Saturday, March 9, 2019

shape of my heart - aduhai seribu kali sayang


berkelana lah aku ke shah alam dengan hati yang walang bagi terusir dari segala galanya...aku pujuk hati supaya tak ingat kat kampung....kat mak...kat Maznah ...aku teringat novel Hamka yang femes  pernah aku baca....lebih kurang macam ni lah cerita novel tu...Tenggelamnya Kapal Van Der Vijct... kisah Zainuddin terusir dari kampung nya sendiri sebab menyintai anak ketua suku adat di Batipuh desa Minang 

hari pertama aku ditempatkan di satu bilik dorm dengan orang orang yang aku tak kenal...tapi tetiba ada seorang yang masuk sekali aku kenal orang Sungkai  - Zulzaidie Piai.aku kenal masa aku sekolah dulu aktiviti PBSM  tapi Zaide yang aku kenal dulu dan sekarang sangat lah berbeza...Zaidei dulu seorang yang lembut lembut tapi Zaidie kat kilang ni macam gengster pun ada sebab ada je dia cari apasal dengan orang dan orang cari pasal dengan dia...

aku lupakan pasal Zaidie dan kereknya itu dan aku mengambil keputusanlupakan semua tu dan aku join bila budak budak kilang main basketball...main takraw...walaupun aku tak reti main aku join aje...supaya hilang semua perasaan runsing aku...kerja shift malam dan kerja shift siang sangat beruntung sebab ada kupon makan. so, aku rasa bolehlah aku survive sampai dapat gaji hujung bulan. aku dah biasa merantau macam ni dah takde apa bagi aku..cuma kadang kadang kalau lepak sorang sorang kawan takde mengalir jugaklah airmata mengenang nasib diri.

tiba tiba aje satu dorm tu dilanda demam panas...demam panas sampai apa saja telan macam pahit dan sakit tekak macam ada duri. aku pun demam dan aku memang tak boleh stay kat kilang lagi dah aku fikir kat mana aku nak bawak diri ni...takde tempat lain kecuali kat rumah mak saudara aku kat Sea Park PJ.   

badan aku lemah selemahnya masa tu nasib baiklah family mak saudara aku tu ambik berat kat aku dan masa tu aku dah join second generation kampung setinggan tu selepas abang Awal yang dah berumahtangga...geng budak sekolah agama pondok kawan kawan sepupu aku Ijot Amat dan Aie...

bila diorang semua dah habis semester diorang ikut Ijot ke KL dan jadi orang KL dari utara so semua nya cakap utara. mungkin nak mencari. pengalaman lah kot. semuanya menyewa sana sini dan ada seorang tu menumpang sama sebilik dengan aku nama dia Mahzan . dia ni pulak ada affair dengan sepupu perempuan aku namanya Linda. sebab Linda ni memang cantik macam awek Arab...sampai budak sekolah agama pun bagi kad Valentine dan bunga mawar merah kat dia. aku tersenyum teringatkan kisah aku kat Ipoh  dulu...

 aku beransur sembuh berkat kebaikan dan ambik berat kawan kawan Ijot tu. aku dikenali kat situ sebagai Amek anak saudara mak esah. sebab dah ramai orang nama Ahmad kat situ. hahahahaha...nama Amek tu pun Ijot yang bagi. aku masa tu tolong Ijot dan Asri sorang lagi budak sekolah agama pondok . bila dah lama sikit aku fikir aku nak cari kerja lain yang okey sikit untuk cari gaji bulanan . aku pun apply kerja storekeeper kat Georgetown Pharmacy di SS2 lebih kurang berapa kilometer je dari rumah tu. Mulanya aku tumpang Aie lepas tu aku pergi sendiri. kalau ada duit aku naik bas kalau takde duit aku jalan kaki. masa tu tambang bas mini cuma 50 sen aje.

aku kerja kat situ okey je...dan aku mula layan diri aku sendiri sebab kawan kawan lain semua ada awek termasuk si Mahzan tu...masa ni aku rasa feel nak ada awek tu dah kurang sikit dan aku terfikir pada family aku kat kampung. lastnya aku cari Nazri kat Keramat dan aku mula contact dia dan lepak rumah dia dengan kawan kawan kampung yang lain pun ada kat situ macam Min, Apek, Nyeng dan Jabadak...tapi aku rasa jiwa kosong sangat dan aku join Nazri pergi lepak kat disko masa tu diorang suka lepak kat Riverside di Central Market dan aku selalu jugak berulang alik kalau masa cuti ke rumah Nazri sampai ada satu masa tu  aku terjumpa awek kerja The Regent yang sebiji muka dan dressing macam Maznah. maka aku mula teringat ballik kat Maznah..

hati aku mula teringat kat family aku kat kampung dan kat Maznah yang aku rindu...apa lah cerita diorang takkan aku nak berterusan berkeadaan macam ni. aku rasa aku ada tanggungjawab pada keluarga. pasal awek awek ni aku kena tolak tepi dulu.aku pun pergi cari rumah kakak aku yang baru kahwin tu kat PJ Oldtown.so hidup kakak aku kat situ okey je walaupun jauh dari kampung . kakak aku nasihatkan aku supaya lupakan semua yang terjadi dan baliklah tolong sara ekonomi keluarga dan memang itu tanggung jawab aku sebagai anak.

aku pun rasa memang betul cakap kakak aku ..so aku buat keputusan balik kampung lagi nak tolong mak ayah sara kehidupan kat kampung mengambil tugas kakak aku dulu. so sebelum hari raya aku pun balik kampung aku. aku berazam akan menjadi anak yang bertanggungjawab...

No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...