Thursday, August 9, 2018

cindai - cindai lah mana tidak berhias

 wajah siti aku paling minat masa album cindai


so tahun 1998 ni merupakan tahun serba baru buat aku...kerja baru...duduk kat rumah baru...kawan baru...ha? ada lagiiiii...awek baruuuuu...

syukur aku dah jumpa awek baru untuk lupakan awek lama dan kisah lama...aku kena move on...aku tak boleh hidup dalam masa lampau atau kenangan lalu...aku kena kuat dan bangkit...aku masa tu ada tiga orang calon tuuuu...toksah ingattt...

lelawati - kau kekasihku
aku kenal Lelawati atau Lela ni masa aku asyik call kawan dia Nazihah student Universiti Malaya KL...masa aku dapat number phone Nazihah kat kerja the Star...Nazihah ni macam sombong sikit dan aku pun ayat lah Lela ni...Lela asal Muar Johor...so aku pun ayat punya ayat so jadi kawan dan ajak keluar date. hubungan bertambah erat dan jadi  couple. dari couple terus jadi tunang dan terus mempersiterikan Lela pada tahun 2002. okey...nanti kalau rajin aku buatlah entry pasal wife aku ni hahaha...

haflinda - kekasih diambil orang
dalam ramai awek ni aku macam nak kat dia ni tapi itulah dah bukan jodoh aku dengan Linda...dia orang Klang dan asal Tapah Road. dia okey tapi masa kawan dengan aku dia dah ada boyfriend so...kat situ ada halangan lah. boyfriend dia ni macam drug addict pulak. asyik kena pukul aje dia engan boyfirend dia. dan boyfriend dia asyik mintak duit aje...aku pun tak tahu apa jadi kat Linda..yang aku tahu aku contact dia masa hari raya hantar kad raya dan dia balas dengan kad undangan kahwin pada tahun 2002 jugak

fisah - pesanan buat kekasih
ni budak kerja taska kat Pantai Dalam..dia budak sangat masa tu...tapi sangat baik dengan aku...Fisah orang Pendang Kedah...ramai mamat kat Pantai Dalam tu try ngurat dia.. lastnya dia balik kampung dan aku hilang khabar pasal Fisah. lastnya budak kecik sebelah rumah aku bagi tahu Fisah nak kahwin. boleh pulak budak kecik cakap macam tu kat orang dewasa?

No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...