Tuesday, April 9, 2019

wild world - warisan wanita terakhir





ni  pulak masa aku baru je berhenti kerja kat Proton dan aku dapat kerja kat  The Star...aku pergi kat Proton sebnab nak ambik cheque gaji last aku rasanya. sebab aku takde akaun Maybank aku pun rasa nak pergi tunaikan kat Maybank hari tu lepas ambik cheque kat Proton. aku cutilah hari tu sebab nak ambik cheque. masa aku tnggu bas masa nak balik tu akpun tersembang dengan satu awek yang sama tunggu kat situ. macam dia pun tak tahu area kat situ. dia nak bukak akaun Maybank. dia tanya aku PKNS kat Shah Alam kat mana. aku cakap aku sendiri pun nak pergi situ dan ajak dia sekali ikut aku. sampai kat Maybank tu orang ramai pulak masa tu sebab ada peancaranm saham ASB 2 rasanya. aku tengok awek tadi macam terpinga pinga ke sana ke mari. tak tahu nak berusursan bukak akaun. aku pun tolong dia. entah kenapa aku baik hati . sampai settle dia bukak akaun dan aku cash kan cheque aku tu.


dia pun kata nak balik dan aku pulak boleh terkeluar kata nak ajak dia jalan jalan kat tasik Shah Alam tu.hairan sungguh aku masa tu aku berani pulak, apa sebab entah aku berani. padahala aku ni Norlela asal dari Sungai Besar dan dia kerja kilang Shinetsu macam tu dan tinggal kat flat akedemi Saga. aku pun mintaklah number telefon dia dan dia bagi. masa tu aku siap mntak pegang tangan dia dan dia bagi jugak. memang aku masa tu dah macam advance walau baru first time dating.dengan awek. aku nak ajak dia ke KL jalan jalan tapi dia kata terpaksa balik sebab dia tinggal dengan mak saudara dia.so aku pun hantar dia ke teksi stand sebab dia tak reti naik bas. sepatutnya aku hantar lah dia tapi aku tak terer sanmgat masa tu hahahaha...

solepas tahan teksi aku pun cakap kat driver tu suruh hantar kat akedemi Saga. driver tu pulak lorat entah apa dia perli aku entah aku rak berapa dengar dan aku cakap kat Norlela suruh dia call aku kalau free.aku pun balik rumah masa tu dah macam petang tengok Along dan Maisham ada kat bilik aku ajak dorang sembang padahala diorang macam nak rilek tidor...diorang heran apasal aku macam happy je ..aku cakaplah aku baru leaps datimng dengan awek. diorang kata patutlaaaa...lepas tu diorang layan jugak bila aku jak pergi lepak mamak dan main video games

esoknya aku datang kerja dan bila waktu dekat lunch aje ada satu call dari Norlela. aku sronok sangat. aku rasa best dah ada wek dah aku...lepas tu dalam beberapa hari kemudia aku dapat panggilan pulak dari kampung memdapat berita opah aku meninggal dunia. aku pun balik kampung dan masa aku balik kampung tu Norlela ada call aku. kat ofis aku cuti dalam 3 harri. aku balik PJ aje aku call Norlela tapi kawan kilang dia cakap dia dah berhenti...aku pun terkejut kenaa cepat angat hubungan aku dan Norela.. aku pun frust jugaklah...aku termenung..Along dan Maisham pulak ajak aku lepak mamak dan main games....hemmmm

