Tuesday, February 27, 2018

nostalgia - pabila larut malam

dah cerita pasal kedai runcit dan meronda naik basikal ..aku cerita pasal mandi sungai dan mandi sungai hahaha...lokasi sungai kat kampung aku tu ada 2 tempat selalu mandi....yang tak bestnya sungai kat kampung aku ni kira dah macam kat hulu sungai dan airnya keruh...

lokasi pertama dekat dengan rumah aku iaitu namanya sungai Kenjor ye ke...entah hahaha...sungai ni datangnya dari kampung Jalan Bruseh dan melalui belakang kampung aku dan jugak penempatan cina...tu yang tak bestnya nak mandi ...tapi disebabkan budak kampung mandi jugaklah walau airnya keruh...so, nak rasa bersih sikit kitorang pergi hilir ke atas sikit kalau nak mandi....kalau kat belakang rumah aku tu jadi lokasi memancing je...ada jugaklah ikan kelubi atau ikan belida kat situ....pasal menjala ikan ni Jai dengan Check memang tererr ... aku berenang pun tak reti ...kalau mandi pegang kayu jojoi takut hanyut...

bila hari Jumaat je kitorang balik sekolah terus pegi sungai belakang Masjid tu mandi sungai..kalau hari lain selalunya nak mandi pergi hujung kampung sebab kat sana takde penempatan cina...nak tau apa yang selalu kitorang jupa kat sungai tu kalau area penempatan cina? selalu jumpa pampers atau tuala wanita...suweyyyy betul la kan...

lokasi kedua sungai kampung kat hujung kampung pasal tu kitorang mandi kat hujung kampung....tapi yang tak bestnya kat hujung kampung ada binatang lain tumpang mandi sama iaitu lembu lembu india atau benggali bela...tapi okey jugaklah boleh tangkap ikan pelaga dan dan ikan haruan kalau nasib baik dapat kepah...

lastnya kitorang bosan nak mandi sungai jauh sikit kat kampung Jalan Bruseh namanya empang simen situ ajelah mandi best walaupun jadi tempat pot pakwe makwe berdating...ada satu tempat mandi agak best kat kampung aku tu nama dia Lubuk Degong...tak pernah aku mandi kat situ...takut aku ada je orang lemas kat situ tapi selalunya yang lemas tu orang luar lah...tu sebenarnya kampung orang asli yang namanya kampung Chang...lokasinya atas sikit dari kampung Jalan Paku...lokasi mandi sungai lain ialah empang mayang kat Kg Poh...atas sikit lagi dari kampung Jalan Bruseh...


nostalgia - panggilan pulau

bila dah pandai naik basikal ke sana ke mari...so, ayah aku selalu lah suruh aku pergi kedai beli barang dapur...selalunya pergi kedai kat dalam kampung aje...kat dalam kampung aku tu ada lah satu dua kedai...

kedai nombor 1 kedai kat taman Kandiah..kat mana tu ala dekat aje belakang rumah Mona...kedai ni pun baru je tapi sebab dekat kitorang pergi je kedai tu.

kedai nombor 2 kalau nak beli barang banyak sikit nama dia kedai Ahleng kat sebelah balai polis. kedai Ah leng ni aku suka pegi sebab ada ssatu kedai atau gerai dekat kedai tu namanya kedai Kassim ABC. menu paling sedap ialah laksa dan rojakdan jugak ABC...dulu ABC cuma 50 sen aje sebungkus.rojak ,mee rebus dan laksa 80 sen ...zaman bila ni semuanya murah...ni zaman atau tahun 80 an...bawak seringgit je dah boleh kenyang dah...

kedai ke 3? kedai India kat hujung kampung dekat dengan rumah opah dan nenek aku...kedai ni takde apa yang special cuma sebagai pilihan kalau kedai yang lain tutup atau barang habis.

lagi satu kedai ialah kedai Sarip...kedai dia ni macam apa ye...orang berjual beli dengan dia kat tingkap aje...mungkin dia takut orang masuk curi barang dia ke cam tu...

