Wednesday, January 9, 2019

breakoff Oikuan - versi sentimental



okey ni breakoff Oikuan- versi sentimental - Chicago Inspired Songs...

Chasin the wind
masa ni aku balik Bidor dah dan member kampung yang ada Nasri Yahya dan kemudian kawan dengan Jabadak...Nazri masih duduk kat Keramat KL aku dah tak kerja so aku terpaksa lah balik kampung...nasib baik ada kerja jual jambu kat gerai...boleh gak dapat duit poket. sebab tu kena break off dengan Oikuan...sebab sedar diri aku di mata Oikuan. walau hanya jadi kawan aku masih tak layak.

setelah memuja seorang amoi dan aku rasa sia sia sahaja lepas kakak aku bagi tahu Oikuan dah ada boyfriend sebab masa dia pergi klinik ada lengchai hantar naik kereta...masa tu kakak aku kerja kat klinik. so dia nampaklah kemesraan Oikuan dan boyfiend baru tu. kakak aku cakap tak payahlah minat Oikuan lagi...dia dah ada pilihan...lagi pun memang susah nak jadi melayu couple dengan cina. kalau aku anak orang kaya mungkin aku boleh kawan dengan Oikuan...ni aku usahkan kereta..motor pun takde...so aku rasa sudah masanya aku undur diri dari hubungan sia sia ni. walau aku tahu Oikuan pun ada suka sikit sikit kat aku.

Explain it to my heart
masa ni kadang kadang Nazri balik Bidor dan ajak aku jumpa Oikuan. aku cakap kat Nazri aku dah takde apa apa dengan Oikuan. aku dah pulangkan balik gambar Oikuan...maksud aku aku dah takde apa apa lagi dengan dia. aku mengelak aje kalau Nazri sembang dengan Oikuan. masa ni aku terasa macam aku masih lagi terkenang kat Oikuan walau aku memang mengelak nak jumpa dia. aku pun ikut Nasri Yahya berjogging. entah macam mana aku terjumpa pulak dengan Jennifer. korang bayangkan aku masa tu kurus kering nak berjogging amende? cuma nak sihat ajelah...
Jennifer? siapa? aku masa mula mula tu aku tak kenal siapa dia cuma jumpa masa jogging aje...sebenarnya nak jadi cerita Jennifer ni anak boss Kaolin iaitu En. Lau yang jugak kawan bapak aku.. mak Jennifer ni orang Jepun...perghhhh...memang aku tak fahamlah. cuma Jennifer ni boleh kirim salam kat aku melalui kakak aku pulak. aku terkejut dan aku terus senyap pasal Jennifer.aku dah malas nak layan cinta antarabangsa ni. aku sekarang melepak je kat kampung dan kerja jual jambu malam malam kat gerai jambu jalan sungkai...masuk pukul 6 petang balik 6 pagi...takde masa nak fikir pasal awek masa ni. sedar diri tu siapa..sebab ditampar dengan kenyataan oleh Oikuan dan boyfriend dia...hidup ni bukan angan angan dan impian...hidup ni realiti kehidupan dan macam macam dugaan.

You come to my senses
aku memang dah frust dah macam tak nak lagi dah fikir pasal awek...aku nak menyendiri...tapi entah kenapa..ada pulak yang hadir dipintu kesepian  hati aku masa ni dengan auranya... memang tak dapat aku menafikannya...

- aura petama - kuih bakar atau kuih bangkit
setelah lama takde dengar cerita pasal dua beradik ni..Yatie dan Maznah..lastnya dapat tahu Yati dah kahwin dalam bulan August 91...so, macam takde hubungan aku lagi dengan adik beradik ni...aku pun rasa nak lupakan semua...tetiba dalam aku termenung dengar lagu bunga larangan - UG14 tu datang seorang yang aku kenal. menghantar kuih bakar atau kuih bangkit. yang mak aku tempah. Maznah hantar kuih bakar tu...aku rasa terketuk kembali pintu hati ni.aku rasa hidupku kembali bersinar setelah aku rasa sunyi dalam kegelapan...dengan kehadiran seorang gadis seanggun Maznah...