wild world - can we talk / I'm ready

can we talk -
masa ni aku masih kerja Proton...bukan cerita pasal Proton ni cerita masa aku lepak kat PJ Oldtown tu dan apa aktiviti aku. bila dah tinggal tempat baru maka semua orang yang kita kenal pun orang baru. macam abang ipar aku Pak Udin. dia memang okey dan sanggup kenalkan aku dan Along dengan pegawai HR kat Proton.
aku punya shift dengan Along kadang kadang tak sama aku masuk siang dia masuk malam...so berjumpa mungkin hari sabtu atau ahad...kat rumah tu ada Zainal atau Enal yang menywa dia kerja kat Hong Leong Bank. dia ni lembut lembut sikit. dan ada abang Sam yadik angkat Pak Udin juga duduk satu bilik dengan Enal. dan ada sorang lagi yang selalu datang lepak hari minggu kalau dia tak duduk asrama MRSM KL nama dia Maisham. kat bawah pulak ada penyewa bilik orang Kelatnan suami isteri. suami dia abang Mat kerja bisnes burger kat jalan Gasing. PJ
aku kalau balik aje dari kerja aku akan lepak kat mamak depan klinik depan pasar pekena roti kalau pagi dan kalau malam aku pekena sop kambing...hahaha...depan kedai mamak tu ada kedai farmasi Georgetown...hahaha..Georgetown jugakkk...ada sorang awek ni aku inat muka macam Vanida Imran...sampai kaksue orang Kelate kat bawah tu pun perasan aku asyik beli majalah muka Vanida Imran. sampai kakuse cakap aku suka awek gempal. gempal tu dia lah gempal...dia nak cakap aku suka kat dia kot.
aku tak kenal sapa awek Georgetown tu. aku takpernah pn nak bersembang dengan dia tapi dia punya rumah pun dekat dekat area situ jugak sebab aku nampak dia jalan kaki balik rumah bila habis kerja. punya power kuasa tarikan tu kan...aku duduk sapu sampah dalam rumah aku dan jarak dia 800 meter boleh lagi aku nampak dia jalan balik rumah kat seberang jalan...macam cerita Maznahlah...kuasa tarikan tu ada aku boleh pulak nampak dia menyapu kat beranda senja senja masa aku nak parking basikal aku...masa kerja Landsurveyor tu....

I'm ready - 
ada lagi sorang awek aku ngorat sejak hari raya  tu kat kampung nama dia Maslina...

wild world - beautiful maria of my soul





bukan maria tapi Razlyn...budak oku kerja kat EDP...aku mulanya aku ternampak dia kat cafe...kat pagar masa nak balik kerja..ada Merc jemput dia...masa aku kerja kat Marketing Dept. aku selalu bawak Jigsaw puzzle dan pass kat dept. EDP sebab dept EDP setuju buat job apa apa kalau Marketing ada llebih kerja dan untuk diorang buat overtime...so akulah yang hantar job kat EDP petang petang.


Razlyn okey cuma dari kecik dia kena polio atau demam panas dan ia menganggu pertuturan dan cara berjalan dia...dia mungkin oku tapi semua tubuh badan dia sempurna cuma dia bermasalah nak bertutur dan berjalan agak terhincut hincut...selain dari itu dia adalah gadis yang cantik dan ayu...dia takde masalah...cuma aku tak tahu macam mana nak rapat dengan dia....aku cuba jugak walau agak serba salah...bukan apa aku takut orang cakap aku ambik kesempatan aje...

so aku mulakan dengan kad hari raya yang aku post ke dept. EDP. aku ingat dia nak balas tapi dia cuma bagi tahu kat staff EDP suruh ucap terimakasih. aku faham dia malu kat aku...

wild world - the Proton Star

menanti - Jan - April
masa ni aku masih duduk Bidor ..masa ni lah aku punya rumah kena serang dengan bapak Nazri sebab krisis dan salah faham keluarga dan saudara mara. sejak itu aku dah tak contact atau roger Nazri dah. datangnya bapak Nazri masa pagi raya tu betul potong stim raya aku. bayangkan orang semua nak bermaaf maafan dan menyambut hariraya tapi dia nak buat drama pulak menyerang rumah orang...aku rasa kalau Nazri tak malu dengan perangai bapa dia aku tak tahulah....

gemilang - Mei - Jun 1994
aku dah merantau ke kotaraya KL balik..kali ni destinasi aku kat PJ Oldtown...sebab aku tolong Along nak sanmgat kerja kat Proton. dan kebetulan abang Din abang ipar aku kenal orang dalam kat Proton.

aku sebenarnya tak minat kerja kat Proton aku hanya menemani Along aje masa tu. aku datang Proton pun pakai baju kasual jean dan tshirt aje. tapi abang Din suruh jugak isi borang. dan masa interview tu pegawai tu kata aku boleh diserapkan ke jabatan Treasury kalau aku stay kat kilang dulu. sebab ada staff kat Treasury nak berhenti. so aku pun bermnat dan aku terima keraja apprentis tu.
aku jumpa kawan aku kat sekolah miaitu Amat Tamizi dan bila dah lama akucerita kat Amat Tamizi aku dapat offer krja kat dept. Treasury . silap besar aku eprcaya kat Amat tamizi sebab lepas tu dia bagi pressure kat aku sebab apa? sebab jeles aku dapat kerja dept. Treasury sedangkan dia dah lama mereput kat line kilang masih tak jadi foreman ke apa ke...memang silap aku le...

