Saturday, December 1, 2018

reprise - bunga larangan

kisah bunga larangan ni takdelah terlarang sangat cuma kisah ni masa aku dah berenti kerja kat kilang tekstile kat Kajang tu...aku balik kampung dan lepak kampung...masa ni aku masih teruskan hubungan aku dengan Noriza dan chia Oi kuan..walau takde kerja cuma kerja kat gerai jambu aje....masa ni Noriza dah study kat Universiti Malaya dan dia contact aku balik mungkin sebab bosan kat KL takde kawan...pasal chia Oi kuan pulak dia dah ada boifren baru...

so aku pun cakap kat chia Oi kuan aku nak break dan tak nak ada apa apa hubungan dengan dia dah...dia pun pelik dia kata selama ni pun dia bukan kekasih cuma kawan aje...dah bangsa Cina cakap macam tu kat aku hahaha...pelik sangat rasanya...

sampai kat kampung aku hilang punca sebab aku menganggur lagi. sampai bila jumpa dengan Nasri Yahya kawan masa jadi mat thrash dulu tu dia kata takde perubahan dan dia pandang rendah kat aku. aku pun tak join dah dengan dia bila dia perli aku macam tu. aku lepak buat hal sendiri sendiri je kat kampung. aku kerja jual jambu dari 6 petang sampai 6 pagi. memang aku takde kat rumah time ni sebab berembun kat gerai jambu Jalan Sungkai ...aku kerja gerai jambu aje pun malam malam. sampai aku kena tuduh mengendap rumah maksu Minah tu. tapi tu lah ceritanya akhirnya anak dia pulak yang kantoi kena tangkap mengendap rumah pakYak tu masa time maghrib...hahaha..nak tuduh orang rupanya anak sendiri mengintai. tak mustahil anak dia jugak yang mengendap rumah dia sendiri sebab makcik saudara dia ada dua orang Yati dan Maznah...nafsu remaja mana boleh tahan.kan?

tapi Maznah masa ni pulak meningkat remaja..nampak perubahan dia masa ni sebab dia belajar mengaji dengan mak aku. dia tak malu datang sebab masa ni aku tak declare lagi aku suka kat dia. cerita masa dulu tu pun dia masih budak budak sangat pemikirannya dan sikap dia. sekarang aku tengok dia macam sejenis yang tenang dan rileks. masa dia datang rumah aku pun aku tengok dia buat biasa je kat aku ...tapi aku mula memuja dan menaruh perasaan pada dirinya tanpa dia tahu. sebab masa tu aku tengok hidup dia gembira dengan kawan kawan dia yang selalu datang kat rumah dia. main badminton kat dewan depan tu. dengan anak Acu Nor.

Maznah rajin buat kuih bakar atau kuih bangkit dan kalau nak raya memang maksu Minah ambik tempahan...dia selalu mintak atau nak beli kelapa kat mak aku dan akulah yang pergi jolokkan buah kelapa tu...dan kadang kadang dia follow aku ke pokok kelapa dan hanya bersembang kosong cerita pasal anak saudara aku Acoi yang sebaya dia yang sekolah asrama kat Tanjung Malim. masa masa bersembang nilah aku tengok dia memang seorang gadis yang cantik. kalau maksu Minah dulu masa baru baru kahwin tahn 80-an tu orang gelar dia macam muka Noreen Noor...yang Maznah ni aku tengok muka macam Nia  Dzulkarnain atau Nuraina  Emir yang iklan minyak wangi Enchanteur tu...

reprise - antara gadis

dalam tahun ni aku dah macam tak berapa nak  merantau sangat sebab dah banyak kali aku ke KL tapi hasilnya macam tu jugak...aku kerja sekejap dan lastnya aku berenti dan balik kampung. aku fikir aku bosan nak kerja macam tu. aku terfikir lagi mungkin aku ni tak sesuai kerja kat KL macam tu...mungkin aku jenis duduk kampung dan kerja kampung.

tapi Ayip kawan aku yang ambik STPM pulak nak try merantau ke KL. Ayip kata Lan pun dah kerja kat Kajang. kilang apa entah. yang setahu aku Lan dan Ayip lepas habis STPM diorang keja jual ayam kat market. dorang ni stok alim alim jugaklah tak macam aku dan Nazri.so bila Ayip ajak aku ke merantau kerja kat KL so, aku ikutkan aje sebab kerja pun dah ada tunggu kitorang datang aje. aku follow je Ayip dan kitorang duduk menyewa kat rumah dua pintu kakak saudara Ayip kat kampung Sungai Ramal. tempat aku nak kerja tu namanya kilang KIMA dekat area industri Sungai Chua. aku dapat kerja dengan Ayip bahagian kejuruteraan aircond maksudnya jaga aircond kilang la...dan kitorang menyewa dengan kawan satu stempat kerja Zamri, Andak dan Nor yang kerja kat kejuruteraan elektrik...hebat sungguh nama kerja kitorang tu glamour giler...tapi kerja nya tak seglamour namanya...hahahaha...

