masa ni aku duduk kampung dah...aku tak buat apa pun cuma aku dengar lagu dan memerap dalam bilik...ddari bulan September macam tu...
kat belakang rumah aku ada satu rumah makwe namanya aku panggil dia baik dengan mak aku dia orang Jawa Ayer Kuning Teluk Intan. dia ni ada cucu angkat nama Farsih orang Indonesia yang dia pelihara dari kecil lagi. aku tak kenal sangat tapi sebab rumah dekat dekat so aku boleh dengar dia asyik pasang lagu kumpulan SCAN - masa tu ada dua lagu ni yang meletop kat radio. lagu nya memang kena dengan kisah aku iaitu lagu
Kau Dipaksa Aku Terpaksa
Yang Kalut Difikiran
masa ni aku tak fikir apa dah...aku punya fikir cuma aku nak try cari kerja kat kampung sama macam tahun 1993 dulu. aku dah kecewa duduk KL dah...impianaku berkecai ...lepas satu satu...aku rasa biarlah aku melepaskan elelah sekejap kat kampung. metenangkan fikiran. rupanya...
rupanya aku tak tenang kat KL...tetiba agen kutip hutang Courts Mammoth datang sebab aku tak bayar ansuran radio aku tu. bukan banyak rm70 sebulan. so aku dah tak bayar 3 bulan. sebab aku dah tak kerja. so nak tak nak aku kena datang KL balik samada settle hutang atau serahkan radio tu pada Courts Mammoth.
Nak jadi cerita pulak kampung aku banjir...tambah down lagi aku...ingatkan aku nak lepak kampung tapi rupanya kampung pun suruh aku ke KL balik settlekan apa yang patut. so, aku boleh lupakan pasal kecewa cinta dah...sebab aku perlu settle apa yang aku tinggalakn di KL atau di Kinrara...
masih dengan lagu lagu ni aku pulak terjumpa kawan masa sekolah iaitu Thor masa naik bas ke KL. Thor berjanji nak carikan aku kerja kat KL sebab dia kerja kat TV3.
tak cukup dengan kesedihan perasaan dugaan bagi aku pulak aku bila
kampung aku banjir. aku pun terfikir aku harus tebus kembali kekecewaan
aku ni walau apa pun terjadi...walau semangat untuk hidup sudah macam
pudar lepas Maznah kahwin dengan orang lain...
kat mana lagi aku nak pergi bila duit dalam poket pun takde...aku lepak sekejap kat rumah kakak aku yang dah pindah kat Kinrara...aku pun start cari kerja dan dapat kerja kat kilang cat Camel Paint kat jalan Tandang PJ. untuk aku survive maka aku jual semua barang barang aku termasuklah tv set aku kat kawan yang aku jumpa masa tu kebetulan aku naik bas ekspress yang sama dengan kawan sekolah lama aku Idross yang kerja kat Smart Shop TV3 tu...
aku sempat kerja sekejap dalam seminggu macam tu cari duit poket dan lepas tu aku pergi ke kampung Lembah Subang kat Kelana Jaya rumah panjang - rumah perpindahan kampung setinggan Sea Park. aku menumpang lagi kat rumah mak saudara lagi bayar ajalah duit sewa bilik sikit...
dan lepas tu aku dapat kerja kat company courier City Link. sebagai Human Resource Assistant..syukur alhamdulillah...so, maka bermula lagi pengembaraan hidup aku di rantauan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
entry special gaisss... - erti sayang dan cinta
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
STATISTIK DAERAH Senarai Mukim dan Statistik Penduduk Nama Mukim Penduduk Keluasan BATANG PADANG 34,200 orang. 52,836 hektar. CHE...
-
wajah siti aku paling minat masa album cindai so tahun 1998 ni merupakan tahun serba baru buat aku...kerja baru...duduk kat rumah ba...

No comments:
Post a Comment