masa plant sut down sekitar 2 minggu cuti tapi gaji jalan dalam bulan June macam tu...aku menjejak Maznah di kampung ...tapi Maznah dah takde lagikat kampung..Maznah dah balik kampung idia kat Kedah dan kerja kat kilang di Penang. aku terjumpa maksu minah tapi aku tak berani tanya pasal Maznah kat dia. dan aku tanya kat Chek..malangnya aku dapat alamat dan aku tulis surat kat Maznah dengan alamat yang Cheq bagi tu. tapi sampai sudah tak dapat balasan Maznah.

so aku pun frust sebab Maznah tak layan aku...aku rasa tak semangat nak kerja Proton aku asik monteng aje....siang aku elaa rumam kak azah...malam aku leapak rumah kakak aku dan begitualah seterusna sampai aku kena berhneti 24 jam oleh HR Proton.
dan aku sebenarnya 

 aku kau dan dia - July - Dec 1994
dan aku dah tak dapat khabar berita pasal Maznah lagi time ni ...aku dah berhenti kerja Proton sebab krisis dengan Along dan Along buat hal dia...aku buat hal aku dan syukur aku dapat kerja dekat suratkhabar The Star...bila aku dah confirm atau disahkan jawatan pada Dec itu hari...aku ambik cuti dan balik kampung ...danaku teruskan menjejak Maznah ...yang aku hairan masa kat kampung tu aku nampak macam kelibat Maznah. aku tanya mak aku...mak aku kata memang MAznah tapi akhirnya aku tahu yang itu adik Maznah yang sebijik macam mka Maznah.

wild world - I'm not in love


Maslina 
awek kampung aku ..mulanya dia tak layan aku...sebab aku nak ber awek masa aku kerja Landsurveyor tu...dah masuk setahun aku single takde awek. aku try cari alamat dia kalau kalau ada simpan. sebenarnya aku tanya kat anak pakyak si zana...zana ni meletop jugak diorang kawan dengan zila anak kepada kakana adi ik abang ipar aku..diorang ni berkawan tiga orang...hem elok sangatlah tu. aku tanya zila...zila suruh tanya zana...lastnya dapat number telefon mas.

bila aku dah kerja Proton baru aku berani hubngi Mas...aku rasa konfiden sikit. aku pun cakap dulu aku kerja kt kampung sekarang aku kerja di KL. Mas memang takde masalah tapi dia selalu cakap kat kakak aku yang masa tu dia kawan dengan aku sebab kakak aku kawan dengan mak saudara dia.  aku belumpernah ujumpa pun Mas ni tapi akhirnya aku jumpa dia ni macam Kajol pulak aku tengok . hidung mancung rmabut ikal. mayang aku tengok kat gambar yang dia bagi lah.

lastnya aku date dengan dia first time dan ajak dia pergi ke Tapah dan cadang tu nak mandi kat batu 7. memang betul aku mandi tapi dia tak mandi lah...dia memang jatuh hati kat aku dan harap hubungan aku dan dia sampai ke matlamat. aku dengar camtu je aku jadi takut sebab aku cuma nak kawan je dulu tak serius sangat. tapi dia dah bagi tahu kat mak dan family dia pasal aku.
aku pun rasa nak slow down dulu...aku kurangkan hubungi dia dan dia pulak dah merantau ke Penang kerja kilang kat sana.

hubungan slow down sampai aku jumpa dia kali ke 2 dalam tahun 1996 macam tu. aku ajak dia ke Ipoh pulak lepak kat tempat tempat yang dah lama aku tak pergi. dan aku bagi pengertian cinta kat dia. damamacam Meeza girlfriend aku kat Ipoh tahun 1992 dulu dia turut menangis sebab aku kata aku cma anggap dia macam adik aku je tak lebih dari itu.

