Saturday, March 9, 2019

shape of my heart - two step behind


rasanya dah pertengahan atau nak hujung 1993 masa ni...aku masih macam tu jugak tak tahu apa yang tahun 1994 janjikan untuk aku...setahu aku aku dah jalankan tanggungjawab aku pada tahun ni dengan sebaik baiknya...aku kerja sukat tanah dengan kompeni private tu...dan gaji seberapa tapi aku jaga keperluan kat rumah dan aku menyimpan kat ASB ...memang tak mewah tapi sentiasa cukup...aku jaga makan minum keluarga aku...aku dahulukan kepentingan keluarga dari diri sendiri masa ni...pasal awek awek aku tolak tepi...

pasal awek ...hemmmentahlah..walau  dah terserempak dengan awek lama berdating depan mata kat depan jalan masjid tu pun aku pujuk  diri sendiri cakp mungkin mereka hanya kawan aje...aku tak kenal siapa yang berbual dengan awek lama aku tu...aku pun tak tanya siapa siapa...cuma aku tanya number plate motor kat anak saudara aku.anak saudara aku saspek...kalau takde apa apa takkan tanya plate motor katanya.

kalau nak ikutkan aku memang jauh ketinggalan ke belakang dari semua...tapi aku akur dengan jalan hidupku...aku cuma nak tebus balik apa yang aku buat dulu mengabaikan family...dan aku akan berbakti pada family walau aku susah sekali pun...

shape of my heart - jangan pisahkan

jom aku cerita isikit pasal budak sekolah agama ni punya perangai seabab aku sendiri ada roommate budak sekolah agama nama Mahzan. Mahzan ni orangnya kecik aje tapi ada hati kat sepupu aku nama Linda tu. masa diorang bersama sama kat Ulu Langat aku tak join sebab kak azah bagi clue yang Mahzan ada hati kat Linda.

"selalunya tak baguslah kahwin sepupu ni Mat" kata kak azah

aku lansung takde idea apa yang ka azah cakap kat aku...sama masa dia cakap masa aku lepak rumah mak saudara aku tu tahun 1990 macam tu



"tak bagus kahwin saudara ni Mat" kata kak azah

masa tu ada Ela yang macam dah syok kat aku...apakah diorang kata ni sebab Ela cakap suka kat aku ataua Linda cakap suka kat aku. aku sendiri tak mengerti.

shape of my heart - janji tinggal janji


masih dengan cerita mi kari mi kicap..aruah Man dan saiful...bulan puasa ni kerja tengah terik matahari ko...pernah sekali masa kerja kat ladang betik kat Temoh ...boss atau tokey tanya..posa? dia tanya kat sepol...sekali sepol cakap tak...sepol ambik air terus minum kat dalam kolong besi dan isap rokok...lepas tu Man kata aku ada semput mengah...kena minum ...habis tu aku? aku nak buka free free aje? aku pun ambik sebiji betik kat situ terus belah pakai jari tangan dan makan depan dorang....ooooo...tak posaaaa...jerit kitorang bertiga hahahaha...kerja tengah terik baiiii...


shape of my heart - Vanessa - bukan aku tak cinta


masa aku kerja sebagai storekeeper kat Georgetown SS2...fikiran aku memang jauh dari memkir awek awek...tambah masa tu aku baru je pulih dari sakit demam panas...nasib baik keluarga mak saudara aku bagi semangat kat aku...

lepas aku sembuh aku mula cari kerja kat sekitar area SS2 PJ ...aku dapat kerja tu dan aku kerja lah dadari pagi ke petang jadi store keeper kat Georgetown Pharmacy. aku berkawan dengan budak sekolah agama masa tu generasi Ijot dan kawan kawan dia. sebelum ni aku berkawan dengan generasi aruah abang awal . bila abang awal kahwin aku join generasi Ijot pulak.

