Saturday, March 9, 2019
shape of my heart - kembali mencari- bisa kisah lama - terasa
bisa kisah lama
selepas aku sihat dari sakit demam panas tu...masa aku lepak kat rumah mak saudara aku kat Sea Park PJ...aku mula mencari kerja kat sekitar area SS 2 ...iyalah takkan aku nak duduk lepak aje kan...malulah mak saudara asyik tanggung aku je kalau aku datang KL - PJ.
selepas aku bosan kerja tolong kawan jual burger sebab berapa sangat lah duit upah tolong tolong ni kan...aku pun cari kerja lain...aku apply sana apply sini lastnya dapat kerja kat Georgetown. Aku jadi Storekeeper menguruskan ubat ubat yang sampai dan aku masukkan dalam store.merekodkan semua ubat ubat tu...barulah aku tahu kerja storekeeper macam mana . aku adalah sebuah bilik store kat belakang. iulah bilik aku. nak jadi cerita masa tu bulan puasa. so aku bukannya makan sahur sangat iyalah rumah mak saudara kalau kia sekali makan kita rasa okey... tapi kalau dah makan sahur..makan berbuka...makan malam...tu dah berapa kali makan...aku selalu elakkan nak bersahur dan aku makan siap siap kat luar masa ku lepak mamak ke...
aku kerja kat SS 2 lebih kurang 2 kilometer aje dari Seapark..kalau aku nak jalan kaki pun boleh...ada sekali tu aku tumpang Aie pagi tu kitorang eksiden...nasib baik tak apa apa cuma jatuh motor aje...lepas tu aku pun pergi kerja sendiri...kesian dekat Aie dia kena hantar aku pulak.
kerja kat Georgetown berdekatan dengan Parkson SS2...kat situ macam tempat Cina aje...pekerja Georgetown pun ramai Cina...boss dia Cina...akauntan dia Cina nama Nat...cashier pun ada 2 orang perempuan Cina...dan promoter ada 2 orang perempuan satu Cina satu Melayu...nama dah lupa lah...dan ada supervisor dua orang lelaki juga Melayu dan Cina. dan ada house detective part time...sorang melayu. berapa orang staff? termasuk aku 10 orang agaknye...
aku baik dengan diorang dan boss selalu puji aku rajin...akauntan tu pun selau puji aku rajin...sabtu ahad kalau diorang suruh aku datang aku datang tak berkira...sebab duduk rumah pun aku nak buat apa. ada sahajlah yang akauntan tu bagi present kat aku macam baju dari supplier ubat dan macam macam. aku masa tu pulak tak reti nak ambik hati atau bodek sikit sikit boss aku dan akauntan tu... aku buat dek aje...sampai promoter perempuan Melayu tu pun aku buat dek aje..sebab dia selalu ajak aku makan tengahari. sebab aku selalu keluar dengan sorang lagi promoter amoi tu. sebab aku selesa dengan dia.
terasa
lepas aku rasa bosan dengan diorang aku pun buat hal aku sorang sorang...time lunch aku masuk video games main games...kadang kadang sampai 10 ringgit abis untuk aku main games aje...aku bosan tak tahu kenapa... aku duduk kat taman sorang sorang...kalau hari Jumaat...mana aku nak sembhayang...situ mana ada masjid. balik rumah aku kadang kadang pergi KL minum lepak pekena mamak sorang sorang. tapi selalunya aku suka lepak mamak kat Seapark depan panggung wayang Paramount sebab mee rebus dia sedap. aku selalu makan sampai 2 pinggan. baru aku balik rumah macam dah senja macam tu
biasalah kalau kerja kita okey je...mesti ada yang jelous kat kita...orang lain kat Georgetown tu semua suka aku kecuali 2 orang supervisor ni...diorang ni macam asyik cari salah aku aje...nama supervisor ni Halim orang Kampung Baru KL. dia memang tunjuk power lah kat aku dan aku rasa dia ni suka mengadu jadi batu api...sekali tu aku tak tahan sebab dia punya mulut suka cari salah orang. aku sound direct aje kat dia dan dia terkejut. lepas tu semua orang kata aku garang. aku bukan garang aku cuma sound aje...tu dia lah dah mengadu kat semua orang kata aku garang tu.
kembali mencari
aku kerja pun dah malas...tambah sekor supervisor ni asyik ada masalh aje dangan aku...aku cari jalan keluar hilang tension. aku pun call Nazri kat Keramat...sepatutnya aku tak join Nazri. sebab Nazri ni suka berpoya poya.aku pun lepak dengan Nazri..aku mula start shopping. aku start balik kampung . aku start ponteng kerja. aku rasa duit gaji macam tak cukup. aku smuggle ubat dan aku jual kat orang. memang tak berkat apa yang aku buat. sampai satu masa Halim bagi tahu kat boss aku curi makan air kotak dan coklat dalam stor. memang lah aku kena sound tapi tak kena berhenti. Halim terus cari salah aku dan lastnya dia report kat boss aku yang aku smuggle ubat dari store. sebab dia memang nampak apa ada dalam beg aku tapi dia rileks nak cakap kat semua orang aku jahat. tu sebab aku sound dia hari tulah dendam dia tu nak kenakan aku. aku pun dapat di suruh berhenti 24 jam...tanpa notis..aku pun dah pening tapi boss tu baik kat aku dia bagi jugak gaji aku walau aku dah mencuri ubat kat store. so, aku pun balik kampung lepas pergi piknik dekat Ulu Yam dengan Nizam sebab aku ada masalah dengan Nizam hari tu. so aku pun balik kampunglah lepak kampung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
entry special gaisss... - erti sayang dan cinta
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
STATISTIK DAERAH Senarai Mukim dan Statistik Penduduk Nama Mukim Penduduk Keluasan BATANG PADANG 34,200 orang. 52,836 hektar. CHE...
-
wajah siti aku paling minat masa album cindai so tahun 1998 ni merupakan tahun serba baru buat aku...kerja baru...duduk kat rumah ba...

No comments:
Post a Comment