khabar terakhir aku dapat tahu dia dah nak bertunang dalam tahun 1997. masa tu aku balik kampung menganggur takde kerja. bila aku dah berhenti kerja the Star







wild world - suara kita


ya ini adalah spin off dari kisah sebelumnya...kisah aku kerja general worker landsurveyor tu...nak cerita lebih detail sikit  pasal awal aku datang KL dan terpaksa survive kat kota walaupun hati masih kat kampung. sebab apa kat kampung sebab awek lama kat kampung lah..apa lagi.

so bila aku dah terima kerja kat Proton tu...aku terpaksalah duduk kat KL balik and to be more specific kat PJ Oldtown rumah kakak aku yang dah kahwin dengan orang Tapahroad tu  - pak Udin
datang interview tu pun pak Udin yang arrangekan jumpa dengan pegawai HR tu sebab sebelum ni ada first batch yang masuk kerja batch Saiful dan kawan kawan dia. dan aku dan Along ni kira second batch yang Proton buat untuk cari staff jadi apprentice aje.

aku ingat lagi satu masa dulu aku datang intrerview kat Proton sebab dapat surat dari Pejabat Buruh suruh aku interview dalam tahun 1992 masa tu aku kerja kat Ipoh. bertitik tolak maka aku dan Along duduklah kat PJ rumah pak Udin...kitorang duduk menyewa satu bilik berkongsi. mula ulanya Along okey tapi bila lama kelamaan dia orang dah tahu dia kerja Proton. Masa tu kerja kat Proton memang jadi sebutan orang sebab overtime aje dah double triple atau boleh lah dapat seribu sebulan kalau malas overtime...kalau rajin bayangkan berapa korang dapat? buat 5S aje pun dah dapat seribu sebulan. 5S tu standard operation procedure overttime iaitu mengemas...membershkan dan entah apalagi S nya. maksudnya bukan buat kerja penat pun kan?

tambah macam aku ni pulak dijanjikan jawatan sebagai staff Treasury dept. lagilah aku rasa ada masa depan aku kerja kat Proton tu.menyedari yang kitorang ni boleh  dikatakan akan menjadi perhatian dan bualan orang kampung dan tentunya semua orang akan tiba tiba jadi kenal kat kitorang...hahaha..sehinggakan kalau masa kitorang tunggu bas kilang tu nak balik kat bus stop semua awek awek disitu akan terpaku melihat kitorang yang beruniform biru Proton ni.memang betul apa yang dikata...saham aku dan Along naik mencanak canak lepas kerja Proton. Along misalnya dari masa dia kerja kat bikamik poltery dulu takde siapa yang pandang. tapi sejak kerja Proton ni ada je saudara yang menghubungi dia. yang aku ni usah cakaplah kakak awek lama aku kat kampung dah mula tegur tegur aku ajak bersembang...tapi apa aku nak herankan kalau awek lama aku yang tegur lain lah cerita...

dan benar...ada awek kampung yang ingin berkenaan dengan aku iaitu Maslina dan jugak sorang awek kerja Georgetown kat PJ yang mukanya sebiji macam Vanida Imran masa berlakon Putera...tak kira lagi awek depan rumah kakak aku mak Along kat kampung ...dan jugak ada kakros cakap nak rekemenkan aku dengan cikgu sekolah yang menyewa kat rumah dia. fuhhhh...dalam ramai ramai tu aku hanya tertarik kat Maslina sebab dia orang kampung aku dan aku kenal dia sebab mak dia adik kawan kakak aku. dan nak certa pasal Maslina ni kalau sekali pandang macam rupa Kajol sikit.hubungan aku dengan Kajol..ehhhh... dengan Maslina atau Mas ni memang takde masalah...cuma aku boleh nak teruskan sebab tak sampai hati nak permainkan perasaan dia  sebab hati aku masih kat awek lama aku...walaupun aku tahu entah ada masa depan dengan dia atau tak sebab dia takde dah kat kampung aku sebab dia dah balik kampung lepas dia ambik SPM dan kerja kilang kat Penang. cuma aku aje yang masih berharap kat dia. walaupun tak tahu ada peluang ke atau takde.

