gambar hiasan sahaja
tiba lah episod akhir dalam kisah 1992 ni...
bila keadaan menjadi makin teruk sebab ekonomi keluarga aku ialah kakak aku dan bapak aku...sedangkan aku tak tentu arah lagi dah hidup aku dalam tahun tu...tapi nasib baik dalam masa masa down teramat tu aku dapat kerja kat Bikamik satu kilang buat pasu tembikar tanah liat kat area industri Yee Lee oil palm hujung kampung.
so, dalam maa tu kakak aku dipinang orang ...ekonomi keluarga kat kakak aku yang selama ni kerja klinik bila dah dipinang dan seterusnya kahwin tentu efek kat bapak aku...so, bapak aku pulak yang stress sebab ada masaah kekeluargaan lagi. problem adik beradik dia yang berebut harta pusaka.aku masa ni memang rasa down tak sanggup angkat kepala kat orang kampung sebab malu difitnah dulu tak habis lagi.
dah macam cerita Seri Mersing aku punya nasib...difitnah ,dibenci ,dihina sampai jadi buah mulut orang kampung ...sampai aku rasa down...tak pernah aku rasa sampai macam itu.tapi bila aku sedar ada orang lain lagi hebat cerita dia macam Ana anak pakyak tu yang minum racun sebab frust bapak dia tolak penangan Didi anak bekas jiran depan rumah aku...yang kerja driver van rokok kedai rokok Rothman tu...sampai gempak satu kampung dan terus hilang kisah aku dan Valentine...meletop kisah Ana minum racun...
aku cuba kumpulkan semangat yang ada sampai satu hari masa buat kerja kahwin cari buluh khemah untuk kakak aku yang akan berkahwin di majlis itu nanti. aku di halau oleh bapak aku dari rumah sebab dia benci tengok aku. dah jadi macam cerita Hamka pulak - Terusir aku pun keluar angkat kaki dari rumah tu...buat sementara aku menumpang kat rumah kakak aku yang sulung kat rumah awam.walaupun aku dibenci dan dihalau bapak sendiri aku tetap datang buat kerja kahwin kakak aku sebab kakak aku yang sulung tu cakap aku ak boleh lepas tangan.
so, masa yang dinantikan pun tiba majlis kakak aku kahwin. hari tu aku datang ke majlis tu dan buat apa yang patut. Maznah pun ada masa tu. aku asyik berselisih dengan Maznah aku masuk dia keluar aku keluar dia masuk hantar hidangan nasi dan air kat tetamu... dan sekali tu aku berhenti sekejap depan dia dan aku cakap dengan dia aku minta maaf kerana terpaksa memutuskan hubungan cinta kitorang berdua. dan bila aku cakap macam tu aku nampak airmata kat pipi dia dan dia terus balik rumah. masa tu aku tengah makan nasi dan aku nampak Maznah berlari lari menuju rumahnya...kakros mak Saiful pun bagi tahu Maznah sedih. aku diam ajelah...dan mengangguk perlahan dan menelan kepahitan.
agak dah seminggu macam tu aku duduk kat rumah kakak sulung aku tu lepas upacara kahwin kakak aku. dan aku faham bila kakak aku kadang kadang masak kadang kadang tak masak. itu semua namanya mengusir aku cara halus dan aku faham masa tu kakak aku tu pun bukan orang senang. kadang kadang makan mihun sampai ke malam. so aku kena usaha carik kerja lain dan beredar pergi dari rumah kakak aku tu.
dan syukur bila aku usaha cari kerja ada pulak open interview kat dewan dan aku try apply ...aku dapat jugak kerja kilang Chung Wah Pictures Tube kat Shah Alam...so, aku pun kira kira duit yang aku ada nak buat belanja kat sana. nasib baik ada hostel cuma syoru tak tahu macam mana sedangkan duit dalam poket tak sampai 50 ringgit. mungkin boleh kot aku survive...demi kenyataan yang aku harus hadapi semua ini aku kuatkan semangat aku...
sebelum aku pergi tu aku terasa nak jumpa Maznah buat ke akhir kalinya...aku pun try pergi kat area rumah aku berlegar legar namun Maznah tak menjelmakan dirinya. aku sedih kerana aku harus pergi ke Shah Alam keesokan harinya akhirnya aku jumap Nazri sebab Nazri balik kampung sekejap. minum kat kedai Kuzin. rumah awam. masa tu kat situ ada awek kerja pembantu gerai nama dia Zaharah. Nazri cakap muka Zaharah macam Maznah. aku pun terkejut jugak tapi masa tu manalah aku fikir pasal awek awek ni dah.so, dapat jugak jumpa orang yang macam muka Maznah hahaha...cuma Zaharah ni orang Kelate dia kecek Kelate la.
aku pun bertolak naik bas kilang ke Shah Alam dari Kampar...memang sedih dalam bas tu bila ingat nasib diri aku...aku berserah aje apa nasib aku lepas tu..dan aku redha...
habissss...kisah tahun 1992
muchas gracias
adios amigos