- aura kedua - belajar mengaji quran
dan Maznah juga jadi murid mengaji mak aku ...aku yang tak tahu...memang selalulah dia adatang mengaji lepas balik sekolah. masa ni dia pun dah umur 15 tahun dan ambik SRP aku rasa tak sesuai aku nak ambik kesempatan walau dalam hati tu dah ada bibit bibit perasaan kat dia..Maznah cepat dewasa...dia memang remaja belasan yang aktif...aku pulak remaja yang pasif...huhuhu
aku perlukan masa yang tepat untuk aku luahkan hasrat hati aku...aku mengambil masa yan lama aku pendamkan perasaan aku ni...sampailah satu hari masa duduk lepak kat tembok dengan Nazri yang balik kampung...kakak Maznah maksu Minah tegur Nazri aje dan cuma sengih aje dengan aku...masa tu aku memang terasa sungguh...maksu Minah pandang rendah kat aku...

breakoff Oikuan - versi hard rock



masa nak break off dengan Oikuan setelah sia sia aku memuja dia selama bertahun tahun dan tahu tak pergi mana pun hubungan aku dan dia ni...masa ni aku lepak dengan Nazri kat Keramat  rumah sewa abang dia. aku ingat nak cari kerja dan lepak dengan Nazri. Nazri masa ni aku rasa dia buat apa entah...aku pun tak tahu...nak kata study tak study nak kata kerja tak kerja. Nazri lepak free aje kat rumah ni kira menumpang la...sebab bilik Nazri cuma bilik store aje tempat orang main mahjong. lampu mahjong tarik atas bawah tu pun ada. walau aku punya mood nak buat entry ni macam entry Guns N Roses tapi aku rasa tak sesuai lah sebab nak tulis entry Break Off dengan Oikuan kena lagu sentimental. so aku pilih tajuk break off Chicago ni versi sentimental...versi Hard Rock nanti GNR okey...ada 2 part satu kat Keramat KL dan satu lagi kat Bidor...masa kat Bidor pulak aku dengan Nasri Yahya...

okey ni versi breakoff - hard rock - GNR Lies hahahaha...

Used To Loved Her
nampak tajuk tu kat atas macam dengan Oikuan kan? tapi sebenarnya dalam satu perempuan ada lagi seorang perempuan yang aku break off tahun 1991 ni. masa aku lepak kat Keramat ni aku try call Noriza penpal dari Kelate yang study kat UM KL tu. masa mula mula dapat number telefon tu aku senyap sebab aku malas nak fikir pasal dia ni. tapi lastnya boring takede buat apa aku pun try call. aku call dia buat buat busy...lastnya aku tak call dah...

Patience
duduk kat rumah sewa abang Nazri ni aku asyik keluar dan spend duit yang tinggal...dari balance gaji kilang hari tu tinggal 300 susut dan susut...kerja tak dapat lagi. asyik makan stimbot labamba depan kilang Texas tu...aku heran kenapalah aku tak apply kerja kilang Texas tu...Nazri kata ada banyak kerja kosong kat Hotel ...ha Nazri kerja Hotel rupanya...kat Holiday Inn ..tapi dia jantan kabaret - kaki enjoy..habis duit kat situ je...

One In A Million
buat apa aku dengan Nazri bila take kerja? banyak melepak aje aku dengan dia...memang takde makna dah... Nazri boleh kenalkan aku kat kawan dia Liza yang kerja GRO kat Pub & Disco di Ampang...memang kat Ampang ni tempat orang kaya kaya duduk kot. Liza ni pun anak orang kaya. dan baik pulak tu...aku masuk pub tu pun pakai kasut Warrior aje...dia tak kisah belanja aku makan chicken chop dan rut bir. entah kenapa Liza suka kat aku masa tu. Nazrilah cakap Liza suka kat aku. macam nak bela aku pun ada. bayangkan kakak kakak saudara ayip masa duduk kat Kajang tu usha aku...maa tu aku rambut panjang paras bahu...dapat gaji je terus pegi saloon kasi trim rambut boleh gitu? minah indon kerja saloon tu pun tengok aku lain macam kata abang senior satu dept aku tu...