ye memang seronok dan best masa tu...tapi aku tak dapat bayangkan ada jugak tekanan masa tu...masa tu ramai jugakah kawan dan lawan...kawan kat tempat kerja ada jugaklah yang jelous dengan aku bila dapat tahu aku akan diserapkan ke jabatan Treasury dept. bukan orang lain kawan aku juga masa kat sekolah dulu. nama dia Ahmad Tarmizi. kalau dulu yang jelous dengan aku tu Ai @ Khairuddin sebab mungkin dia rasa terancam bila aku ada kat situ. silap aku anggap diorang berdua ni kawan aku dan percaya pada cakap diorang...aku memang silap besar...

kalau dulu Ai sabotaj aku masa hari interview Shah Alam tu...so bila Ahmad ni pulak dia bagi pressure kat aku masa aku kerja dalam unit dia..unit Conveyor pemasangan enjin dan transmisi. aku takde masalah kerja kat situ cuma dia yang tambah tambah cerita kat foreman atau mechanic yang aku tak boleh buat kerja. dia tak tahu aku terus direct tanya kat pegawai tu macam mane kerja aku okey ke tak okey..foreman dan mechanic tu cakap dia tengok kerja aku okey je...punyalah busuk hati seorang bernama kawan...akhirnya bila tengok Ahmad asyik jadi kaki kipas aje aku tak tahan...aku ditukarkan ke bahagian supplier iaitu bahagian orang orang yang kurang IQ kat situ...ye lah kerjanya cuma ambik spare part aje dan sapu sampah.

Aku jadi tension dan aku selalu ponteng...tambahan masalah aku lagi bila Along buat hal...Along dah eksyen dengan aku dan tak dengar cakap aku lagi bila paksaudara dia belah bapak dia ajak duduk satu rumah kat Subang Jaya. Along selalu lepak kat rumah paksaudara dia tu bila cuti dan tak inform kat aku, kakak aku atau orang rumah lain. dia buat ikut kepala dia sendiri je...sikit pun tak fikir orang lain. aku yang paling tension sebab satu bilik dengan dia. aku sabar aje nak buat camne dah lah tertekan kat tempat kerja lepas tu tambah tertekan dengan Along lagi.

klimaks pada semua ni aku kena panggil dengan HR dan HR kata aku diberhentikan kerja sebab 3 hari tak datang kerja dan tak inform sesiapa. Tapi sebab aku punya mechanic dan foreman baik hati dia suruh aku tulis surat kat HR dan bagi penjelasan kenapa tak datang 3 hari tu. kira macam surat rayuanlah. tapi apa nak dikata aku sudah diberhentikan 24jam sebab masih under probation belum confirm lagi...kalau sudah confirm mungkin ada budi bicara.

so aku pun tak kerja lagi kat Proton...aku nak kata menyesal pun ada kerana tewas dan mengikut kata hati dan perasaan. sepatutnya aku rilek aje dan pedulikan Along ..pedulikan  Ahmad Tarmizi  yang kaki kipas tu...aku pun menyusuri jalan jalan disekitar Proton pagi tu dan mengangkat kaki meninggalkan bangunan Proton dan melupakan pasal kerja kat Treasury dept.

so bermulalah pengembaraan aku selepas berhenti Proton. aku memang ingat nak balik kampung pada mulanya sebab aku dengar firts batch Proton dah ramai yang berhenti dan balik Bidor.  tapi aku fikir kali ni niat aku nak bantu family kat kampung takkan aku nak mengalah balik kampung...entah datang dari mana semangat tu aku tak tahu...tapi sebab aku ni rasa dikhianati kawan dan anak saudara aku..aku selalu pergi ke rumah mak saudara aku masa aku ponteng tu...kat situlah selalunya aku dapat semangat dari kakak sepupu aku tu...dia yang faham jiwa aku..