pegawai atau foreman aku dan Ayip namanya Sekhar yang adiknya penyanyi kumpulan Metalian tu Thana. best kerja bawah dia rileks sampai pegawai kejuruteraan elektrik jelous kat kitorang sebab kitorang nampak banyak rileks je...kitorang buat kerja mantainance macam macam lah aku nak cerita pun malas...salah satunya bersihkan laluan angin aircond yang korang nampak kolong besi selalu kat atas kilang tu ...aku dan Ayip kena masuk dalam tu kalau ada leaking. kitorang ada sorang senior yang baru menduda dan rumah dia kat kampung Sungai Merab - High Country Kajang. kat area kilang Hitachi.

lastnya Ayip pulak yang berenti sebab tak tahan kerja kilang. so aku tinggal sorang dengan kawan kawan lain...sampaikan kakak saudara Ayip kata nanti aku pun berenti jugaklah...memang betul lepas Ayip berenti balik kampung Ayip ikuti aktiviti keagamaan dia. aku tak tahu apa jadi kat dia dan Lan pun sama lah diorang ni selalu sama sama...aku buat keputusan akan berhenti dan aku hubungi Nazri kat Keramat KL. Nazri memang pernah duduk kat Kajang dan dia datang selepas aku cakap aku nak lepak dengan dia kat Keramat. aku pun lepak dengan Nazri  pulak. Madi yang datang lepak dengan Nazri pun balik kampung bila dia dapat kerja kat Ipoh.

bermulalah aku lepak dengan Nazri pulak kat AU3 depan kilang Texas Keramat. Nazri duduk satu bilik kecik kat bekas rumah sewa abang dia. Nazri kata dia study SPM aku tengok takde pun study. mungkin alasan aje dia nak duduk KL dan bebas tak macam kat kampung. tapi abang dia support la duduk situ. aku ni kena cari kerja lah kalau nak duduk situ dengan dia. tapi aku tak dapat kerja sampai duit gaji aku kerja tu kehabisan. akhirnya aku balik jugak kampung masa hari raya jugak. aku dah agak dah memang aku balik kampung punya.

masa aku lepak tu memang menghabiskan duit cuma aku sempat join Nazri pegi pub dan lounge kegemaran Nazri... kat Ampang nama disko tu Ficus. ni memang line Nazri lah ...samalah macam dalam filem tu orang terkinja kinja berjoget lepas minum arak. aku sempat kenal dengan kawan Nazri seorang GRO kat situ namanya Liza macam tu. aku ni budak kampung pakai kasut pun kasut masa aku kerja kilang tu kasut Fung Keong atau Dragonfly...hahaha memang tak kena betul macam Nazri yang melaram habis dengan baju long sleeve dan seluar slack dia dan pakai minyak wangi mahal dia...tapi Liza pulak suka dengan aku dan selalu nak ajak aku keluar. aku masa tu style rambut panjang macam Zainal Abidin masa dia top dengan imej World dia tu...hahaha...

reprise - sepi sekuntum mawar merah

kasih 
okey ...rasanya dah tulis pasal ni...tak ingat tajuk entry tu apa...takpelah kalau ada kisah sama aku buat macam spin off kisah  entry tu kat sini...ni pasal aku kerja kat Kajang kat satu kilang tekstile buat kain namanya KIMA di area Sungai Chua...nak bayangkan Sungai Chua tu sekarang ni dengan yang tahun 1990 punya...kawasan tu macam kawasan kilang penempatan Cina aje lah. kilangnya jauh ke dalam kalau naik bas jauh jugak nak menapak. walau jadi mat kilang tapi aku dan Ayip ditempatkan di bahagian mantainance iaitu kejurutteraan aircond. so kitorang bukan mat kilang sangat lah ..hehehehe...masa ni dunia bergolak sebab USA nak berperang dengan Iraq.

