Sunday, September 2, 2012

inspirasi lagu 1992 - qiara -



ada dua lagu Qiara yang aku dengar masa putus cinta dengan Maznah


apa yang terjadi tetap terjadi 

Di ketika ini keadaan tiada mengizinkan
Untuk ku lafazkan kata-kata menghuraikan perasaan
Tapi ku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Usah ada gesaan apalagi suatu paksaan
Kau tahu diriku serba tiada ku ingin lebih bersedia
Lalu di atas nama cita-cita kau ku tinggalkan sementara
Dengan percaya engkau akan mengerti
Dan sabar menanti...

Berdoa-berdoalah sayang
Sepenuh keyakinan
Bukan berjanji bukan bersumpah
Cuma percaya...
Ku kan pulang padamu jua... (dinda)
Apa yang terjadi kan terjadi
Dengan keizinan Ilahi
Aku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Aku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Pertemuan... di azali...


dan jugak lagu ni ...lagu ni dah masuk eperiod akhir dalam percintaan kami yang terputus dah...sebenarnya...
Hanya pada mu

Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci
( korus )
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci

Friday, June 1, 2012

inspirasi lagu 1992 - cooling period songs

ye...satu hari nanti aku akan bukukan juga semua tulisan tulisan dalam blog aku ni ke dalam sebuah buku dan aku publish sendiri. banyak sebenarnya lagu lain nak aku masukkan dalam entry ni...tapi cukuplah lima buah lagu sahaja yang memberi kesan kat entry ni...lagu lagu dalam entry ni merupakan signature aku berpisah dengan Maznah atau cooling period aku mencari ketenangan dan kedamaian...   


Dont Let The Sun Go Down On Me - George Michael feat. Elton John - 
lagu ni sebenarnya lebih kepada friendships...mungkin melakarkan tentang aku dan Nazri...apa yang terjadi pada hidup aku masa tu memang ada kena mengena dengan Nazri. suka atau tidak mak Nazri memainkan peranan penting dalam hal ini. yang banyak menyebarkan cerita cerita tu siapa lagi kalau bukan mak Nazri. mak Nazri tu mak saudara aku jugak. tapi mungkin selama ni mak Nazri mempunyai agenda dia sendiri pada aku ni...bak kata Nazri nama aku dah jatuh...siapa yang jatuhkan? hahahaha...
mungkin selama ni dia bangga sebab anak dia abang abang Nazri tu semua berjaya at least hidup senang. tapi Nazri ni mungkin macam macam hal...dan sebab nak cover perangai Nazri mungkin mak Nazri jadikan aku kambing hitam.
so, aku memang mengalami masa yang sukar masa ni dalam hidup aku dan Nazri tetap bagi sokongan kat aku walaupun mak dia sudah memburuk burukkan aku dan menyebarkan cerita cerita tentang aku di Ipoh kat kawan kawan atau pergerakan wanita yang jugak maksu Minah jadi member...maka usahkan Umno bergerak...mulut diorang pun bergerak cerita pasal aku kat mesyuarat. aku tahu mungkin maksu Minah tak suka aku cam tu la...dia join sekaki mengutuk aku sekali lah tu... geng mak Nazri tu memang aku kenal sangat ada yang berdarah Mendailing macam bapak Nazri iaitu makcik Jah Ali dan kak Meera rumah awam. sorang lagi Wah Linda mak boboi yang abangnya Didi kes Rohana minum racun sebab pakyak - Ishak tak suka kat Didi..sebab Didi hanya keja bawak van rokok.dan seorang lagi yang kuat jadi batu apinya ialah makngah Tun...mak saudara aku jugak yang duduk kat belakang rumah aku je.dia memang jeles tengok family aku baik dengan family Nazri...


Bohemian Rhapsody - Queen  -
lagu ni berkisar tentang aku redha dan pasrah...aku menerima apa saja yang sudah ditakdirkan dan mencari semangat yang masih bersisa dalam diri aku dan apa yang ada untuk bangkit semula dari kekecewaan dan penderitaan...dalam hati dan dalam kepala otak aku bertekad... 