aku masa ni asyik layan kepala sendiri...masa kerja aku buat kerja...masa rehat aku lepak seorang diri kat taman. masa petang aku balik rumah. sebelum balik rumah aku lepak kedai mee rebus mamak dekat panggung wayang paramount. sampai mamak tu pun nak balik tutup kedai masa aku nak makan mee rebus dia... aku makan selalu dua pinggan. lepas kenyang baru aku balik rumah...dan tidur dan esok bangun pergi kerja. kalau aku bosan lepak kat rumah aku naik main games kat pekan Seapark atau Oldtown rumah kakak aku.kakak aku yang baru kahwin tu rumah dia kat Oldtown jalan Othman PJ.

bila hari minggu aku tak tahu nak buat apa...aku pergi lepak rumah Nazri kat Keramat. Nazri sekarang dah lupakan awek lama dia Yam. dana da awek baru nama Kat. Kat pun kawan satu ofis Yam jugak. aku pun hairan. masa ni aku ada gaji je aku sopping kat Bukit Binang dengan NAzri dan jammed kat studio dengan Jabadak.

bosan aku macam ni. rasa kosong sangat. masa tu kat tempat kerja Georgetown tu cuma ada promoter awek Melayu nama Rina dan seorang amoi cina nama Vanessa. dengan Rina ni aku tak berapa sebab aku tak tertarik dengan dia. walau dia selalu jugak ajak aku makan tengahari. aku suka keluar dengan Vanessa. dia ni okey...dia tahu aku dari kampung dan tak berapa sosial. dia rilek je. ada satu masa aku temankan dia pergi bank masa lunch dia boleh pegang tangan aku masa lintas jalan. terkjut jugak aku.

Vanessa ni slim orangnya macam cutting ala model...salah pandang macam Oikuan. rambut dia pun lurus. dan pernah jugak dia tanya. you tak suka sama Rina ke? aku jawap...tak sukalah dia gemuk..I suka macam you slim.

kat Georgetown semua orang suka aku melainkan seorang supervisoe melayu ni namanya Halim. dia cukup dengki dengan aku.  ada aje nak buat aku bengang . aku dah siap kerja pun dia sibuk suruh overtime. lastnya aku pertikaikan kuasa dia. aku kata aku storekeeper bukan buat kerja sales atau promoter nak buat overtime. aku buat overtime kalau boss suruh aje. huh bengang dia dengan aku. aku sound tepat je masa ni.

lastnya aku bosan buat kerja sebab aku teringat kat Maznah sebab masa aku lepak kat rumah Nazri sabtu ahad...dan aku balik kerja hari Isnin...aku terserempak awek muka sebijik macam maznah naik bas mini kat Keramat dan turun kat Regent Hotel. sebiji macam muka Maznah. aku terus pergi ambkik MC hari tu...dan bermulalah aku takde eemangat nak kerja dan aku asyik ponteng kerja. masa tu walau aku ponteng kerja boss masih suka aku. dan aku buat hal lain kebas ubat kat store dan aku jual.

alastnya Halim dapat bukti dan masa aku datang kerja dia kata lepas ni aku ambik duit dan tak payah datang kerja lagi. sebab diorang tahu aku curi barang kedai dan tak nak buat report. dan aku dinasihatkan berhenti.aku pun berhenti .




shape of my heart - 4U2C - FIONA


lagu 4U2C meletop tahun 1993...tapi dalam tahun 1992 dah keluar lagu FIONA tu...masa tu pun aku takdelah layan lagu Fiona ni...tapi sedap jugak...masa ni biasalah banyak masalah tahun paling aku banyak berdukalara...end of 1992...

dan jugak lagu FEMININ meletop jugak masa ni...aku dah balik Bidor dah masa ni takde kerja tapi kerja sementara kat  BIKAMIK poltery...tak ama lepas tu aku berhenti. aku memang tak tahu kenapa masa sekolah aku paling minat bidang seni...kat poltery tu aku macam jadi lembab dan slow. aku pun hairan kenapa.

