Thursday, May 9, 2019

balada hati - kau tetap kuhajati

aku start kerja permanent kat the Star pada bulan September 1994...dalam dept Personell lagi masa tu bukan dept Human Resource...aku kerja sebagai kerani saja. tapi menguruskan pekerja adalah tanggungjawab aku. kira kalau nak mintak kerja orang akan jumpa aku dulu lah macam tu. kerja kat dept Personell memberi aku banyak peluang kenal dan jumpa orang. kira macam sikap aku pun berubah dari seorang cool pendiam bertukar sedikit demi sedikit jadi orang yang suka bergaul dengan orang. aku mula berani tegur sesiapa pun asalkan pekerja the Star tak kira pangkat dan darjat. itu antara skill Personell yang aku kena ada kata boss aku Mr. Rajah dan encik Habib.

walau pun aku kena buli masa tempoh probation dengan kawan satu dept Rozina dan Rani tapi akhirnya boss aku Mr Rajah sendiri confirmkan aku atau aku disahkan jawatan pada bulan Disember. dan masa tu pulak ada sambutan dinner so Mr Rajah pun sponsor tiket sebab masa tu aku belum register jadi ahli kelab the Star. dalam dinner tu aku jadi seorang yang sosial dan berjoget menari dengan sorang staff Advertising Artist yang sporting iaitu Angela. Angela ni orang serani dan off course lah aku jadi tumpuan dan perhatian malam tu. semua orang terkejut dengan aku menari entah gaya apa tapi aku belajar steps tu dengan Jabadak dan Nyeng masa aku lepak kat rumah Nazri di AU3 Keramat dan kawan kawan clubbing Nazri dalam tahun 1993...hahaha...

dalam masa aku bekerja kat the Star ni adalah yang agak lama sebab aku rasa selesa dengan kerja ni. aku sempat ambik part time study kat ITM - Shah Alam masa tu dan aku dapat sijil Computer Programming. dan seterusnya aku planning nak apply kerja yang lagi okey kalau ada peluang sebab nak memeperbaiki diri sendiri dan masa depan dan aku punya cita cita sekarang nak memiliki Maznah sudah berbunga bunga kembali.

walau masa ni aku memang ramai kawan perempuan kiri kanan dan asyik keluar dengan awek aje kalau cuti hari minggu...kat KL ada girlfriend kat kampung ada girlfriend tapi dalam hati aku hanya ada Maznah sorang aje.aku nak kumpul duit nak pinang dia dan hasrat hati ni aku suarakan kat mak aku.mak aku pun terus cakap nak tanya masa tu bulan Oktober 1995...aku cakap kat mak aku yang aku akan dapat share syarikat the Star dalam bulan November  dan kalau semua okey aku nak masuk merisik dalam bulan Disember dan seterusnya kalau duit bonus yang sampai 5 bulan tu dapat dah cukup aku bajet nak kahwin dalam hujung tahun 1996. duit share saham dalam 2 ribu dan duit bonus pulak dah ada 3 ribu...aku rasa masa tu dah cukuplah sebagai duit hantaran meminang Maznah. dan tempoh bertunang setahun bolehlah aku kumpul lagi duit belanja kenduri kahwin...hahaha

tapi rupa rupanya gerimis mengundang... masa mak aku pergi merisik semuanya sudah terlambat kata maksu Minah kakak Maznah ...Maznah sudah pun diaturkan untuk djodohkan dengan saudara dia di kampungnya Kedah. hancur berkecai semua ipian aku nak hidup bersama Maznah...kisah yang seterusnya adaah kisah kisah aku mendrita merana dan kecewa dan putus harapan. dan akhirnya aku tak fokus kerja the Star akhirnya aku berhenti kerja pada bulan August 1996..habis cerita aku kerja kat the Star dan impian nak hidup bersama Maznah ...Allah swt sudah takdirkan sudah tak ada jodoh antara aku dengan Maznah...

habis...

muchas gracias 
adios amigos

No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...