Thursday, February 14, 2013

inspirasi lagu 1992 - Blackrose


masa ni tahun 1992 tapi aku dengar lagu Blackrose masa duduk kat Ipoh walau album Blackrose ni meletup tahun sebelumnya 1991. memang padu album ni bukan sebab Blackrose tapi sebab komposer dia main semua part solo gitar kat semua lagu dalam album ni iaitu Zul Headwind. terdengar petikan solo yang bersemangat dan bertenaga dan dah macam lagu lagu rock power ballad Inggeris macam Skidrow, Poison atau Bon Jovi.

album ni merupakan killer album Blackrose sebab banyak lagu sedap sedap. banyak lagu lagunya yang paling best dan paling meninggalkan memori masa aku lepak kat Ipoh tu...lagu ni aku terjumpa kat dalam bilik rumah ipar duai Nazri...bukannya rapat pun tapi sebab masa tu takde pilihan aku ikut aje Nazri. memang menjadi sejarah lah dalam hidup aku apa yang terjadi kat situ.

kisah ni bermula dari masa aku lepak kat rumah kedai medan Kidd, rumah yeop Pasir Pinji dan rumah sewa kat Aerodrome.aku dan Nazri lepak Ipoh sebab Nazri nak continue study ambik STPM dan aku ikut Nazri sama sebab Nazri takde kawan. so, aku pun rasa nak ambik SPM sekali lagi untuk aku melayakkan diri masuk mana mana pusat pengajian. dan aku punya pilihan Politeknik Ungku Omar Ipoh. so, aku pun merancang untuk part time study kat Ipoh. siang kerja dan malam aku belajar...itulah cita cita asal aku duduk dengan Nazri kat Ipoh tu. nak try ubah masa depan yang lebih baik..kami pun bertolak e Ipoh dan menyewa rumah kedai 3 tingkat kat Medan Kidd. kitorang dapat rumah tu pun lepas aku bagi contact kat Nazri iaitu seorang kenalan namanya Puti yang menjadi kawan Rozi yang sebelum itu kawan kepada Kim Mun seorang amoi Ipoh yang aku kenal. Puti ni baik sanat . semua hal perpindahan kat Ipoh dan keperluan kitorang dia yang uruskan. dah dia orang Ipoh. dia memang tahulah Ipoh tu macam mana.

Penantian 
setelah aku terluka dengan Puti pada episod awalnya. aku sebenarnya taklah suka kat Puti mungkin sebab Puti layan baik punya aku pun terpikat. rupanya Puti sudah ada affair dengan Nazri tanpa pengetahuan aku. namun aku tetap maafkan mereka berdua kerana bukan salah mereka bercinta...aku yang salah sebab aku salah anggap kebaikan Puti pada aku. aku pun mengundur diri dari menjadi penghalang cinta mereka berdua.so, masa yang terluang tu ada pulak yang menawarkan cinta kat aku iaitu Meeza. tapi aku anggap Meeza ni macam adik aku je. takde perasaan pun aku kat Meeza.  

Simfoni 14/2
akhirnya untuk mengubat hati yang terkecewa aku banyak menghabiskan masa balik Bidor aje bila ada kesempatan balik. bila aku lepak Bidor maka menjelmalah kehadiran cinta suci aku iaitu Maznah...masa tu aku lepak lepak dia belajra mengaji  dengan mak aku. pernah dulu aku ngorat dia masa tu dia masih budak budak yan tak tahu cinta dan perasaan. tapi bila aku jumpa dia buat kali ang kedua ni memang aku dah anggap dialah cinta aku selama ni yang aku terlepas pandang. aku ambik keputusan declare aku cinta pada Maznah dengan sekeping kad Valentine yang aku bagi kat Maznah. dan lagu ni of course lah lagu Valentine Day yang di gubah menjadi lagu oleh kumpulan Blackrose.masa ni aku yang very innocent menawarkan cinta aku pada Maznah.masa ni akulah orang yang paling gembira dalam dunia sebab aku tak bertepuk sebelah tangan. ternyata Maznah pun sama macam aku menyimpan perasan antara kami berdua...dalam jarak waktu dan jarak tempat yang berjauhan aku dan Maznah pun menjalinkan cinta suci kami...dunia begitu indah pada waktu itu buat kami berdua. semuanya sweet ...masa aku tolong dia  jolok buah kelapa pun sangat sweet ... 