masa kat situ aku mula masuk kerja jadi pembuat tembkar...lastnya diorang tengok aku slow buat kerja diorang letak aku bahagian acuan...maksudnya aku kena berselomoih dengan tanah liat plaster of paris tu dan masukkan plaster dalam mold. itu kerja aku. bukan ukir ukir atau cat tembikar dah. aku rasa down sebab aku bukannya budak tak sekolah atau budak tak pass SRP nak buat kerja macam tu. lastnya aku ambik keputusan berenti dari menrendahkan diri sendiri walau kerja halal tapi tak kena jiwa apa nak buat kan?

lama jugak aku tunggu peluang kerja lastnya kakros tanya kat aku nak kerja sukat tanah ke...aku rasa memang pucuk di cita ulam mendatang. tu bidang kerja bapak aku. aku kena kerja macam bapak aku untuk tahu macam mana dia sara hidup keluarga selama ni. memang tepat kerja tu bagi aku walau hanya seorang buruh kasar atau kuli sahaja. takpe banyak aku boleh belajar denga kerja kuli juruukur tanah ni...







shape of my heart - kembali mencari- bisa kisah lama - terasa


bisa kisah lama 
selepas aku sihat dari sakit demam panas tu...masa aku lepak kat rumah mak saudara aku kat Sea Park PJ...aku mula mencari kerja kat sekitar area SS 2 ...iyalah takkan aku nak duduk lepak aje kan...malulah mak saudara asyik tanggung aku je kalau aku datang KL - PJ.
selepas aku bosan kerja tolong kawan jual burger sebab berapa sangat lah duit upah tolong tolong ni kan...aku pun cari kerja lain...aku apply sana apply sini lastnya dapat kerja kat Georgetown. Aku jadi Storekeeper menguruskan ubat ubat yang sampai dan aku masukkan dalam store.merekodkan semua ubat ubat tu...barulah aku tahu kerja storekeeper macam mana . aku adalah sebuah bilik store kat belakang. iulah bilik aku. nak jadi cerita masa tu bulan puasa. so aku bukannya makan sahur sangat iyalah rumah mak saudara  kalau kia sekali makan kita rasa okey... tapi kalau dah makan sahur..makan berbuka...makan malam...tu dah berapa kali makan...aku selalu elakkan nak bersahur dan aku  makan siap siap kat luar masa ku lepak mamak ke...
aku kerja kat SS 2 lebih kurang 2 kilometer aje dari Seapark..kalau aku nak jalan kaki pun boleh...ada sekali tu aku tumpang Aie pagi tu kitorang eksiden...nasib baik tak apa apa cuma jatuh motor aje...lepas tu aku pun pergi kerja sendiri...kesian dekat Aie dia kena hantar aku pulak.
kerja kat Georgetown berdekatan dengan Parkson SS2...kat situ macam tempat Cina aje...pekerja Georgetown pun ramai Cina...boss dia Cina...akauntan dia Cina nama Nat...cashier pun ada 2 orang perempuan Cina...dan promoter ada 2 orang perempuan satu Cina satu Melayu...nama dah lupa lah...dan ada supervisor dua orang lelaki juga Melayu dan Cina. dan ada house detective part time...sorang melayu. berapa orang staff? termasuk aku 10 orang agaknye...
aku baik dengan diorang dan boss selalu puji aku rajin...akauntan tu pun selau puji aku rajin...sabtu ahad kalau diorang suruh aku datang aku datang tak berkira...sebab duduk rumah pun aku nak buat apa. ada sahajlah yang akauntan tu bagi present kat aku macam baju dari supplier ubat dan macam macam.  aku masa tu pulak tak reti nak ambik hati atau bodek sikit sikit boss aku dan akauntan tu... aku buat dek aje...sampai promoter perempuan Melayu tu pun aku buat dek aje..sebab dia selalu ajak aku makan tengahari. sebab aku selalu keluar dengan sorang lagi promoter amoi tu. sebab aku selesa dengan dia.

