Saturday, September 1, 2018
reprise - pencinta
masuk aje tahun baru aku pun terfikir nak merantau lagi ke KL kali kedua ... kali ni aku ikut Nazri kat Keramat KL. kerja belum dapat lagi tapi Nazri kata lepak dulu. aku pun follow je Nazri lepak kat rumah Azman Yahya kawan kampung.lokasi rumah tu kat AU2 Keramat .nama tempat tu pangsapuri Jentayu - kelompok serindit...hahaha detail aku kasi cuma tak ingat tingkat berapa. kira rumah flat lah...rupa rupanya Azman dan Nazri kerja hotel...aku ingat kerja apa...hotel Holiday Inn - on the park KL. aku sempat lepak sekejap aje kat situ sebab aku tak serasi duduk rumah bujang tu sebab aku punya barang selalu hilang atau kasut aku diorang suka pakai rembat macam tu aje.
aku pun buat keputusan nak berhijrah ke rumah mak saudara aku kat Sea Park PJ. aku pun blah sebab aku pun belum apa apa lagi nak bayar sewa ke apa ke. aku sampai je kat Sea Park aku terus cari kerja dengan abang Awal namanya anak mak saudara aku. aku dapat kerja KFC dekat dengan area rumah tu kampung setinggan kat Sea Park. biasalah lepak kampung setinggan. barulah KL...huhuhu
kerja KFC pun tak lama sebab abang Awal suruh try kat Kelab Syabas kat PJ State lagi banyak gaji dari KFC. aku dapatlah kerja waiter kat situ dan dapat tip macam tu. yang tak bestnya kat situ ada jual arak dan aku memang kena serve orang yang minum arak. tapi lama jugaklah sampai bulan Mei macam tu baru aku rasa nak berenti kerja dan balik kampung dulu.
masuk bulan Mei aje aku pun apply berenti sebab nak balik beraya dulu kat kampung. bila dah sampai kampung masa tu Nazri pun masih ada kat kampung dan pada tahun 1990 ni lah aku dan Nazri jadi mat Thrash atau apa kata pakYak@Ishak bapak Rohana tu kat kitorang ni kutu berahak...jadi mat Thrash ni memang tak bestlah bukan ada duit pun bukan ada kerja pun...cuma menganggur aje layan lagu thrash sampai mak bapak pun menyampah kat kitorang. mak Nazri marah Nazri dan bapak aku pun tak suka kat aku. salah kitorang cuma layan lagu rock berambut panjang dan lepak kat titi main gitar. dan semestinya kitorang menganggur takde kerja....dan kitorang sempat tubuhkan band sendiri layan gitar kapuk dan layan lagu thrash dan lagu rock Melayu. geng rock aku ada lima orang termasuk Nasri Yahya, Amri dan sepupu Nasri iaitu Zack dari Anderson, Ipoh.
lama jugaklah aku dan Nazri berkeadaan macam tu sampai Nazri kata nak ambik SPM lagi entah berapa kali dia ambik SPM dari tahun 1989 hahaha...aku pulak takde tujuan lagi masa tu... aku layan aje apa yang aku boeh layan..umur aku pun baru 19 tahun...masa ni memang tak ingat apa pun...tapi masa ni jugak aku kenal secara rapat dengan Maznah yang sudah pun jadi anak dara sunti umur 14 tahun. aku selalu lepak kat gerai Yati dan Nazri suka jumpa Yati yang jugak kerja jual jambu. mungkin Nazri selalu pinjam duit kat Yati kot. masa ni pun Nazri ada problem dengan awek dia Yam - Kampung Simpang 3. aku pulak try mendekati Maznah yang masih berfikiran budak budak masa tu. dan aku pun cakap kat Yati aku suka kat Maznah. Yati memang sporting dan tak kisah ...memang sporting punya kawan. selalu dia suruh Maznah sembang dengan aku. memang baik hati Yati ni dengan aku pun tak tahu kenapa.tapi hubungan aku dengan Maznah masa tu tak berapa rapat sebab satu dia masih belum mengerti apa erti cinta ...itupun makin kenal kat dia sebab dia datang rumah hidangan satu talam lauk kenduri aruah mak Acu Nor. dia panggil dan aku yang jawap dan aku yang ambik talam tu. dan aku pegi balas balik bagi buah kedondong atau buah ambra...yang abang Maniam kawan bapak aku kasi seguni sebab dia ada kebun kat Sungkai.
