Saturday, March 9, 2019

shape of my heart - 4U2C - FIONA


lagu 4U2C meletop tahun 1993...tapi dalam tahun 1992 dah keluar lagu FIONA tu...masa tu pun aku takdelah layan lagu Fiona ni...tapi sedap jugak...masa ni biasalah banyak masalah tahun paling aku banyak berdukalara...end of 1992...

dan jugak lagu FEMININ meletop jugak masa ni...aku dah balik Bidor dah masa ni takde kerja tapi kerja sementara kat  BIKAMIK poltery...tak ama lepas tu aku berhenti. aku memang tak tahu kenapa masa sekolah aku paling minat bidang seni...kat poltery tu aku macam jadi lembab dan slow. aku pun hairan kenapa.

masa kat situ aku mula masuk kerja jadi pembuat tembkar...lastnya diorang tengok aku slow buat kerja diorang letak aku bahagian acuan...maksudnya aku kena berselomoih dengan tanah liat plaster of paris tu dan masukkan plaster dalam mold. itu kerja aku. bukan ukir ukir atau cat tembikar dah. aku rasa down sebab aku bukannya budak tak sekolah atau budak tak pass SRP nak buat kerja macam tu. lastnya aku ambik keputusan berenti dari menrendahkan diri sendiri walau kerja halal tapi tak kena jiwa apa nak buat kan?

lama jugak aku tunggu peluang kerja lastnya kakros tanya kat aku nak kerja sukat tanah ke...aku rasa memang pucuk di cita ulam mendatang. tu bidang kerja bapak aku. aku kena kerja macam bapak aku untuk tahu macam mana dia sara hidup keluarga selama ni. memang tepat kerja tu bagi aku walau hanya seorang buruh kasar atau kuli sahaja. takpe banyak aku boleh belajar denga kerja kuli juruukur tanah ni...







No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...