terasa 
lepas aku rasa bosan dengan diorang aku pun buat hal aku sorang sorang...time lunch aku masuk video games main games...kadang kadang sampai 10 ringgit abis untuk aku main games aje...aku bosan tak tahu kenapa... aku duduk kat taman sorang sorang...kalau hari Jumaat...mana aku nak sembhayang...situ mana ada masjid. balik rumah aku kadang kadang pergi KL minum lepak pekena mamak sorang sorang. tapi selalunya aku suka lepak mamak kat Seapark depan panggung wayang Paramount sebab mee rebus dia sedap. aku selalu makan sampai 2 pinggan. baru aku balik rumah macam dah senja macam tu
biasalah kalau kerja kita okey je...mesti ada yang jelous kat kita...orang lain kat Georgetown tu semua suka aku kecuali 2 orang supervisor ni...diorang ni macam asyik cari salah aku aje...nama supervisor ni Halim orang Kampung Baru KL. dia memang tunjuk power lah kat aku dan aku rasa dia ni suka mengadu jadi batu api...sekali tu aku tak tahan sebab dia punya mulut suka cari salah orang. aku sound direct aje kat dia dan dia terkejut. lepas tu semua orang kata aku garang. aku bukan garang aku cuma sound aje...tu dia lah dah mengadu kat semua orang kata aku garang tu.

kembali mencari
aku kerja pun dah malas...tambah sekor supervisor ni asyik ada masalh aje dangan aku...aku cari jalan keluar hilang tension. aku pun call Nazri kat Keramat...sepatutnya aku tak join Nazri. sebab Nazri ni suka berpoya poya.aku pun lepak dengan Nazri..aku mula start shopping. aku start balik kampung . aku start ponteng kerja. aku rasa duit gaji macam tak cukup. aku smuggle ubat dan aku jual kat orang. memang tak berkat apa yang aku buat. sampai satu masa Halim bagi tahu kat boss aku curi makan air kotak dan coklat dalam stor. memang lah aku kena sound tapi tak kena berhenti. Halim terus cari salah aku dan lastnya dia report kat boss aku yang aku smuggle ubat dari store. sebab dia memang nampak apa ada dalam beg aku tapi dia rileks nak cakap kat semua orang aku jahat. tu sebab aku sound dia hari tulah dendam dia tu nak kenakan aku. aku pun dapat di suruh berhenti 24 jam...tanpa notis..aku pun dah pening tapi boss tu baik kat aku dia bagi jugak gaji aku walau aku dah mencuri ubat kat store. so, aku pun balik kampung lepas pergi piknik dekat Ulu Yam dengan Nizam sebab aku ada masalah dengan Nizam hari tu. so aku pun balik kampunglah lepak kampung...

shape of my heart - aduhai seribu kali sayang


berkelana lah aku ke shah alam dengan hati yang walang bagi terusir dari segala galanya...aku pujuk hati supaya tak ingat kat kampung....kat mak...kat Maznah ...aku teringat novel Hamka yang femes  pernah aku baca....lebih kurang macam ni lah cerita novel tu...Tenggelamnya Kapal Van Der Vijct... kisah Zainuddin terusir dari kampung nya sendiri sebab menyintai anak ketua suku adat di Batipuh desa Minang 

hari pertama aku ditempatkan di satu bilik dorm dengan orang orang yang aku tak kenal...tapi tetiba ada seorang yang masuk sekali aku kenal orang Sungkai  - Zulzaidie Piai.aku kenal masa aku sekolah dulu aktiviti PBSM  tapi Zaide yang aku kenal dulu dan sekarang sangat lah berbeza...Zaidei dulu seorang yang lembut lembut tapi Zaidie kat kilang ni macam gengster pun ada sebab ada je dia cari apasal dengan orang dan orang cari pasal dengan dia...

aku lupakan pasal Zaidie dan kereknya itu dan aku mengambil keputusanlupakan semua tu dan aku join bila budak budak kilang main basketball...main takraw...walaupun aku tak reti main aku join aje...supaya hilang semua perasaan runsing aku...kerja shift malam dan kerja shift siang sangat beruntung sebab ada kupon makan. so, aku rasa bolehlah aku survive sampai dapat gaji hujung bulan. aku dah biasa merantau macam ni dah takde apa bagi aku..cuma kadang kadang kalau lepak sorang sorang kawan takde mengalir jugaklah airmata mengenang nasib diri.