sebab aku pun ada masalah keluarga sikit masa tu maka untuk release tension aku pun ke KL lepak kat Sea Park dalam bulan November macam tu dan aku try cari kerja kat Subang Jaya nama syarikat tu Syamaltra iaitu syarikat buku teks sekolah. yang bagi tahu ada kerja tu suami kakak saudara aku kak azah iaitu abang Muslim yang berniaga apam balik kat area seksyen 15 tu. dan dia menyewa satu bilik untuk letak barang. so aku pun lepak kat bilik dia tu dekat dengan tempat kerja aku. sunyi dan sepi aje duduk situ takde siapa yang aku kenal. nasib baik abang Muslim ni berniaga start pukul 2 petang kat situ dan pulang bila dah habis berniaga dalam pukul 11. ada jugaklah kawan bersembang...tapi tak lama jugak aku kerja dan aku dah lupa sebab apa aku berenti kerja tu. kerja aku cuma follow van buku tu dan pergi hantar buku ke sekolah. pekerja perempuan memang ramai...mungkin aku tak tahan sebab tu aku berenti kot.so aku pun kerja dalam sebulan lebih lepas tu aku pun balik kampung semula.
dan bila Nazri dah kurang lepak sama sama sebab Nazri dah nak ke KL lepak rumah abang dia yang jugak kat Keramat. Nazri plan nak duduk sana dan ambik SPM kat sana...hahaha..tapi kali ni dia bawak Madi kawan aku dari Jeram Mengkuang tu ikut sekali.tapi kali ni aku rileks dulu dan barkan Nazri dan Madi pergi test the water first...hahaha..habis cerita pasal tahun 1990
reprise - realiti dan fantasi
aku park kat sini kisah kisah aku masa aku menghadapi masa masa susah dalam hidup aku lah kan..ye lah asyik cerita pasal jiwang aje rasa mat bunga bunga pulak sangat walau memang pun aku ni jiwang jiwang...
sebab bila aku dapat SPM punya result je dalam bulan Mac macam tu aku break dengan Noriza awek Kelate ni penpal aku dari zaman aku sekolah form two lagi. masa masih sekolah layan surat ajelah sebab long distance relationships. tak kemana pun akhirnya putus tahun ni sebab Noriza nak tumpukan pada pelajaran dan dia kata cita cita dia nak masuk Universiti. so, putus macam tu saja antara aku dan Noriza selepas aku menawarkan cinta aku kat dia dan dia reject.
okeylah kisah nya masa aku lepas habis SPM aku masa tu kira tak kerja pun orang tak kisah sangatkan...aku dapat result okey gred 2 tapi aku tak dapat masuk sekolah tingkatan 6 sebab aku tak cukup grouping...aku hanya mampu tengok kawan aku macam Ayip dan Lan masuk tingkatan 6 kat sekolah menengah Buyung Adil Tapah...sedih sebab rasa tercicir dalam mengejar cita cita...aku try mintak surat sokongan dari YB Tanjung Malim kot kalau dia boleh rekemen aku sekolah kat Tanjung Malim ke sebab result SPM aku okey walau tak sebaik mana...melalui jiran aku Acu Din yang kerja sebagai pembantu peribadi YB Tanjung Malim. aku pun pergilah jumpa jiran depan rumah aku ni dan dia boleh kata tulislah surat sendiri dan jumpa YB tu sendiri. camtu punya jawapan baik aku tak payah mintak tolong sebab aku mana kenal YB tu...orang susah macam aku ni siapa nak tolong kan? lumrah manusia...tapi itulah first time aku jumpa Maznah...hahahaha...dia dan kakak dia Yati kawan sekolah satu tingkatan aku tengah siang sayur nak masak kot kat dapur.