okey ada jugak lah satu lagi kedai yang aku tak selalu pergi iaitu kedai Kassim runcit ABC tadi...kedai ni aku tak pernah masuk tak tahu kenapa

nostalgia - kwek mambo

okey...tadi kawan perempuan aje yang aku cerita...ni kawan lelaki pulak...ye lah kalau nak pergi masuk hutan nak lastik burung, nak mandi sungai, nak memanjat pokok ke takkan nak bawak kawan perempuan kan...

so aku pun carilah kawan lelaki walaupun rumah diorang jauh sikit dari rumah aku...takdelah jauh mana pun...so bila dah ada klik atau geng lelaki tentu makin jauh lagi kita merayau kat kampung dan  kitorang create team bola kitorang sendiri dan senang kalau nak ajak main bola kat sekolah atau padang kampung tepi sungai hujung kampung...kat sini semakin luaslah kitorang punya pergaulan....

kawan lelaki ni namanya Ahmad Nasarudin atau aku panggil dia Chang aje...asalnya dari Parit, Perak jauh giler sampai ke kampung aku kan? Chang pun umurnya tua setahun dari aku. Chang ada 4 orang adik beradik iaitu Yus, Mai dan Jan. Chang ni dia terer pasal ikhtiar macam  
Mc Gyver...mungkin sebab dia pengakap sekoalah. diapunya transport basikal chopper yang kelakar tu. tapi dengan basikal chopper tu lah dia tolong bawakkan baju aku masa aku sunat kat Madrasah. kalau dala team bola da punya posisi goalkeeper sebab dia tinggi,

kawan nombor 2 ni nama dia Norhisham Hashim...biasa panggil Sham dia memang suka main bola kalau kitorang tak main bola dia main sorang sorang je pun boleh. dia ada adik nama Adik hahahaa...aku tak tahu apa nama sebenar dia...Sham orang dia macam kaki buli jugak...yang jadi mangsa buli nya tentulah aku sebab aku ni jenis pendiam...posisi dalam main bola macam Midfields kira macam kapten pasukan la...dan the rest of the team ialah adik Sham , Jai dan Chek...

dekat sebelah rumah Sham pulak ada satu rumah lagi tapi bukan rumah kawan lelaki...dia kawan Ita dan Ana...namanya Monaliza Mohd Sabian..tahu nama je pun dah tahu dia cantik kan? dia ni kira anak orang ada ada jugaklah kat kampung aku tu.rumah dia besar 2 tingkat...kereta ada 2...kitorang kenal mona ni sebab selalu jumpa abang Mona iaitu cik Jah nak belajar pasal main bola sebab dia pemain bolasepak sekolah...kira coach kitorang lah... nama macam pompuan je cik Jah hahaha

ada lagi tercicir ke...ada sebab rumah kat depan jalanraya tu adda seorang budak lelaki...dia sebenarnya sepupu aku...aku tak berapa rapat sangat pun dengan dia...tak tahu kenapa...dia sekolah pun tak sama sebab aku sekolah Melayu dia sekolah Inggeris...Chang pun sekolah Inggeris juga tapi tak rapat jugak dengan dia. nama dia Mohd Nazri Mohd Yatim..kalau antara sepupu panggil dia Mozi je...aku jadi rapat dengan dia bila aku dah masa sekolah menengah nanti.

nostalgia - tanya sama hati - itulah sayang

tak tahu mana nak start sebab dah lama tak jengok blog aku yang satu ni...blog ni aku tulis pasal nostalgia masa aku masih kecil zaman budak budak...aku rasa dah mention nama nama kawan kawan aku sebelum ni di entry yang terdahulu tapi entry ni akan cerita lebih detail pasal diorang...

so...aku nak cerita sikit pasal jiran jiran masa aku kat kampung dulu masa tu aku kecik lagi masih sekolah rendah...meh aku cerita pasal jiran depan dan kiri kanan rumah aku le ye...
rasanya ada 3 rumah masa tu awal tahun 80 an...

aku start berkawan dengan jiran jiran dekat tu...sebab ada budak budak so kena ada geng lah...sama sekolah kan...area dekat dekat ramai kawan perempuan aje rasanye....kawan lelaki tak ramai so...perempuan je dominan kalau main galah panjang ke apa ke...polis sentri ke...zero point ke...

