Thursday, August 9, 2018

cindai - I will survive

Delta Publishing 
aku sempat kerja sekejap kat company ni sebab lepas berhenti kerja SRM kat PJ State tu aku apply kat company buat buku teks sekolah ni. aku jadi grafik artist. dengan pak Udin abang ipar aku ketawakan aku asyik tukar tukar kerja...dia ingat senang ke kerja lepas frust menonggeng awek kahwin ni...orang yang pernah mengalami aje yang tahu apa rasanya bila hidup dah macam takde matlamat lagi... 

ORC - BRG Store /Company 
aku apply kerja kat ofis jalan Klang Lama tapi rupanya kerja aku sebagai pekerja store simpanan baju baju jenama POLO ..kerjanya cuma susun susun baju aje...aku baru kerja seminggu macam tu dah ada satu kes rompakan besar besaran satu lori treler di bakar dan security guard kat kawasan kilang tu kena ikat. entah apa cerita dia aku pun tak tahu tapi aku rasa diorang buat macam tu sebab nak claiim insurance aje....lastnya aku pun berhenti kerja. 

Syarikat Servis Aircond  - jalan Puchong
so aku bosan kerja store tu aku apply lagi kat satu syarikat cina servis aircond kerja ni memang lasak...mulanya ada sorang kawan satu ofis ni nama Hasnol tu macam rapat je dengan aku lepas tu aku tak tahu kenapa dia macam leri lari je dari aku. aku sempat kerja panjat tangga kat premis Mc Donald di menara KL tu dan sempat jugak masuuk rumah orang cina yang berpangkat Dato repair aircond kat bilik anak dara dia yang seksi pakai seluar pendek aje. hahahaa

Better Living - Internet Marketing Company
kat sini aku kerja pun kejap aje tapi kat sini best sebab aku mula kenal Internet. so aku punya position - computer operator . tak banyak pun aku belajar dan tak sampai sebulan pun aku kerja..aku try apply kerja kat Utusan Media Sales atau UMES kat Seksyen 14 PJ. dalam seminggu macam tu UMES call aku dan aku dapat kerja tu ...kat UMES aku ditempatkan di dept Radio Advertising buat kerja jaga debtors yang berhutang.

okey habis cerita untuk tahun 1997 ni...

muchas gracias
adios amigos

cindai - kita terpaksa bermusuhan

so, tak lama aku kerja kat Citylink masuk tahun baru lepas raya aje  aku masuk kerja kat SRM - Survey Research Malaysia. kat PJ State...aku apply masa aku kerja Citylink sebab aku rasa kat Citylink aku tak boleh pergi jauh sebab kompeni cina macam the Star. not wholey own by chinese tapi bos bos besar dia lah.

masuk aje dalam dept tu aku tengok staff perempuan aje ramai...aku ditempatkan dalam dept EDP data entry segala survey survey tu aku kena key in...data entry clerk rupanya...menimbun nimbun kertas research tu kat meja...kat sini kaya overtime la kot...

sekali boss dept aku tu perempuan cina ...dah nak masuk tengahari baru aku jumpa satu staff lelaki Mamat Zamri namanya. dia kerja kat dept coding . dept yang betulkan apa yang staff dept aku salah key in....baru seminggu aku kerja kat situ semua staff ramai pangkat kakak kakak dan kalau ada sama umur pun dah kahwin. adalah seorang anak dara kat situ namanya Marsiah. dia ni stye dia macam Rozina kat the Star dulu suka gurau gurau...aku pun tak sangka dia ada hati kat aku sampailah kakak kakak dalam tu cerita...aku ingat muka banyak problem macam aku ni takde sapa yang pandang...aku masa tu tak ambik pot sangat pasal perempuan ni...sebab aku cuma nak kerja dan cari duit untuk survive. sebulan aku kerja macam aku tak belajar apa apa pun kat situ sebab kerja cuma key in data aje....Mamat Zamri ajak aku masuk coding dept. tapi aku rasa biar aku faham kerja kat data entry dulu...pelan pelan kayuh.