"kalau kita jatuh kerana manusia...bangunlah kembali kerana Allah"

aku memang menjauhkan diri aku dari Maznah sebab aku tak nak kisah aku atau apa yang terjadi kat aku ni bagi efek kat dia...biarlah aku tanggung sendiri dan biarlah aku menyepikan diri dari dia dan akan menghindar dari bertemu dengan dia...mungkin aku salah buat macam ni kat Maznah. namun apa yang aku boleh buat lagi...selain menjaga nama baik dia dan nama baik mak aku dengan memutuskan hubungan cinta suci kitorang. supaya takde lagi kata kata untuk geng pergerakan wanita Umno buat bahan jadi buah mulut kat mesyuarat dewan bercerita pasal aku. 
aku banyak bermenung...memikirkan diri ke mana arah tujuan...apa yang akan aku lakukan...aku tahu aku kena bangun semula dan kumpulkan semangat semangat yang masih ada...
aku tertampar akan kenyataan bila ada kes seorang kawan perempuan masa sekolah yang aku kenali namanya Rohana yang tewas dengan apa yang melanda kehidupannya. dan dia memilih untuk minum racun dengan niat bunuh diri.
Astaghafirullah...aku tak sangka akibat kecewa cinta sampai macam tu...dan aku harap Maznah takkan sampai macam tu bila hubungan aku dan dia terputus di tengah jalan.yang aku tahu Maznah memang bersedih sampai berhenti belajar mengaji dengan mak aku.


 
Under The Bridge - Red Hot Chilli Peppers
kat mana ye aku menghabiskan masa masa termenung tu? aku dah duduk kampung...kerja takde duit takde...tapi akhirnya dapat kerja kat pottery Bikamik hujung kampung. masa ni orang tak pandang aku lagi sampai aku nak pinjam basikal pun orang tak bagi. teruk sangat kan? macam aku nak jual pulak basikal tu? apa orang ingat aku ni macam aku ni mat pet? teruknya orang pandang aku kan? sedikit sebanyak aku rasa semua hinaan ni berpunca dari kes aku pinjam duit kat keluarga bisan mak Nazri tu lah...sampai macam tu sekali hinaan diorang kat aku...salah aku cuma pinjam duit je dan aku dah settlekan sebelum aku balik kampung. apa lagi diorang nak burukkan nama aku? anggap diorang tu ada duit suka suka diorang nak hina orang macam aku? memang ada ISU nya...ada cerita dalam cerita pasal orang Ipoh dan mak Nazri...
aku pun kerja lah kat Bikamik tu..aku pergi kerja jalan kaki aje...agaknya ada dalam 3 batu? pegi kerja keluar rumah pukul 7 balik habis kerja pun pukul 7.kadang kadang kalau ada duit sikit aku makan kat gerai hidup segan mati tak mahu kat situ. bila dah ada duit dapat gaji first aku naik bas tambang 50sen. pergi balik seringgit. kalau camni punya bajet cukup cukuplah..nasib baik aku tak hisap rokok kan? aku hisap rokok pun tidak tapi macam manalah diorang boleh tuduh aku mat pet ? mungkin sebab aku kurus?aku kurus tu sebab aku frust kecewa cinta dan masalah krisis keluarga...
bila dah ada kerja adalah semangat tu datang balik...walau tak sekuat mana...tapi tetap tabah hadapi dugaan hidup. aku bukan budak jahat...aku budak baik...mak aku asuh aku dari kecik jadi budak baik...tak pernah aku buat perkara perkara yang tak senonoh ke apa ke...itulah aku..dan kat situlah aku dapat semangat...aku budak baik...mereka mereka yang busuk hati aje cakap aku budak jahat atau bermasalah...mereka mereka tu ialah mak Nazri and the gang, makngah Tun dan orang Ipoh tu.


Tears In Heaven - Eric Clapton
mood lagu ni macam lagu still got the blues - Gary Moore ...aku akhirnya berjaya keluar dari rasa kekecewaan bila aku tahu hidup aku ini adalah mencari keredhaan Allah dan bukan keredhaan manusia...aku [erlahan lahan menerima kenyataan hidup. aku memang dibenci manusia dan di pandang serong sebab aku salah. tapi siapa aku sebenarnya? aku ni seorang pemuda yang ada adab sopan dan hormat kat semua orang. aku dah terdidik macam tu dan orang pun semua anggap aku seorang pemuda yang baik. takkan aku nak rosakkan hidup aku hanya semata mata orang yang tak suka aku dipandang baik macam mak Nazri and the gang. masih ramai lagi anggap aku ni pemuda yang baik. itu sebab aku dah tak layan pasal cinta dan pasal tuduhan mereka pada aku. aku pun masa tu walaupun ada krisis dengan bapak aku. aku tetap tolong keluarga aku menguruskan kerja kenduri perkahwinan kakak aku. biar semua orang tahu aku dihalau ke ...aku di hina ke...namun aku tetap tunaikan tanggungjawap aku pada keluarga.

lagu Tears In Heaven ni bait bait lirik dan petikan gitar oleh Eric Clapton begitu mencengkam .. rasanya macam ambient masa kita nak pergi undangan majlis kenduri kahwin kekasih kita. macam tu lah kita rasa. dah pakai baju smart smart dah pakai minyak wangi. dah start masuk kereta atau dah start motor. dah half way nak sampai rumah kenduri tu tiba tiba airmata kita menitis dan kita pusing balik rumah...  macam tu lah rasanya bila dengar lagu ni...