so, aku takde planning lagi masa tu aku try apply ITM dan ada jugak kawan aku Rozi dan Along yang sama macam aku result SPM tak cukup grouping ajak pegi belajar kat Maktab Adabi - Kelantan. aku suarakan aje dekat bapak aku masa tu. dan jawapan bapak aku mengecewakan aku. dia cakap dia takde duit untuk aku teruskan pelajaran sekolah swasta macam Maktab Adabi tu. memang betul duit yuran SPM aku pun kakak aku yang bayar. so aku kena terima kenyataan aku tak dapat ambik STPM...sedih...kalau tak mungkin dapat aku jumpa Noriza awek Kelate tu...
bila semuanya mengecewakan aku so, aku pun mula start kerja apa yang patut kat kampung...mulanya kerja kebun bapak Nazri... lepas tu kerja gerai satay kat benteng bas ekspress - foodcourt Bidor. lepas tu tokey satay tak bayar gaji seminggu aku berenti dan tolong kawan aku Murad jual burger. ada masa free hari minggu aku kerja kat gerai jual jambu. aku terfikir sampai bila aku nak macam ni. macam takde masa depan aje. Murad pulak cakap hujung tahun dia nak merantau ke KL.
so aku ikut kawan aku ke KL selepas gagal nak masuk ITM dan nak masuk sekolah tingkatan 6...aku lupakan semuanya...aku kena berhijrah ke KL untuk mencuba nasib walaupun kerja yang aku nak kerja tu hanya sebagai Security Guard kat KL tu. company tu nama Mahmood Security ofis dia kat Kampung Attap. hostel guard pulak kat jalan Ang Seng Brickfields.
masa first time kerja tu aku dan kawan kampung aku Sham dan aku duduk kat hostel sebelah kubur tu hahaha...Sham jaga kat post guard Kem. Kesihatan KL sebelah banggunan Dayabumi...aku punya post guard dekat je Petronas Bangsar yang dah tutup. sebelah pagi Joey dan sebelah malam aku. aku first night terus balik hostel aku pun tak tahu kenapa...memang salah aku lah mana boleh tinggal post. so, esoknya aku kena tukar jaga post kat Kodak seksyen 14 PJ yang aku tahu dekat dengan rumah mak saudara aku kat Sea Park PJ.
aku kerja kat situ macam macam orang aku jumpa...boss Kodak tu bukan main cerewet kat security guard rupanya. ada aje dia komen pelik aku dengan manusia macam ni. orang pangkat rendah macam guard pun dia nak pressure...kat situ ada dua post depan dan belakang. aku kenal lah abng jaga post guard belakang tu.tiba satu masa tu aku tak dapat balik dan tukar shift ... dah kenapa? makan minum pun tak tentu harap kawan yang aku kenal kat Kodak tu. aku pun berumah kat post guard tu dalam 10 hari. aku call ofis dan mintak pertukaran guard supaya aku boleh balik macam biasa. tapi sampai ke sudah ofis tak hantar guard untuk tukar shift. aku pun pelik takkan takde orang nak relief aku walau sehari...so, masuk hari yang ke 10 aku bantai tidur ajelah. abang guard post belakang suruh aku report kat Pejabat Buruh.
lepas tu malam tu boss Kodak tu boleh datang pulak melawat. dia tengok aku tidur dia call security officer aku . security officer aku pun datang dan belikan nasi goreng dan teh o ais kat aku. memang teruk company buat aku. aku pun fikir dapat gaji aje nanti aku blah. company buat staff macam kuli batak sikit pun tak fkir pasal kebajikan staff.
aku pun berenti kerja security guard sebab aku rasa aku hanya menyeksa diri aku sendiri sebab aku bukan tak boleh apply kerja lain aku masih muda dan banyak peluang lagi. aku pun balik kampung selepas kerja security guard dalam 2 bulan aje. habis lah cerita tahun 1989.

Subscribe to:
Comments (Atom)
entry special gaisss... - erti sayang dan cinta
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-

STATISTIK DAERAH Senarai Mukim dan Statistik Penduduk Nama Mukim Penduduk Keluasan BATANG PADANG 34,200 orang. 52,836 hektar. CHE...
-
wajah siti aku paling minat masa album cindai so tahun 1998 ni merupakan tahun serba baru buat aku...kerja baru...duduk kat rumah ba...