masuk bulan ke 2 aku kerja situ. aku terselisih dengan seseorang yang aku rasa aku macam kenal. aku teringat seorang awek kat the Star dulu yang aku pernah ngorat. Maizatul namanya atau Mai. aku tegur tapi dia buat dekkk aje tak menjawap. aku pelik kenapa sombong sangat padahal dulu tak sombong macam tu. aku tanya kat Mamat dia Mai tu kerja kat dept mana...Mamat cakap Mai kerja kat dept Media. Mai yang aku jumpa kali ni berbeza dengan Mai yang aku kenal dulu. Mai kat SRM ni sofistikated berbanding kat the Star dia pakai baju kurung dan Mai sekarang dah bertudung. memang manislah bertudung sayangnya dia sombong dengan aku.dan buat buat tak kenal...tak mengapalah aku nak buat macam mana kalau orang tak suka kat aku...aku buat hal sendiri ajelah...

ada jugak kakak perempuan kat dept tanya aku camne aku kenal Mai...aku cakap dulu satu tempat kerja. dorang tanya kerja kat Kampung Attap ke. aku kata bukan aku satu tempat kerja kat the Star. kakak kakak tu cakap masa Mai kerja kat Kampung Attap ,KL tu boss Mai suka buat gangguan seksual kat Mai. pasal tu Mai berhenti. baru aku faham...mungkin Mai masih trauma akibat gangguan dari bekas boss dia tu ke apa...

rupanya aku ni staff releif aje sebab staff yang aku relief tu cuti bersalin. so bila dah masuk balik aku kena buat kerja lain. dan aku bosan sebab aku kena join dengan staff staff oku kat situ. sebab dept EDP macam kat the Star jugak staffnya macam tempat orang oku. kerja orang dept oku memang takde cabaran.  aku jadi bosan...aku takde semangat nak kerja. aku bagi tahu Mamat masalah aku ni. masa tu aku dah asyik ponteng kerja. Mamat suruh aku mandi bunga supaya hilang rasa takde semangat tu. kira pulihkan semangat lah. tak sangka ada jugak amalan perubatan tradsional ni kat KL hahahaha...aku follow aje...aku datang rumah Mamat dan bapak Mamat yang buat rawatan tradisional tu kat aku. mandi air bunga dan limau nipis.

tak jalan jugak perubatan tradisional tu. aku terus terang kat Mamat aku hilang semangat sebab awek aku kahwin lain...hahahaha...


cindai - destination anywhere



1997
hussin
nizam
azam
paktam
syeh
latiff - out
dris - out
abang ganu - out

asalnya hussin dan latiff jadi ketua rumah..lepas tu tak lama dalam sebulan aku duduk kat rumah bujang tu..latiff dan dris pindah...dan tinggal aku dan paktam budak the Star menyesuaikan diri dengan geng kementerian kesihatan dan seorang budak telekom izad . ..dari tahun 1997 sampai 2002...kitorang memang best sangat sangat satu rumah satu kepala..yang 5 orang ni ...aku yang nama syeh tu lah..panggilan dalam rumah tu...sebab muka aku muka orang baik baik kot? 

1998
nik
abang nik
azam
hussin
izad
syeh
paktam

kawan serumah bersilih ganti namun yang lima orang ni jugak terus survive kat dalam rumah tu... kat bilik depan izad dan nizam dan azam..kat bilik belakang aku dan paktam...tapi tak kisah punya kalau nak sejuk bilik belakang dan kalau nak meriah bilik depan...kat bilik depan ada poster Jon Bon Jovi - Destination Anywhere dan kat bilik belakang ada poster Limp Bizkit -..macam tu lah perangai orang kat dalam tu... bila dah semua satu kepala kecuali hussin..maka hussin halau aku dan paktam keluar dari bilik belakang dan dia duduk dalam tu bertafakur macam ada mengamalkan ilmu macam tu...entah apa ilmu yang dia tuntuut...tapi budak rmah bujang tak puas hati iaitu nizam dan azam sebab diorang kata hussin tak boleh kunci pintu dan ikut law hussin salah....maka pintu bilik hussin kitorang kopak takut ada aktiviti mencurigakan....dan hussin terus blah bila kitorang kopak pintu bilik nak tahu apa aktiviti dia...

