Tuesday, September 8, 2009

nostalgia - saat yang bahagia...

Bidor terkenal dengan buah jambu batu tanpa bijinya...

...kalau zaman budak budak tak sah kalau tak cerita pasal memanjat pokok jambu...aku dan kengkawan masa kecik kecik dulu ronda keliling kampung cari lokasi pokok jambu yang senang kitorang bergayut dan memanjat...
di halaman rumah aku sahaja sudah ada 3 batang pokok jambu...pokok jambu ini bukanlah untuk tujuan menanamnya untuk dijual buahnya...tapi sekadar melengkapkan pemandangan kampung...
pokok jambu yang pertama di depan beranda rumah aku tu buahnya kelat kelat sikit dan rasa jambunya agak keras...pokoknya tak begitu besar untuk kami bermain dan memanjatnya...pokok jambu yang ke 2 pula letaknya sebelah pokok rambutan...pokok jambu dan pokok rambutan itu amat dekat sehingga jika aku memanjat pokok jambu aku boleh juga mengambil buah rambutan...kerana pokok rambutan selalunya ada semut api...pokok jambu yang ke 3 pula letaknya di belakang rumah aku.dahulu belakang rumah aku adalah kawasan semak samun yang terbiar.aku hanya akan pergi ke sana bila aku dan kawan kawan mahu melastik atau menjerat burung merbah... kami semua masih kecil aku dan kawan masih tidak tahu apa apa...sekarang kalau dikenangkan yang burung itu juga berhak hidup dari menjadi mangsa batu lastik kami...

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...