Youre Crazy
lastnya sebelum aku jadi biul aku buat keputusan balik kampung aje...aku pun berangkat balik kampung...Nazri punyalah sengkek masa ni bila dia balik kampung pakai beg plastik aje dan meminjam duit kat aku...hahahahaha...pada aku buat apa hidup pura pura kat KL sana berjoli sakan...padahal takde kerja...duduk kampung walau selekeh tak ikut trend ada jugak kerja...ada jugak duit poket...kan...



Tuesday, January 1, 2019

alleycats - drama kehidupan - 1984


fragmen cinta
masa ni aku dah masuk form 1 kat sekolah menengah...aku dah jadi remaja bukan lagi kanak kanak riang. aku punya misai dan bulu ketiak pun dah tumbuh masa ni...suara aku masih macam tu jugak mungkn suara aku bukan jenis kuat atau garau...aku mungkin soft spoken person. aku masuk form 1 aje dah bertkar semua kawan kawan yang ada satu kelas sepuu aku nazri tu...so aku berkawan dengan Nazri lah sejak masuk form 1 tu. masa ni jugak kawan aku nama dia shahuri selalu datang kat rumah aku sebab nak pergi sekolah sama sama dengan aku.

suasana di tasik perdana
seingat aku pun masa ni orang suka layan lagu Michael Jackson dan tengok Grammy Awards....masa ni memang muzik macam omputeh aje orang suka dengar. kejutan budaya sungguh kan...seronok layan lagu omputeh masa ni....semua nak jadi Michael Jackson. aku pun masa ni dah dengar American Top 40 kat radio hahaha...aku jumpa balik skill aku masa dah hampir hilang masa darjah 6 kat sekolah rendah tu...rupanya aku ni pandai melukis dan pandai bahasa Inggeris.lalalalalala

alleycats - 7 - 1983


nota terakhir
masa ni aku dah sekolah kat sekolah baru di jalan sungkai kat dengan sekolah menengah syeikh abdul ghani. aku rasa ini paling terbesar sekolah kebangsaan buat...sebab dari jalan paku sebelah panggung wayang tongkoi cina ..itorang berpindah kat tempat best...kat pekan. dekat dengan rumah aku...tak sangka kan? kirotang berjiran dengan sekolah tamil kat belakang sekolah kitorang.bila sekolah dah dekat aku rasa lagi rajin lah aku rupaya tak...aku tak menonjol pun masa ni ...aku jadi budak average aje...budak budak cerdik dikuasai geng pengawas ketua darjah dan geng sukan. orang macam aku dah macam terpinggir sebab tak dapat 5A dalam penilaian darjah 5. kalau sekarang UPSR lah. walaupun macam tu aku masih dapat kelas yang okey jugaklah.aku selalu ikut rumah kat kedai buat simen tu Oly sebelum Oly pindah ke taman Kandiah . Oly pulak selalu ajak aku pegi Kampar kat rumah kak Anoi sebab mak dan bapak Oly macam duduk satu bumbung tapi tak okey. bapak Oly tu pesara polis dan dia bersara sebab masalah kesihatan. mak oly atau makcik pah menyara hidup dengan jual kuih kat sekolah. selalu jugak Oly bawak aku ke sana ke sini masa nii. aku faham Oly tengah tension...Oly pun masa ni ada affair dengan adik maksu Minah nama dia Sham. aku rasa adik beradik maksu Minah memang ada je affair dengan orang kampng termasuk lah aku...hahaha