1999
nizam
azam
izad
syeh
paktam
hussin - out
nik - out
abang nik - out

akhirnya hussin pindah dan blah bila 2 orang adik angkatnya buat hal...nik dan abang nik...nik jahanamkan motor azam dan abang nik pulak kena tangkap basah....nik duduk kat rumah tu dengan ikhsan kitorang sebab dia tak bayar sewa selama 3 bulan dan yang attend dia tu hussin...lepas nik dah boleh jalan...maka nik pun pindah dan dengan hussin pun pindah dari rumah tu...khabar aku dengar dan aku nampak sendiri hussin duduk kat satu bilik di stesen bas klang...aku nampak hussin tapi dia buat buat tak kenal. hussin ni style dia macam lelaki lembut sikit. macam tu... 

2000 - 2002
nizam
izad
syeh
paktam 
azam - out

so yang lima orang ni...memang sehati sejiwa tapi akhirnya azam keluar dan tak balik balik dia kantoi sebab pakai telefon bil beratus ratus dan sewa rumah tak bayar tiga bulan asyik kitorang yang dahulukan..akhirnya nzam dan izad pergi umpa dia dan settle...masalah pompaun je rupanya...azam duduk dengan pompuan kat tempat kerja dia...itulah masalah lelaki...tak pasal drugs tentu masalah pompuan. pompuan ni katanya pangkat kakak aje pada azam dan azam sudah dimandremkan. nasiblah kau azam kau punya banyak kawan pompuan lastnya kantoi...

cindai - tinggal sayang tinggal pujaan

Kenangan yang lama kutinggalkan
Tiada guna mengungkit kisah yg lama
Kelak nanti meracun hidupku
Tinggal sayang
Tinggallah pujaan...


masa ni aku dah kerja kat UMES kat seksyen 14 PJ dah . aku pegi interview sebab ada walk in...aku pun bergegas pergi lepas buat call. jawatan kosong yang ada  masa tu sebagai proof readers...aku sendiri tak tahu apa bendanya proof readers. rupanya kerjanya check content atau isi kandungan iklan yang nak publish kat newspaper. rupanya UMES ni syarikat pengiklanan...kira sama macam dept. Advertising  kat the Star lah...masa aku interview tu ada dua orang pegawai yang interview aku ... encik Ismail boss copy dan kak Yati boss HR. aku tengok masa tu ada Zurina yang bertudung labuh  apply masa tu dia pakai kereta Colt lama tu.

encik Ismail terus terang cakap kat aku dia nak staff perempuan so aku tak sesuai untuk jawatan itu. tapi kak Yati pulak cakap nanti kalau ada kekosongan dia call aku. aku pun rasa belum ada rezeki lagi. masa aku nak balik tu aku terjumpa Nizam yang dia dah dapat kerja kat UMES - dept akaun. dia dengan baju kotak kotak short sleeve dan seluar kaler hijau macam budak sekolah dan kasut Rohrine bengkak tu tegur aku sebab dulu dia apply write in akulah yang buatkan. aku pulak masa tu pakai baju Reject Shop yang kedut kedut seribu dan kasut Camel yang dah keras kembang dan dah takde shape tu.