masa aku jumpa HR Proton hari tu ada pegawai tu rekemenkan aku kerja kat Perodua di Rawang...dengar macam best aje tapi bayangkan dari PJ nak pergi Rawang nak pergi kerja macam mana?  aku bukan ada transport . tapi aku usaha jugak sebab aku tahu Allah akan tolong orang yang berusaha. aku pun tanpa apa apa clue macam mana nak ke Perodua tu cuma gamble tanya orang je macam mana nak pergi. aku sampai Rawang naik bas dan aku naik bas lagi ke simpang Sungai Buaya nama tempat tu. aku berhenti je tepi jalan aku nampak signboard Perodua. memang itulah tempatnya...aku pun menapak dari jalan besar masuk ke kilang...masa tu tahun 1994 memang takde apa pun kiri kanan...yang ada masa tu hanyalah kandang lembu je kat situ...ditengah panas aku teruskan jugak menapak sampai ke dalam memang penat... tapi apa pilihan yang aku ada? nak naik teksi? duit pun tinggal 50 ringgit aje dalam poket. aku kuatkan semangat. lastnya aku sampai jugak ke ofis kilang Perodua tu. aku masuk ofis dan aku tanya kat kaunter. dia kata memang ada kerja tapi pegawai yang nak interview takde hari tu. dia suruh aku datang esok.....dugaaaan...

esoknya aku datang lagi dan macam biasa aku menapak lagi ..nampak kandang lembu lagi... tapi kali ni ada kereta hon aku dan pelawa aku naik tumpangkan aku. dia tanyalah aku dari mana. aku jawablah sejujurnya. dia pun kesian dan dia janji akan rekemenkan aku kerja kat dept dia iaitu dept body assembly iaitu tempat cat body kereta Perodua. aku dah lega dah walaupun belum ada hitam putih...penat aku berbaloi datang sampai 2 kali.

sampai kat ofs Perodua tu aku tak payah interview dah sebab yang tumpangkan aku tu pun pegawai jugak. so dia incharge dan bagitahu nak ambik aku jadi staff bawah dia...aku cuma isi borang dan bagi staff HR aku dah boleh start kerja. masalahnya sekarang aku memang tak boleh berulang dari PJ ke Rawang. aku kena cari rumah sewa dan aku sempat tanya kat pegawai yang tolong aku tu. dia pun bagi beberaapa nama sekali aku kenal satu nama tu Abdul Jalil Husaini. kawan sekolah aku kat Bidor sama macam Ai @ Khairuddin  dan Ahmad Tarmizi....aku cuak jugak nanti aku kena tipu lagi dengan kawan sebab percayakan kawan. aku pun bersiap nak menapak ke luar dan ke jalan besar. masa tu dah tengahari budak budak kilang semua keluar makan tengahari. hairan jugak aku takde sistem kopun macam kat Proton ke. baru je aku melangkah setapak ada orang panggil aku. siapa lagi kalau bukan Ony atau Abdul Jalil Husaini. dia kata pegawai tadi tu bagi tahu ada orang kampung apply kerja dan satu unit. so dia cari aku hahaha...aku cerita punya cerita Ony pun cakap rumah sewa tu ada dan dia suruh datang hari minggu tengok rumah tu. berapa kali mau datang daaa...so, masalah aku sudah selesai. kerja dah dapat rumah sewa pun dah ada.  nak pergi kerja pun dengan Ony lah nanti. sebab masa tu Perodua takde shift malam entah aku pun tak tahu kenapa.

masa yang dinanti aku kena pergi tengok rumah sewa hari mnggu tu dan aku start kerja hari Isnin. aku berat hati betul nak kerja kat Perodua ni tak tahu kenapa...sedangkan semuanya sudah dipermudahkan untuk aku...aku sendiri tak tahu kenapa...aku nak bertahan kat PJ ni untuk cover semua kesilapan aku buat masa kat Proton dulu...bukannya aku tak bersyukur dapat kerja kat Perodua. tapi entahlah aku berat hati nak duduk kat Rawang tu. tambahan aku pernah terkena dengan kawan dua kali dan takut terkena lagi. so aku pun tak jadi pergi Rawang hari minggu tu dan aku nekad nak cari kerja kat PJ atau KL.

aku pun mula mencari kerja berpandukan iklan kerja kosong kat surat khabar. aku bernasib baik sebab ada jugak yang kesian kat aku iaitu Maisham anak saudara pak Udin yang selalu lepak kat rumah tu . sebab Maisham  masih study lagi kat maktab sains Mara KL dan family dia kat UK.. tinggal dia terkontang kanting kat sini sorang sorang. aku rasa dugaan dia lagi hebat dari aku...aku dengan dia pun temankan aku keluar cari kerja kat sekitar PJ dan Subang Jaya.