nokhtah bagi cinta ini
masa ni jugak heboh kat kampung aku ada ajaran sesat kat hujung kampung dengan mengajar silat Nasrulhak macam tu ke namanya. aku sebagai budak kecik yang tak tahu apa apa merasakan berita berita yang aku terima sama macam drama kat tv tu yang ada cerita pasal ajaran sesat. nama cerita aku tak tahu tapi ceritanya ada adegan Guru Yahya Guru Yahya....hahahaha...satu kampung masa ni macam ada perintah berkurung sebab dengar entah apa apa cerita. orang kena tikam lah orang masuk hospitallah...aku sendiri tak tahu betul ke tidak. hujung tahun ni au masuk jawi sunat atau berkhatan itu je yang aku ingat hahaha...


alleycats - kuching 6 - 1982


setahun sudah berlalu
maa nii rumah aku selalu dikunjiungi saudara aku kat KL atau Petaling Jaya. family diorang sangat ramai. aku tak tahu macam mana diorang ravel balik kampung naik bas ramai ramai dari KL. ang aku tahu masa naka mak saudara aku yang tua kat kampung nak melansungkan perkahwinan maka semua kena ikut balik kampung  dan menumpang kay rumah baru aku ...mentang mentanglah rumah baru ..baru ada orang nak datang ye...

senyumlah kuala lumpur
aku teringin jugak nak pergi kuala lumpur tapi aku masih kecil..apa yang aku dapat buat....kalau lah masa tu mak saudara aku pelawa datang KL...tapi nak bawak satu family dia aje pun dah berapa ramai kan?  aku kira adalah dalam 12 orang sekali balik kampung...yang dapat pergi ke KL masa ni kakak aku ikut rombongan mana entah. aku tengok gambar ajelah. adalah gambar rombongan diorang satu kampung pergi naik Batu Caves KL. kakak aku dan seorang kawan dia dari Tapah Roada namanya kak Mie. comel gila kak Mie ni. kalaumasa tu kakMie ni cantik macam tu...kalau zaman sekarang da tu macam Neelofa lah...tak pun Uqasha Senrose.

suatu hari di taman haiwan
macam yang aku ceria kat atas tu...bila rumah dah cantik ramai saudara datang...aku pun masa ni dah berkawan dengan sepuu aku kat depan tu Nazri yang selama ni aku tak tahu pun kewujudan dia... bapak dia pesara askar...balik kampung dan kerja security kat BMT nama tempat tu. bapak dia ada kerea dan selalu ajak aku dan kaka aku pergi jalan jalan Teluk Intan...seronoklah aku masa tu...

alleycats - kuching 5 - 1981


aku confuse dengan info kat internet pasal album ni...album alleycats yang memang killer album lah aku rasa  dari killer killer album alleycats yang lain. sebab apa? sebab aku mula menyanyi lagu alleycats ni masa aku darjah 6 tahun 1983...tapi kat kulit album released tahun 1981? ah malas nak fikir...

lagu lagu dalam album alleycats ni adalah ciptaan M. NMasir dan lirik pulak S. Amin Shahab...gandingan dua insan seni ni memang buat apa sahaja lagu Alleycats meletop dan menjadi kegemaran putaran DJ radio...tak tahu feels M Nasir masa buat lagu lagu Alleycats> mungkin dia jugak bercinta masa ni sapa tahu kan? sebab aku mula terasa nak dengar lagu lagu irama macam ni dan lagu yang paling best dalam album ni memang semua bsst best...takde yang tak best but the most beautiful songs is

sekuntum mawar merah sebuah puisi
sebab dia beautiful songs aku tak tahu nak kaitkan dengan peristiwa apa...tapi yang aku ingat masa lagu ni popular kakak aku masih form 5 kat eekolah menengah dan pada masa yang sama ada seorang cikgu maktab yang buat praktikal kat sekolahaku dan aku baik dengan cikgu ni. cikgu lelaki lah...biasalah hubungan murid dan cikgu...dan aku kirim surat pun kakak aku yang tulis dan cikgu ni pulak tanya siapa tulis...hahahahaha...lebih kurang macam tu lah mungkin cikgu ni nak try kakak aku. nama cikgu tu cikgu Salehhuddin.

