Tuesday, November 9, 2010

inspirasi lagu 1995 - transfiugrasi - 2 dalam 1






masa ni tahun 1995 aku masih kerja kat the Star. aku pun hairan lagu lagu Ekamatra keluar balik sudah 5 tahun berlalu...seolah olah macam memberi isyarat pada aku agar aku segera bertindak. masa ni pun aku dah agak stabil dan aku ada duit sikit. bolehlah aku teruskan impian hidup aku yang dulu...

lagu 2 dalam 1 ni lagu lama Ekamatra yang diberi nafas baru oleh shahrul pemanin gitar utama Ekamatra iaitu 2 buah lagu yang di medleykan - sentuhan kecundang dan pusara di lebuhraya


inspirasi lagu 1997 - hanya segenggam setia


intro solo gitar lagu ni menusuk nusuk

lepaskanlah genggaman tanganmu
pergilah dia menantimu 
jangan menangis
janganlah kau menoleh ku lagi
biarlah ku membawa hati 
jangan ditanya kemana ku pergi

masa ni aku dah kerja kat Utusan Media Sales...tapi entah macam mana aku dok teringat lagi kat dia...dia dah dekat setahun kahwin...kenapa aku masih ingat? sebab mak aku masih contact aku dan bagi tahu perkembangan dia...dia memang dah kembang...mungkin akan melahirkan anak tahun depan...sedih sangat rasanya...mak aku pun macam takleh move on...sama sama aku dan mak aku takleh move on.

tidakkah engkau sedar siapa diriku ini
bukan merak kayangan hanya gagak di rimba
cuma yang ada segenggam setia
akan kupertahankan untuk membahagiakanmu

takde makna dah rangkap kata kata kat atas tu bagi aku

masih lagi aku terasa betapa hancur hatiku
bila kau dipaksa bersama dengan sidia
senyum yang engkau ukirkan seakan mengundang sengsara
kalau ku tahu kau tersiksa
takkan ku lepaskan mu

mak aku pulak tambah luka hati aku bila maksu minah asyik mention dia macam tak nak kahwin bila dapat tahu aku meminang dia...apa gunanya?apa kah sebenarnya?

setelah kau tiada di sisi
bagiku tiada cinta lagi 
selamanya

di bibirku lafazkan rela 
di hati terasa pedihnya
melepaskanmu 
pilu hatiku

ye akhirnya aku kena terima hakikat...yang dia dah jadi milik orang lain dan bukan milik aku...walupun pahit aku terpaksa terima...


Saturday, June 12, 2010

nostalgia - dengan cinta ku bina istana

lepas bersunat @ berkhatan aku rasa perubahan pada diri aku...suara dah pecah dari suara kanak kanak ke remaja...aku rasa aku makin tinggi kerana dalam kelas aku duduk paling belakang...ketiak pun dah tumbuh bulu...apa lagi aku dah ada misai halus...semua orang perasankan misai aku tu...malu juga bila kena usik...dan tentu juga ada minat kat budak pompuan?hehehehe...
sorilah cerita ni terjadi secara tak sengaja...sebab kakak aku yang sulung tinggal kat kawasan perumahan kos rendah untuk penjawat kerajaan...awal awal kakak aku pindah kat situ pun aku dah kenal dengan INA...apa lagi bila ada kenduri kendara...mesti terjumpa dia...

Sunday, May 23, 2010

nostalgia - barang yang lepas jangan di kenang...

dah lama giler aku tak update blog aku yang satu ni...adalah dekat setengah tahun...sorri pembaca semua yer...okey jom teruskan kembali menceritakan perihal Bidor melalui kacamata aku...
bila aku dah agak besar maka rasanya mestilah kena proses berkhatan...
well, masa tu umur aku dah12 tahun dan tahun depan aku akan naik tingkatan satu...selalunya camtu lah kan...kalau dah berkhatan nanti baru boleh jadi orang yang meningkat dewasa...
cuti penggal ke 3 aku pun mendaftar untuk bersunat beramai ramai dekat masjid...ini anjuran persatuan JKKK kampung le ni...
pada awalnya kitorang berarak dari rumah ketua kampung...sampai di masjid kami diberi makan dan minum sebelum upacara berkhatan bermula...apa yang aku tahu kitorang semua mengambil nombor giliran...setelah itu aku mendapat nombor 5...aku bersyukur tak dapat nombor 20...kalau nombor 20 sampai ke senja baru boleh balik...
maka seorang demi seorang dari kami dibawa masuk kedalam bilik untuk dikhatankan...tiba giliran aku...aku pun masuk kedalam bilik memang ramai juga orang kat dalam tu selain orang yang mengintai dari luar...macamlah tak pernah tengok orang bersunat...
aku punya proses berkhatan sangat cepat sebab belum sempat aku baca al fatihah sampai habis dah settle...aku dah boleh berjalan sambil memegang kain...aku tak tahu macam mana aku nak balik...sebab aku memang takder kereta...nasib baiklah ada jiran kakak aku iaitu cikgu Saharuddin abang kepada Tajahar yang datang melihat adiknya sudi menghantar aku balik ke rumah.dan tak lupa juga kawan aku Chang@ Ahmad Nasaruddin yang membawa baju dan seluar aku dengan basikal choppernya...
rupa rupanya kisah aku dengan keluarga kawan aku Tajahar tu tak berakhir kat situ sahaja...aku mengalami 2 episod yang berkaitan dengan adik kawan aku itu...adik perempuan Tajahar...INA namanya...

Tuesday, February 9, 2010

inspirasi lagu 1989 - satu tekanan irama


album Ekamtra ni meletop tahun 1990 tapi dia release hujung tahun 1989...mendengar lagu lagu dalam album ni terasa macam dengar lagu Yngwie J. Malmsteen...sebab gitaris memang ada influence Yngwie J. Malmsteen dan gitar yang dia pakai pun gitar Fender...memang tak lari lah mood dan lagu dia...

memang diorang tekankan permainan gitar dalam lagu ni...dua orang gitaris kumpulan ni masih muda belasan tahun dan adik beradik shahrul dan nurul... dan suara penyanyi dia Rahmat pulak sekali dengar macam suara David Arumugam - Alleycats...memang unik lah hahahaha...

lagu best -
sentuhan kecundang
pusara di lebuhraya
hanya satu persinggahan
mimpi fantasi
simfoni untuk gadisku

lagu simfoni untuk gadisku memang sebiji tiru mood lagu Yngwie J. Malmsteen dalam album  Odyssey..nak kata lagu ni macam lagu Dreamin - Tell Me melampau le pulak... hihihi

sedap album ni tak rugi beli...tapi yang tak bestnya kumpulan Ekamatra bubar lepas album ni...hampehhhh...

Saturday, January 9, 2010

inspirasi lagu 1991- waking up the neighbours

everything I do I do it for you
do I have to say the words
thought I die and goes to heaven


Friday, January 1, 2010

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...