkai tu...aku teringat classmate aku seorang perempuan cina namanya Tang Siew Fong sebab dia baik dengan aku...masa sekolah form four lepas SRP aku mula mix dengan pelbagai bangsa...aku pun terikut jugak jadi mat diskang atau mat jinjang...mau wehhh kalau orang tahu...aku terikut style artist hong kong...tapi tak lama lah dalam satu tahun tu aje...1987..aku memang rasa pelik sebab aku boleh layan lagu cina macam lagu Alan Tam dan jugak artist Jepun iaitu Anzen Chitai. turut menjadi ikutan aku masa tu ialah saudara aku kat Petaling Jaya tu...generasi kakak Nizam. adoi malunyer aku...pakai seluar karot cut..baju kaler kaler cerah terang dan flourscent...rambut letak gel semangkuk...kasut palass jazz kaler kaler tu. baju punya style jangan cakaplah...aku sorang je berani pakai masa tu...

aku terpengaruh sebab aku masa tu dah takde kawan kat sekolah sebab kawan aku Nazri pergi ke Kajang tukar sekolah sebab dia nak masuk kelas sains kat sekolah tinggi Kajang...asib baiklah aku terselamat dari terus menjadi mat jinjang lepas aku follow kawan kawan rockers aku...dan jugak aku mula tinggalkan baju baju mat jinjang tu bila aku jadi prefek dan aku join Nazri yang balik ke Bidor dan masuk balik sekolah form five. kalau tak entah apa jadi kat aku sekarang...mungkin jadi macam Aznil atau Azwan atau Najip Ali. sebab orang yang suka berfesyen ni akan mengikut arah arah macam tu...

berbalik pada cerita kawan kawan sekelas bangsa cina ni memang semua baik dan mereka sangat sporting dan membina atau menyokong apa kita buat. mereka juga sangat mesra berbanding kawan melayu yang kalau kita baik aje diorang kata kita ada tujuan lain berbaik dengan diorang.memang aku sernoklah kawan dengan amoi amoi ni...dah lah cantik baik pulak.tapi aku tak pernah ambik kesempatan walau aku tahu boleh je... 

kat Bidor ada kem cina...kat situlah nenek segala cina dulu dulu duduk. berbeza dengan India...yang boleh sekampung dengan Melayu.yang aku ingat kem cina ni dari kecik aku tak pernah masuk...buat apa masuk ye tak...

selain kem cina Bidor tu cina cina kat Bidor duduk kat taman taman...macam macam taman ada...kalau kat jalan nak pergi Tapah ada kg baru tanah Mas...kalau nak pergi tapah ada kg baru Pekan Pasir  dan kalau nak pergi teluk intan ada kg baru coldstream. tempat teempat yanga ku sebut ni mempunyai masa tertentu untuk transport awam seperti bas masuk iaitu pukul 6 - 7 pagi - 12-1 tengahari dan 5-6 petang..so lepas waktu tersebut memang takde lah bas masuk situ...

macam kat Muar pulak memang sudah takde bas lalu Muar Yong Peng lagi dah...so kalau nak pergi kat kampung kampung kat situ bolehlah ambik teksi atau teksi sapu...ataau tumpang siapa siapa nak pergi Muar kalau takde transport sendiri. tapi sebenarnya tak susah kalau kat area situ sebab jalannya lurus aje dan cuma dua hala. cuma kalau malam malam serammm lah nak lalu kalau kereta takde senyap sunyi ...silap silap nanti ada pulak tahan kereta atau motor nak tumpang kita....hahahaha...

nak tahu macam mana rupa siewfong...pernah tengok movie Hong Kong tajuk dia Esprit D Amor lakonan Alan Tam...ha muka siewfong samalah dengan watak hantu cantik tu...hahahaha






friends - bukan belas bukan simpati

masa ni aku kerja landsurveyor lah...punya lah aku syok kerja ni..kerja nya memang berpanas terik berpeluh tapi sebab inilah kerja aruah bapak aku membesarkan aku aku tengok macam mana bapak aku buat plan...macam mana bapak aku pergi mengukur tanah mengambil ukuran di tasa naha dan menterjemahkkannya ke atas kertas. bapak aku lengkap 3 kerja tu ...landsurveyor - draughtman dan kadang kadang dia buat juga job lukis pelan rumah - architect cuma dia takde lesen aje...tapi nenek aku - atuk panggilan orang Perak  nenek aku seorang architect berlesen. ...sampai sekarang aku masih mempunya cita cita pada anak anak aku yang kalau boleh mewarisi akan warisan aruah nenek dan bapak aku ni...LEGASI

tapi aku bukan nak cerita pasal legasi sangat dalam entry ni...aku nak cerita pasal satu masa tu masa aku sekolah menengah dalam form 5 aku mengikuti program perkemahan PBSM. di sekolah Sungkai tak silap aku. dalam tahun 1988.aku dan Radhi nama kawan aku tu kitorang dalam PBSM dah lama cuma dalam tahun tu Radhi dapat jadi jawatan ketua atau prisiden persatuan dan aku pulak jadi Kuartermaster. sebab kitorang jadi PBSM dari tingkatan 1 lagi. Mula mula penyertaan kitorang memang ramai...adalah dalam 12 orang murid cina murid india semua ikut. tapi bila banjir kat kawasan perkemahan tu maka mereka mereka ni tak tahan dan mintak keizinan balik, apa lah diorang ni kan. tapi aku dan Radhi tetap bertahan sampai habis hari yang keakhir perkemahan.

so, aku dan Radhi aje yang tinggal..dia sibuk dengan urusetia aku pun layan kepala sorang sorang...so aku lepak lepak lah kat kemah sapa sapa tu mix dengan orang pandai bawak diri. aku join Zulzaidie budak sekolah Sungkai dan aku berpeluang kenal seorang awek sekolah Sungkai namanya AINA. memang aku tak reti nak mengorat cuma senyum dengan dia dan sembang sikit sikit. Aina ni budak Trolak. kulit dia cerah dan muka dia macam Azian Mazwan Safuan. aku siap lukis gambar dia dan RAdhi tanya ni budak Sungkai tu kan. malam tu aku nyanyi lagu Hindustan dan Radhi menari. untuk persembahan malam penutup. aku dapat hadiah biskut kelapa dan aku tak tahu nak bagi siapa masa aku dapat tu sebab aku dan RAdhi aje kan...aku pun letak masuk dalam poket dan rupanya ada orang nampak dan sindir masa tu dapat haidiah masuk poket katanya. entah budak sekolah mana tak tahu.

berbalik pada cerita Aina ni masa nak balik tu dia sempat datang kemah dan say goodbye. memang aku dah tangkap cintan kat Aina ni.walau tak sempat nak bertukar alamat tapi takpe aku dah ada kawan Zulzaidie tu...aku akan contact lepas habis perkemahan tu. rileks la kann...

bila dah masuk sekolah balik aku contact Zulzaidie tu dan mintak alamat Aina. dapat aje aku terus bagi kad raya kat Aina dan dia balas dan sudi  berkawan tapi aku dah lupa apa kesudahannya. 

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...