tiba tiba aje satu dorm tu dilanda demam panas...demam panas sampai apa saja telan macam pahit dan sakit tekak macam ada duri. aku pun demam dan aku memang tak boleh stay kat kilang lagi dah aku fikir kat mana aku nak bawak diri ni...takde tempat lain kecuali kat rumah mak saudara aku kat Sea Park PJ.   

badan aku lemah selemahnya masa tu nasib baiklah family mak saudara aku tu ambik berat kat aku dan masa tu aku dah join second generation kampung setinggan tu selepas abang Awal yang dah berumahtangga...geng budak sekolah agama pondok kawan kawan sepupu aku Ijot Amat dan Aie...

bila diorang semua dah habis semester diorang ikut Ijot ke KL dan jadi orang KL dari utara so semua nya cakap utara. mungkin nak mencari. pengalaman lah kot. semuanya menyewa sana sini dan ada seorang tu menumpang sama sebilik dengan aku nama dia Mahzan . dia ni pulak ada affair dengan sepupu perempuan aku namanya Linda. sebab Linda ni memang cantik macam awek Arab...sampai budak sekolah agama pun bagi kad Valentine dan bunga mawar merah kat dia. aku tersenyum teringatkan kisah aku kat Ipoh  dulu...

 aku beransur sembuh berkat kebaikan dan ambik berat kawan kawan Ijot tu. aku dikenali kat situ sebagai Amek anak saudara mak esah. sebab dah ramai orang nama Ahmad kat situ. hahahahaha...nama Amek tu pun Ijot yang bagi. aku masa tu tolong Ijot dan Asri sorang lagi budak sekolah agama pondok . bila dah lama sikit aku fikir aku nak cari kerja lain yang okey sikit untuk cari gaji bulanan . aku pun apply kerja storekeeper kat Georgetown Pharmacy di SS2 lebih kurang berapa kilometer je dari rumah tu. Mulanya aku tumpang Aie lepas tu aku pergi sendiri. kalau ada duit aku naik bas kalau takde duit aku jalan kaki. masa tu tambang bas mini cuma 50 sen aje.

aku kerja kat situ okey je...dan aku mula layan diri aku sendiri sebab kawan kawan lain semua ada awek termasuk si Mahzan tu...masa ni aku rasa feel nak ada awek tu dah kurang sikit dan aku terfikir pada family aku kat kampung. lastnya aku cari Nazri kat Keramat dan aku mula contact dia dan lepak rumah dia dengan kawan kawan kampung yang lain pun ada kat situ macam Min, Apek, Nyeng dan Jabadak...tapi aku rasa jiwa kosong sangat dan aku join Nazri pergi lepak kat disko masa tu diorang suka lepak kat Riverside di Central Market dan aku selalu jugak berulang alik kalau masa cuti ke rumah Nazri sampai ada satu masa tu  aku terjumpa awek kerja The Regent yang sebiji muka dan dressing macam Maznah. maka aku mula teringat ballik kat Maznah..

hati aku mula teringat kat family aku kat kampung dan kat Maznah yang aku rindu...apa lah cerita diorang takkan aku nak berterusan berkeadaan macam ni. aku rasa aku ada tanggungjawab pada keluarga. pasal awek awek ni aku kena tolak tepi dulu.aku pun pergi cari rumah kakak aku yang baru kahwin tu kat PJ Oldtown.so hidup kakak aku kat situ okey je walaupun jauh dari kampung . kakak aku nasihatkan aku supaya lupakan semua yang terjadi dan baliklah tolong sara ekonomi keluarga dan memang itu tanggung jawab aku sebagai anak.

aku pun rasa memang betul cakap kakak aku ..so aku buat keputusan balik kampung lagi nak tolong mak ayah sara kehidupan kat kampung mengambil tugas kakak aku dulu. so sebelum hari raya aku pun balik kampung aku. aku berazam akan menjadi anak yang bertanggungjawab...

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...