luka lama terguris kembali 
masa ni aku memang suka follow kakak aku pergi jalan jalan ke apa ke dengan kawan kawan dia. kawan kakak aku ni macam Oly yang agak tomboy dan Linda yang muka dia ada banyak jerawat. selain dari tu kakak aku ni ada kawan perempuan jugak kat kampung tu yang aku rasa cantik nama dia kak Bakyah...kak Bakyah ni kahwin dengan pilot dan aku rasa suaminya mengalami kemalangan pada tahun 1991 sebab kapal pejuang dia bawak tu jatuh terhempas. maka helikopter siap turun kat padang sekolah hantar jenazah suami dia. so, kak bakyah ni jaid janda pada umur masih muda.

alleycats - 4 - 1981

seribu bintang
aku dah duduk kat rumah aku kat kampung chegar...masa ni aku suka pulak lepak kat kampung Poh...best lepak kampung Poh sebab kat situ ada sungai yang jernih dirumah mak saudara aku. menghubungkan kampung Poh dan pekan Bidor ada bas Hup Yik. jalan paku pun ada tapi tu bas nak pergi kampung Chang ..kampung orang asli hahaha. aku pun seronok naik bas pergi kampung poh semata mata nak mandi sungai. aku naik bas sebelah pagi dan balik pekan Bidor sebelah peatang bas last. seronok tak boleh cerita masa ni. kalau aku terlepas bas aku tidur aje kat rumah mak saudara aku tu. ada anak mak saudara aku tu semuanya perempuan pangkat kakak nasib baiklah ada kawan sama umur nama dia Goai atau Khairuddin. dia ni budak kampung tapi cerdik dari aku. mungkin sebab dia makanmakanan bersih dan hirup udara bersih kat kampung jauh dari pekan agaknaya. dengan Goai ni aku explore lah dunia kampung Poh tu sampai lah kat hujung kampung...

kisah kau dan aku
masa ni aku balik kampung aku dan berkawan balik dengan Ita..dan pada masa yang sama aku dah ramai kawan...kawan kat kampung chegar...kawan kat jalan paku dan kawan kat sekolah...Ita ni sweet sebab dia berkulit cerah dan macam anak cina...macam berjangkit pulak lepas bapak aku renovate rumah dan lepas tu ramai pulak buat rumah dan renovate rumah kat kampung tu. mungkin ekonomi bagus> masa tu bapak aku ni ada share sikit dengan tokey lombong dan tokey balak...mungkin sebab tu lah kot...ada duit sikit perbeaiki rumah supaya lebih selesa..

hingga akhir nanti
aku memang dah duduk kat kampung chegar dan masa ni aku dah tak ingat Norlela atau Yati masa ni aku suka tengok seorang budak perempuan nama dia Roslina. aku memang suka sangat dengan dia tapi aku malu nak kaan dengan dia. mungkin dia sedar aku selalu tengok dia dan ada satu masa tu dia macam marah ke apa ke kat aku...aku masa ni dapat hadiah pelajaran sebab dapat number ke lapan dalam kelas ...aku datang sorang sorang aje kat sekolah. Yati dan Tinit buat persembahan kat atas pentas. aku tengok aje masa ni Yati tak layan aku dah sebab dia malu ke apa..tapi aku tak daat nak ceritakan semuanya kat sini...