dalam dua hari kak Yati call dia kata ada kekosongan jawatan kat dept. akaun secondment Utusan Radio Division. punyalah happy aku masa tu dah dapat kerja dan aku rasa aku gunting rambut pendek. dan aku segan sebab takde rambut sebab tu aku pakai kopiah tabligh pak Udin macam kopiah kumpulan Brothers tu. aku masuk kerja aje dah ada gelaran dari Manager Utusan Radio - encik Muhammad Abdullah nama dia. dia tengok aku atas bawah ...dia ingat aku ni tabligh ke Taliban ke apa...hahahaha...lastnya dia gelar aku Mat Sabu ...habis satu ofis panggil aku Mat Sabu seorang tokoh politik...kat Utusan Radio tu aku macam kena cultural shock...rupa rupanya syarikat Melayu macam Utusan ni lagi sosial dari masa aku kat the Star dulu. kat Utusan Radio ni nature bisnes dia menguruskan iklan radio. so aku kenal lah staff kat situ yang memang sangat ramah dan baik baik.

aku start kerja dalam bulan November 1997 macam tu  dan baru dua minggu aku kerja aku kena demam denggi masa aku admitted kat Hospital Assunta PJ datang staff akaun melawat aku iaitu Jeeva, Abang Din Abang Rahim dan Nizam dan Zul.adalah seminggu aku kat hospital. dan aku sembuh lepas tu aku pindah rumah bujang kat Pantai Dalam KL dan tak duduk lagi dengan kakak aku kat Kinrara dah..

dan rasanya lepas tu aku naik ke dept.akaun Umes pada tahun Mac 1998 masa nak raya. aku masa tu bawah unit Payable sama Nizam. bila aku naik atas dept. akaun aku masuk unit Credit Control bawah encik Saadi. menguruskan debtors. lepas tu dalam tahun  2000 pulak masa tu ada voluntary retrenchment separuh dari unit Marketing diberhentikan dan aku pulak ditukarkan ke unit Billing di dept.akaun.


cindai - cindai lah mana tidak berhias

 wajah siti aku paling minat masa album cindai


so tahun 1998 ni merupakan tahun serba baru buat aku...kerja baru...duduk kat rumah baru...kawan baru...ha? ada lagiiiii...awek baruuuuu...

syukur aku dah jumpa awek baru untuk lupakan awek lama dan kisah lama...aku kena move on...aku tak boleh hidup dalam masa lampau atau kenangan lalu...aku kena kuat dan bangkit...aku masa tu ada tiga orang calon tuuuu...toksah ingattt...

lelawati - kau kekasihku
aku kenal Lelawati atau Lela ni masa aku asyik call kawan dia Nazihah student Universiti Malaya KL...masa aku dapat number phone Nazihah kat kerja the Star...Nazihah ni macam sombong sikit dan aku pun ayat lah Lela ni...Lela asal Muar Johor...so aku pun ayat punya ayat so jadi kawan dan ajak keluar date. hubungan bertambah erat dan jadi  couple. dari couple terus jadi tunang dan terus mempersiterikan Lela pada tahun 2002. okey...nanti kalau rajin aku buatlah entry pasal wife aku ni hahaha...

haflinda - kekasih diambil orang
dalam ramai awek ni aku macam nak kat dia ni tapi itulah dah bukan jodoh aku dengan Linda...dia orang Klang dan asal Tapah Road. dia okey tapi masa kawan dengan aku dia dah ada boyfriend so...kat situ ada halangan lah. boyfriend dia ni macam drug addict pulak. asyik kena pukul aje dia engan boyfirend dia. dan boyfriend dia asyik mintak duit aje...aku pun tak tahu apa jadi kat Linda..yang aku tahu aku contact dia masa hari raya hantar kad raya dan dia balas dengan kad undangan kahwin pada tahun 2002 jugak

fisah - pesanan buat kekasih
ni budak kerja taska kat Pantai Dalam..dia budak sangat masa tu...tapi sangat baik dengan aku...Fisah orang Pendang Kedah...ramai mamat kat Pantai Dalam tu try ngurat dia.. lastnya dia balik kampung dan aku hilang khabar pasal Fisah. lastnya budak kecik sebelah rumah aku bagi tahu Fisah nak kahwin. boleh pulak budak kecik cakap macam tu kat orang dewasa?