Cinta Abadi 
tentunya hidup aku gembira dan bahagia masa ni tambah pulak masa lepak rumah yeop tu ada seorang perempuan yang cantik yang selalu lepak situ sebab dia kerja kat Ipoh dan dia duuk HQ SUK Perak. dia adik pada kakak ipar Nazri namanya Syakila. kitorang panggil kak Noa tapi aku panggil Kak Akila...apasal? sebab spesel sikit aku ni kot. spesel sampai menimbulkan rasa kurang senang kakak ipar Nazri. spesel sampai kak Akila hadiahkan aku baju tshirt yang dia pakai semalam dan bagi kat aku masa baju tu masih ada bau badan dia. kak Akila ni dah bertunang memang tak elok lah aku dan dia baik sangat mengalahkan dia baik dengan Nazri. so, orang dalam rumah tu memang anti aku senyap senyap. tunggu aku ada masalah je.
aku dan kak Akila memang rapat giler dan selalu keluar Ipoh sama sama kalau ada peluang. Nazri asyik dengan Puti je ...so, aku yang memang muda remaja masa tu dan aku rasa keluar dengan kak Akila macam aku keluar dengan Maznah sebab muka kak Akila seiras macam Maznah sampai masa mua mula jumpa aku macam tak percaya ada orang sama muka macam Maznah. kak Akila dengan loghat Grik dia lebih kurang macam loghat Kedah Maznah. kalau dengan Maznah aku yang kena banyak ajar dia pasal cinta dan perasaan tapi bila aku dengan kak Akila dia pulak yang banyak ajar pasal cinta dan perasaan.

Mawar Hitam
entah sebab apa ribut melanda tiba tiba cinta aku dan Maznah. puncanya sebab kes aku dan tuan punya rumah tu. kesnya sebab dia tuduh aku menipu duit dia. sampai kisah aku menipu duit dia ni sampai ke pengetahuan mak Nazri tentunya dan mungkin ke pengetahuan kakak Maznah. dan semua cerita buruk aku dijadikan bahan bualan di setiap kali mak Nazri dan kakak Maznah mesyuarat pergerakan wanita Umno.sampai satu hari ada seorang makcik namanya makcik Ba bertanya pada mak aku betulkah aku bagi kad Valentine kat Maznah. apalah yang dia sibukkan? apa masalah pada dia dan keluarga dia? mungkin nak bagi malu kat mak aku lah tu. keji betul sikap makcik Ba ni. bukan aku ada masalah pun dengan dia. mak Nazri dan kakak Maznah memag ada 3 orang lagi agen sebar fitnah pasal aku ni. mereka tu aku memang kenal sebab semua geng pergerakan wanita umno macam Makcik Jah Ali dan Kak Meera rumah awam Bidor dan jugak seorang lagi namanya Wah Linda. dan tak lupa juga makcik saudara aku seorang lagi namanya Makngah Tun.
namun akhirnya kisah aku dilupakan orang bila meletup kisah seorang perempuan minum racun iaitu Rohana kawan aku masa sekolah rendah. Rohana ni plak bercinta dengan Didi anak Wah Linda. hah elok sangatlah tu. sibuk sangat jaga tepi kain orang sebar fitnah sana sini lastnya Allah bayar cash kat geng Mak Nazri ni. bapak Rohana menolak cinta Didi pada Rohana sebab Didi erja bawak van rokok aje dan Rohana pulak kerja Bank...Rohana pun frust nak bunuh diri minum racun.kisah cinta aku dan Maznah pun orang lupakan dan bercerita pasal anak Wah Linda pulak.

Tetap Menanti
walaupun kisah aku dan Maznah makin lama makin oran lupakan tapi aku rasa cukup terhina. aku rasa tak dapat nak teruskan lagi hubungan kitorang aku menyedari yang aku perlu mencari titik penyelesaian atas semua kekalutan dan kekeliruan ini maka aku mengakhiri hubungan aku dan Maznah...aku tahu makcik Ba tu tanya mak aku sebab nak malukan mak aku sebagai guru mengaji dan ada agenda nak bagi orang tak  mengaji dengan mak aku dan mengaji kat ustazah isteri imam madrasah belakang kampung tu. so, aku rasa masalah ni bermula dari aku dan aku yang harus tanggung segala akibatnya. aku tak mahu mak aku dan Maznah terseret dengan masalah aku.
darjat dan harta menjadi ukuran cinta pada mereka semua ...mak Nazri dan kakak Maznah. aku sendiri pun mengalami masalah dengan bapak aku yang serba sedikit terkesan dengan apa yang terjadi.dan nak jadi cerita kakak aku pulak nak melansungkan perkahwinannya hujung tahun.

Saturday, February 9, 2013

inspirasi lagu 1992 - rahmat '92


nak gambarkan percintaan aku yang sekejap tu macam lagu lagu Rahmat le...


- rajuk -

lagu kumpulan Rahmat yang keluar dari Ekamatra..memang Rahmat merajuk leee...hahaha

- menanti kasih di hujung hari -
apa punya tajuk ni dah hujung hari - malam pun nak tunggu kasih orang...punya lama tunggu...dah malam dah gelap le...

- meniti dahan yang rapuh -
hemmm...dah rasa kasih tu best dah kena meniti dahan rapuh pulak...macam macam....kalau dah rapuh dahan tu patah dan habisle jatuh ke bawah ...sakitle...adoiii...



inspirasi lagu 1992 - damasutra - Asyik & Sesat Dalam Rindu


lagu Damasutra ni aku dengar masa balik dari Ipoh dan menganggur kat kampung...aku dah putus dah hubungan dengan Maznah masa ni...aku tak tahu apa jadi kat dia...

Asyik

Sesat Dalam Rindu

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...