usaha aku akhir nya membuahkan hasil. bila aku dah hampir kehabisan wang belanja aku kena keluar dari bilik atas tu dan tidur kat luar sebab ada orang nak sewa start bulan depan.  akhirnya satu panggilan telefon dari The Star Publication menyelamatkan aku dari terpaksa tidur kat luar kat bawah sementara aku dapat kerja. bilik bujang ada je tapi biasalah kadang kadang ada orang suka kadang kadang orang tak suka. Along? Along tak jadi duduk dengan paksaudara dia tu sebab apa ntah ada masalah ke apa aku tak ambik pot dah. baik aku fikir diri sendiri...

so selepas urusan masuk kerja The Star selesai dan aku jadi staff temporary selama 3 bulan bermula dari bulan July August dan September...okeylah tu nanti bila dah kerja boleh try usha tempat lain insyallah...aku masuk kerja The Star menguruskan event PJ Half Marathon kat Marketing dept.

mungkin rezeki aku...lepas aku punya tempoh kerja temporary tu habis aku ditawarkan kerja permanent/tetap  kat Personell dept sebab kejujuran aku masa handle duit penyertaan PJ Half Marathon tu ada staff kantoi ambik duit penyertaan. so aku masuk Personell dept hujung bulan bulan  September dan macam macam cerita aku kat The Star selepas tu...hahahha...tunggulah aku sambung pasal aku kerja kat The Star pulak kalau aku rajin...

apa kena mengena tajuk ni dengan entry ni? entry ni isinya pasal orang datang KL nak kerja tapi kena khianat dengan anak saudara dan kena khianat dengan kawan...mana ada pasal janji...ahhhh aku punya bllog aku punya cerita kakakaka...mungkin cerita pasal janji tinggal janji tu belum sampai lagi dalam entry ni ye lah ni macam cerita episod PILOT kan...

okey tq adios ...muchas gracias

wild world - you were there

lagu ni femes masa sebelum raya tahun 1994...sebelum lagu Now and Forever meletop kat radio...ke sama sama meletop...masa ni aku takde apa apa pun dalam fikiran aku...lagipun ex - gf dah balik kampung dia di utara...tinggal aku terkapai kapai...takde arah tujuan..kalau tak ada jugak aku mengintai intai dia antara nampak...hahahaa..

rutin pagi - kalau hari kerja dalam pukul 8 macam tu pergi rumah encik boss aku kerja landsurveyor tu...kalau hari Ahad tak kerja...pagi tu pergi ke kedai cina hailam sebelah yowsun tukang jahit beli mi kari...kalau rasa nak beli kedai Michael (aruah Man yang bagi nama kat dia)  sebelah maidin gunting rambut tu pun ada mi kari...sebelah stesen teksi pun ada mi kari...mi kari nyonya ada banyak taufu dan makan dengan cili special tu...takde cili special tu tak kick makan mi kari atau mi kicap.aku tau makan sebab Man dan kawan landsurveyor la...

rutin tengahari - habis kerja tengahari dalam pukul 1 macam tu...rileks kan kerja setengah ahari je...selalunya sebelah tengahari aku melepak aje kat rumah sampai ke petang...lepas asar macam tu aku melawat Along kat Bikamik masa tu dia kerja situ...kalau Along tak kerja aku datang rumah dia dan lepak sampai ke maghrib baru aku balik.

rutin malam? - bukan ada tengok TV sangat...dengar radio lepas makan termenung mengenang nasib...awek pun dah takde...tengok buku simpanan bank asb tak cecah 4 angka baru seratus dua...itu pun aku berjimat...

bershopping? usahkan sekali ...memang tak pernah pun...ada pun pergi bundle Tapah beli topi cap dan baju askar buat pergi kerja...ada beli pun kaset lah...aku dah segan beli kat kedai benteng tu aku beli kat Tapah....

wild world - bazooka penaka

hemmm...titik tolak aku ke KL kerja Proton bermula lepas rumah aku di serang bapak saudara aku pada hari raya tahun 1994. kaum keluarga aku memang dilanada krisis sejak lama sudah...aku pun tak mahu ingat sebab apa. dan kadang kadang krisis tu mengakibatkan keluarga aku sendiri berpecah.

so, tragedi kena serang oleh bapak saudara aku iaitu bapak Nazri

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...