End Of The Roads - Boyz II Men
lagu terakhir dalam entry ni ialah sentimental ballads dari Boyz II Men... aku pilih lagu yang power power je untuk aku mengenang Maznah...nak buat entry ni saja aku menaip dari pagi sampai ke petang nak cari idea mantapkan content entry ni.
menyedari yang takde lagi yang akan menyambung kembali cinta aku dan Maznah so, aku pun akur bila kakak aku yang aku tumpang kat rumah dia pun menghalau aku secara halus bila dia tak masak dan hanya masak sekali aje sehari. aku sedar aku sudah membebankan hidup diorang yang bukanlah senang. so, aku pun berusaha mencari kerja dan akhirnya aku dapat jugak kerja kilang kat Shah Alam. tak kiralah ada hubungan kakak kandung sekali pun kalau hidup kau menyusahkan orang kau akan di halau juga...hahahaa...tapi walau macam tu pun aku hargai jugak masa kakak aku offer aku duduk rumah dia selama seminggu dua tu dan akhirnya aku kena angkat kaki...
sedih nak tinggalkan kampung dan merantau ke kota kerana di halau macam ni...tapi apakan daya...sudah dugaan hidup aku. tak diperlukan lagi di mana mana pun...so, melangkah lah aku meninggalkan semua kenangan di kampung...berkecainya cinta pertama aku...berkecainya harapan dan cita cita...hancur musnah semuanya ...Maznah cinta pertama aku yang tak kesampaian namun aku tetap akan kenangi Maznah dalam hidup aku hingga ke akhirnya...

Thursday, February 9, 2012

inspirasi lagu 1994 - siapa di hatimu


saja nak tulis lagu lagu Ekamatra dan Rahmat...personafikasi lagu lagu nyanyian dia..lagu ni keluar di penghujung tahun 1993...masa ni rasanya aku kerja lansurveyor dengan aruah Man dan Sepol. masa ni Maznah masih lepak kampung aku tunggu result SPM dia. masa ni aku dan geng menyukat atau mengukur sempadan kat belakang sekolah cina kat pekan tu..kan tengah tengah pekan tu nak buat sempadan bank Hong Leong sekarang ni. 

terasa bagai di tusuk sembilu bisa
pedihnya entah bila akan terhenti
bercinta di rimba asmara berapi
terbakar hanya kusendiri
oh mengapa

aku nampaklah kelibat seseorang kat masjid masa aku balik kerja berselut berlumpur tu...aku segan nak tengok apatah lagi tegur..tapi terpaksa sebab aku balik memang jalan ikut jalan depan masjid tu. aku pun tak tahu kenapa minah ni selalu berada kat situ? tapi hari tu ada seorang mamat lah pulak dia bersembang. tapi terguris jugaklah hati aku walaupun aku sudah takde apa apa dengan dia. aku sendiri yang terguris sedangkan orang lain takde apa apa... 

kemana hilang janji dan sumpah setia
kemana tumpah selaut harum kasturi
apakah akan berulang kembali 
asyiknya cinta bagai dulu
atau serapuhnya mimpi yang pulang pagi

aku tak pernah berjanji pun dengan dia..aku tak pernah pun cakap apa apa pun cuma aku tahu dia tahu hasrat aku ikhlas dengan ingin menjadikan dia kekasih aku dulu... dan masa tu memang dia pun balas cinta aku. dan aku inmgat semua tu rupa rupanya serapuh mimpi aku je...yang akan hilang bila pagi menjelma...

semakin ingin aku lupakan 
dan semakin bayang wajahmu kan menjelma
di manakah puncanya derita
kusendiri tidak pasti 
sayang...

semakin aku nak lupakan dia makin dia asyik menjelma kat sini sana iyalah...rumah pun dekat dekat aje...mana mana pergi pun mesti terselisih dan terserempak...aku sendiri tak tahu apa salah aku sebab dia berubah...aku rasa dia tahu akan kisah hidup aku masa aku menyepkan diri tu....aku kutip semula segala kenangan yang ada dengan dia...walau semua tu dah tak bererti lagi

siapa merebut tali cinta waktu aku buka jendela 
di keheningan pagi indah
siapa sejambak mawar merah harum di kamar hatimu
hingga diriku disingkirkan

redup senja dikaki malam 
menghilangkan warna di lalang 
dan cinta kini bagaikan perkasihan mimpi

aku nak tahu siapa yang sudah menggantikan tempat aku di dalam hatinya sampai dia boleh lupa aku macam tu saja...walau nanti aku yang sedih...

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...