Annalia Zakaria- ana ni aku pun tak tahu dia punya status maksud aku dia ni anak yatim ke atau  masih ada ayah dan ibu ke  aku tak berapa tahu...yang aku tahu dia ada seorang adik nama Zanafirullah atau nama kampung dia Hamdan tinggal berasingan sebab Anna tinggal dengan makcik dia Acu Noor...Anna ni aku tengok cantik jugak walau masa tu dia baru umur 8 tahun atau 9 tahun sebab dia tua setahun je dengan aku...aku selalu pergi sekolah dengan dia jalan kaki...Anna ni kurang cakap...dia seorang yang simple...dia punya dressing pun biasa biasa aje...tapi kalau dah lama kenal dia ni seorang yang periang dan ceria.

sebelah rumah Anna ada satu family lagi iaitu kak Noriah ...anak dia ada 4 orang je masa tu ...yang paling tua Zu..Yan Ita dan Jai...Zu ni dia punya kepala jenis kakak kakak sikit macam seriuslah...so aku rapat lagi dengan Yan..Yan ni muka dia macam cina sangat sebab putih melepak,,kalau tengok macam Norkumalasari tu pun ada...Yan ni pemalu sikit tapi bila aku rapat dengan dia baru aku tahu dia ni kelakar gila  rupanya...aku pernah kerja jual jambu batu dengan dia..dia memang kelakar  dan semua orang dia nak buat joke kalau kita tak kenal dia ni tentu kita ingat dia ni macam tak betul dan senget ...hahahaa...tapi masa tu dia dah bertudung labuh,,,aku ni dia anggap adik lah...kawan kawan Yan ni semua tudung labuh dan cantik cantik..pernah datang melawat masa aku dan Yan kerja kat gerai ...adoiii...rugi aku masa tu sunat pun belum lagi...hahaha...

adik Yan ..Ita atau Rozlita Abdullah...dia ni memang cantik lah sampai ayah dan mak aku pun suka kat dia...panggil Teta...muka dia bila dah remaja belasan sebiji macam Khadijah Ibrahim masa nyanyi lagu "Kupendam Sebuah Duka"  tu..aku dengan dia macam dengan Anna lah dia setahun dari aku..aku dengan Ita ni rapat jugak sebab ye lah dah mak dan ayah aku pun suka kat dia...selalu kalau hari hujan dia mesti datang rumah aku ajak mandi hujan...ala masa tu dua aku dan dia kurus kering badan kitorang pun kecik sekeping ...kalau mandi hujan pun takde seksi macam citer Hindustan ke apa ke nya hahahah...

Jai? Jai ni dari kecik berkawan dengan Chek anak maksu Minah sebelah rumah tu dua dua masih belum ada adik lagi masa tu...tapi bila Jai pindah ke rumah depan jalan raya besar dia tu so dia ada adik sorang namanya Nome dan Chek pun ada adik sorang nama Heri...  nama betul diorang aku tak tahu...diorang ni muda 5 tahun dari aku...

habis cerita pasal jiran terdekat aku...dan kawan kawan sepermainan aku...haah ada sorang lagi kawan nak kata kawan tak sangatlah sebab dia perempuan yang sama umur dengan Yan  tapi dia ni ada masa bila ye masa aku nak pindah ke Jalan Paku tu...dia siap tolong bawak kucing kakak aku rasanya...dalam grup kitorang ni dia ni pompuan tapi tomboy sikit...nama dia Halijah Ali...panggil Oly je...dia memang suka ajak aku follow dia naik basikal pergi mana mana sampai kadang kadang pergi Kampar berdua...aku pun tak tahu kenapa hahaha....mungkin dia takut jalan sorang kot...dia ni walaupun macam tomboy tapi dia punya muka sebijik macam Rahimah Rahim masa nyanyi lagu Jika Begini tu kalau sekarang ni muka dia macam Janna Nick tu lebih kurang...hahaha

semua muka kawan kawan ada iras iras penyanyi...hahaha nak tahu tak diorang pun cakap aku punya muka ada macam siapa ? Kak Noriah cakap aku punya muka macam Gaya Zakry sebab  mata aku juling air katanya...camne tu? masa sekarang kat Facebook pun kawan aku Ain Soraya pun cakap yang sama gak bila dia tengok gambar aku masa kecik...aku ingat aku ni cute macam Syed Sobrie ke...apa daaa...

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...