Tuesday, October 1, 2019

nostalgia - Engkau Laksana Bulan


Wann akan menyanyikan lagu ni di konsert Gegar Vaganza minggu yang  ke empat bersama duetnya Aris Ariwatan. punya banyak lagu duet P Ramlee lagu ni jugak yang juri pilih. lagu ni pun bukan lagu duet. buta kayu ke apa juri padahal Tok Ram komposer dan music director tu jadi juri? mungkin Astru ala ala BBNU atau Eric tu yan pilih lagu ni untuk Wann. ikut ajelah diorang yang kendalikan rancangan ni kan.

Lagu ni memang nyanyian asal P Ramlee dalam filem penarik becha dan pernah dinanyikan semula oleh dato Sheila Majid. masa lagu Asmaradana tu datin atau puan sri Tiara datang takkan nak ajak dato Sheila Majid pulak datang kot?



masa Sheila majid release album ni memang sama clash dengan album nostalgia Wann tapi Wann ada peminat dia sendiri...Sheila Majid biasalah publisiti melonjakkan nama dan album ni tahun 1990 tu. sedangkan Wann tak payah publisiti pun orang beli jugak. macam nak beza album ni kan...album Sheila Majid bapak aku beli...album Wann bapak Nazri beli...macam tu lah taste orang lain lain...tapi konsep album ni sama lagu nostagia dan diberi mood baru

setakat lagu lagu nostalgia ni memang celah gigi aje kat Wann...maksudnya lagu yang senang Wann nak bawak...sebab Wann pun banyak album nostalgia dia. cuma tu lah faktor usialah...memang takkan macam masa muda muda dia. tapi walaubagaimana pun Wann ada originaliti dan identiti dan style dia yang takkan ada pada orang lain.

mungkin sketsa nanti Aris akan pakai baju compang camping dan ada props becha dan ada background bulan macam dalam filem tu...muzik tak tahulah macam mana Tokram buat nanti kalau macam orchestra Bolshoi Turkey tu okey sangat lah. Tokram pun dah tunjuk yang dia memang faveret pada Wann dalam Gegar Vaganza musim ni...

nostalgia - Wann - Nostalgia & Retro


kalau satu masa nanti aku banyak duit macam kroni Tun Madey aku memanglah akan filemkan kisah kisah aku yang aku tulis kat blog ni dan ambik pelakon pelakon yang aku suka ...tak kira berapa pun bayarannya hahahaha...

kisah nostalgia ni buat aku teringat kat lagu lagu Wann...bar baru ni  Wann masuk gegar vaganza...power tak power Wann nyanyi dengan ke ORIGINALITI Wann sampai semua peserta tergugat dengan kehadiran Wann...aku rasa kalau Wann masih muda dan bertenaga tentu Wann dah jadi faveret juri dan akan sure jadi juara Gegar Vaganza...tapi Wan dah senior nak masuk 50 umur dia...tapi mana tahu tuah Wann jadi juara. pada aku layak ke Final pun dah okey buat Wann...

Wann ni ada daya penarik dia sendiri ...dia tak payah nyanyi pun suara dia seksi masa bercakap...hemmm..banyak banyak penampilan Wann aku suka masa Wann berambut pendek...hehehe...

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...