sepi sekuntum mawar merah
aku ikut Ayip kawan masa sekolah dulu...sebab dia dah habis STP dia ajak aku kerja kat Kajang. mungkin dia nak cari pengalaman. tapi dia tak tahan aku pun tak tahan. adalah dalam 3 bulan aje kerja lepas tu berhenti.kitorang tinggal kat rumah bujang yang ada dua pintu. berjiran dengan mak saudara Ayip tu sebelah nya. ada tiga orang kakak yang duduk kat sebelah tu. dua dah janda sorang belum kahwin. kat rumah kitorang pulak tinggal berlima. semuanya bujang. nama diorang Andak, Nor dan Zamri. baik baik semuanya. takde masalah. Nor ada motor Ninja Kips 150 yang lain lain tu jalan kaki aje. bila time gaji kitorang pegi Kajang makan satey..hahaha..masa ni nak jugak ada awek. yang kawan tiga  orang tu memang dah ada awek lah kat kampung tu. kampung Sungai Ramal Luar namanya. ramai aje budak kilang duduk kat situ. setiap kali masa nak ke bilik air mandi ke...nak mencebok ke apa ke...mesti berselisih dengan budak kilang baru balik atau nak pegi kerja. hahaha...ada jugak yang kawan aku serumah tu rekemenkan kat sorang awek namanya Ezzah ...macam nak jadi tapi aku je tak reti layan...aku dan Ayip pergi kerja pun naik bas kilang juga...tunggu kat jalan besar tu...masa tu suka sangat abang driver tu mainkan kaset lagu Ella ni...

hati di padu
masa ni aku memang takde awek kecuali yang aku tinggalkan kat kampung tu kalau boleh dipanggil awek. masa ni aku hanya berkawankan Oikuan yang aku tak tahu nak kategorikan apa. cuma aku suka kat dia sejak aku nak ambik SPM tu aku jatuh hati kat dia . yang sebelumnya aku jatuh hati kat Aina Sungkai dan jugak jatuh hati kat Noriza penpal dari Kelantan. itu aje affair yang aku ada sebelum aku benar benar jatuh hati kat Maznah.

semua kisah perempuan yang aku jatuh hati ni aku dah banyak tulis entry pasal diorang. macam tu lah kehidupan jadi mat kilang...nak mengorat takut orang tak sudi. tapi macam ada yang minat pulak...entahlah.awek Kajang memang boleh tahan sebab ramai yang ala ala muka Hindustan lah kat sini. yang aku jumpa masa naik bas Kajang tu dia punya bulu roma sikit punya tebal ke sampai ramai orang lelaki perli. kesian malu dia...

kakak jiran sebelah yang belum kahwin tu selalu jugaklah bersembang dengan kitorang ni . ada satu masa tu aku buat buat rajin menebas lah kat halaman tu. dia pun buat air teh dan cekodok makan kat luarlah. ada pangkin. aku memang berlengging aje sebab aku rasa aku tak malu kat dia. dia boleh kata macam ni kat aku.

"cantik badan Mi tak buncit takde perut..tapi badan tegap..."

eheheehh..aku segan pulak sampai macam tu sekali dia tengok badan aku...ni aku rasa tentu dia selalu mengintai aku ni aku ingat aku yang mengintai dia...sama sama mengintailah agaknya.

terminal cinta
bila Ayip berhenti dan balik kampung aje aku pun tak tahu nak buat apa...nasib baik ada abang senior kat tempat kerja tu boleh buat kawan. nama dia aku dah lupa tapi dia pernah bawak aku balik rumah dia kat kampung apa entah Jenderam ke apa.ha baru aku ingat nama kampung abang tu kampung Sungai Merab. dia ajak aku lepak sebab dia pun baru aje hidup bujang dan bercerai dengan isterinya. aku dah takde kawan aku berkawanlah dengan abang tu. budak budak rumah biasa je. cuma aku rapatlah dengan abang senior ni. ada jugak dia bawak tengok wayang dengan minah Indon dan bawak minah Indon kat rumah dia. apa dia buat aku tak campur lah...tapi ada minah Indon kerja kat salon rambut memang minat kat aku. tak berani beb...buat hal cari pasal aje nanti.

cinta selembut sutera
aku rasa kesihatan aku macam tak okey...aku boleh sakit dada dan batuk keluar darah... aku rasa aku tak pernahlah menyakitkan hati atau buat pasal dengan sesiapa kecuali seorang foreman bahagian elektrikal tu. aku tak pernah bertegur sapa dengan dia walaupun dia bos kawan serumah aku. takkan kita tak nak baik dia nak paksa pulak kan? lain betul peel mamat tu. dia nak orang hormat dia tapi dia sombong. aku memang tak layan orang jenis macam tu. so, aku pun berubat dengan abang senior aku, aku cakap aku batuk darah. macam sakit tibi . sudahnya aku dah macam bosan nak kerja sebab kat kilang bukan takde kerj tapi banyak kerja...gaji rasanya tak cukup itu pasal lah rasa nak berhenti. lastnya aku lepak dengan Nazri kat Keramat dan menghabiskan sisa sisa gaji aku . bila dah habis gaji aku balik kampung.

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...