cindai - rindu serindu rindunya

lepas aku keluar dari hospital Assunta tu aku pun mencari tempat tinggal yang baru..iyalah sampai bila asyik nak menumpang rumah orang. aku rasa elok aku duduk bujang dan berdikari. macam macam hal kalau kita menumpang ni walaupun kita bayar sewa bilik. menumpang tetap menumpang...ada aje masalahnya...aku pun berpindah dari rumah mak saudara ke rumah kakak aku dan dari rumah kakak aku. dan lepas okey dari sakit denggi tu..aku pun rasa nak pindah menyewa rumah bujang.

so, aku pun tanya mana mana kawan yang ada kekosongan bilik . tanya punya tanya aku pun dapat menyewa bilik dengan Latif kawan masa kerja kat the Star dulu. terbal;iik pulak dulu dia menyewa dengan aku kat Oldtown sekarang ni aku pulak menyewa dengan dia...tempat dikosongkan oleh kawan aku yang kerja the Star jugak iaitu Dris. tak lama lepas tu Latif pulak pindah entah sebab apa aku tak tahu. mungkin sebab dia nak kahwin. tempat Latif pulak diisi oleh pak tam atau Kamrul yang jugak kerja di the Star.

aku join geng rumah bujang ...memang best masa ni...dalam dekat sebulan jugaklah aku nak menyesuaikan dengan diorang ni...maklumlah dalam rumah tu macam macam perangai macam macam negeri ada...duduk first time dekat rumah bujang aku masuk bulan Nov 1997. penyewa asyik bertukar sebab ada je masalah...masuk bulan atau tahun 1998 maka yang masih menyewa ialah

aku @ syeikh - kerja kat Umes
paktam kamrul- kerja kat the Star
izad - kerja Telekom
nizam - kerja kat KKM
azam - kerja kat KKM

husin - kerja kat KKM

ketua rumah sewa ialah Husin iaitu manusia yang diragui gender nya...kecelaruan gender...aku masuk rumah tu sebab aku kenal latiff dan dris...penyewa terdahulu yang menyewa dengan Husin. dan jugak Nizam.penyewa terdahulu yang berpindah ialah

latiff - kerja kat the Star
dris - kerja kat the Star
abang Ganu  - kerja kat KKM


bila Husin macam dah takde geng sebab kitorang semua geng lima orang bersepakat dan tak mahu berpuak puak dalam rumah tu macam style Husin so, dia pun bawak dua orang budak Sabah yang menjadi security guard ditempat dia kerja untuk jadi kawan dia. akhirnya dua orang budak Sabah ni pun ada masalah ...sorang kena tangkap basah dengan budak taska depan tu dan sorang lagi eksiden patah kaki dan pindah ke rumah saudaranya di Cheras. akhirnya Husin sendiri berpindah dari rumah tu sebab tak tahan dengan keakraban kitorang.

masa aku dah duduk kat Pantai Dalam ni aku belajar melupakan kenangan lama dan move on dengan kehidupan baru...dan empat orang kawan aku tu memang kawan sejati yang susah senang bersama. memang manis kenangan kami berlima. cuma yang tak bestnya Azam pun ada masalah juga pada akhirnya bila dia macam kantoi nak bayar sewa dan bayar bil telefon dengan kitorang. sudahnya kami hanya tinggal berempat sehingga aku berkahwin pada tahun 2002 dan di ikuti oleh Nizam dan Izad...dan akhirnya paktam Kamrul.

oh ye masa aku duduk rumah bujang ni jugalah bapak aku meninggal dunia, aku dapat panggilan masa tu bapak aku dah masuk hospital Tapah dan aku pun tunggu bapak aku masa tu. dah  mungkin tiba masanya untuk dia menemui Allah swt masa aku jaga dia. walaupun sebelumnya aku dan dia elok aje bersembang sebelah siangnya. semua urusan aku uruskan dari mula sampai akhir. aku bersyukur dapat menguruskan semuanya.

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...