alleycats - dapatkah - 1980

dapatkah
masa duduk kat kampung jalan paku ni sempat jugak aku berkawan dengan seorang lagi kawan sekolah aku nama dia Norlela jugak...ramai kawan aku nama Norlela rupanya...Norlela ni masa aku darjah 3 dan masa tu aku dah nak pindah balik kat rumah yang dah siap. aku selalu jumpa Norlela ni masa pergi sekolah dan dia suka tunggu aku kat depan seolah di bawah pokok ru. memang aku suka main kejar kejar dengan Norlela ni seolah olah aku enjoy sangat jadi budak budak. walaupun aku ni suka layan emosi punya budak.sampai sekarang aku boleh ingat Norlela ni..masa aku dalam kelas darjah 3 Biru tapi selalu tengok TV pendidikan kat satu rumah cikgu Rosli di sekolah tu Sekolah Kebangsaan Bidor yang sekarang ni jadi Kuarters Pendidikan Bidor.  masa tu pun kaasan belakang atau kampung Lembah tu baru nak develop dijadikan taman. dan Norlela cakap bapak dialah yang kerja tolak tanah pakai jentolak tu...so dengan itu aku kenal lah siapa ayah Norlela tu. aku memang suka kawan dengan Norlela ni happy go lucky je bila dengan dia...dan dia pun budak yang cerdik juga tapi aku,lost contact bila sekolah aku pulak pindah ke Jalan Sungkai pada tahun 1983.

mengapa tak dapat menyinta
ok masa ni aku masih kawan dengan Yati ..kisah yanti ni berpanjangan jugak meleret leret aku memang sdia tahu pasal Yati ni sebab dia tak cerita api orang orang mcam makcik makck bercerita pasal family dia...lebih kurang membawanglah macam tu. so, Yati kawan masa aku duduk kat jalan paku tu...mana mana ada kenduri akan jadi sebab aku bermain dan berseronok dengan Yati...dengan adik dia...dengan Min dan dengan Rayot atua Along. semua ni budajk cerdik...budak kampung Jalan Paku memang cerdik budaknya... mungkin cara asuhan yang aku tahu memang beratkan didikan agama...mengaji dan ke majlis majlis ceramah dan kat kampung tu ramai title haji...

alleycats - penyanyi - 1979


joget tersalah pikat
kalau lagu lagu kat album alleycats aku suka dengar suara Loga dari David...sebab suara Loga lagi menusuk perasaan. penat woh rasanya nak mengimbau kembali semua peristiwa lampau ni mengikut tahun demi tahun...memang susah tapi aku mampu buat sikit demi sikit aku ingat jugak berdasarkan lagu yang popular masa tu. filem yang aku ingat masa tu...rancangan Tv...tempat tempat bersejarah...bangunan bangunan bersejarah. semua tu boleh memberkan ingatan kita kembali pada masa tu. macam lagu lagu Loganatahn ni aku suka sangat. sebab dia lagi feels.



alleycats - terimakasih - 1979

jika kau bercinta lagi
darjah 2 apa yang aku nak cerita? apa memori aku masa ni? okey sebab aku boleh ingat ada satu masa tu anak cikgu Zakaria yang tinggal area rumah aku datang rumah mintak pinjam buku ke atau dia pulangkan buku macam tu lah...nama dia Normala...aku satu kela s dengan dia...dia datang pakai kain batik dan baju kurung kedah


shahrazad
lagu memang takde kena mengena dengan cerita hahahaa...aku masa ni darjah 2 dan bersekolah jauh jugak dari rumah jalan kaki, masa ni aku follow seorang budak perempuan kat rumah aku tu...nama dia Ita...Ita ni baik...kalau hari hujan dia mesti datang ajak mandi hujan. aku tak tahu nak jelaskan mandi hujan ni macam mana . of course lah pakai baju sebab nak lari lari tengah hujan tu...apa lah korang ni hahaha...Ita ni kira macam first crush aku jugaklah sebab masa ni jugak aku kena pindah sebab bapak aku nak renovate rumah kitorang. aku berpindah ke jalan paku dari kampung chegar. 


senandong semalam
so aku pun berpindah dekat kampung jalan paku. di mana aku temui pulak Yati dan Tinit...yang sudah semestinya meninggalkan kesan dalam hidup aku. aku rasa aku dah tulis pasal diorang berdua ni dientry yang lepas...bila kat kampung chegar aku pergi sekolah dengan Ita tapi kat kampung jalan paku aku pergi sekolah dengan Yati.

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...