Thursday, May 9, 2019

balada hati - biru mata hitamku

walaupun cerita ni tak berlaku dalam tahun tahun aku budak sekolah tapi aku tulis jugaklah kat sini sebab banyak blog blog lain aku unpublishkan seba terlampau banyak kisah cinta
so...apa aku nak cerita kat sini ialah pasal aku punya period of menganggur atau kerja tak menentu
putus cinta dan yang paling parah orang yang aku cinta tu kahwin lain dan berkubur semua cita citaku nak kahwin dengan dia. ia sangat memberi tamparan hebat kat aku bila kisah aku macam tenggelam...ye macam novel Hamka "Tenggelamnya Kapal Van Der Vijct"

so, aku masa tu kerja pun tak menentu lastnya aku berhenti kerja kerana putus asa dengan diri sendiri...seterusnya aku try mencari damai di hati...macam Bruce Wayne dalam cerita Batman Returns aku balik kampung...aku tak tahu apa yang nak aku buat berbeza macam aku berhenti kerja Proton dulu aku cuma kehilangan...tapi pada kali ni aku bukan lagi kehilangan...aku memang sudah takde harapan...

menyedari hidup bersama dengan dia dah gagal aku kecewa... aku layan je kepala aku apa pun...aku balik kampung aku rasa tak best menyusahkan mak bapak sebab tak bekerja...lastnya dengan sisa sisa semangat yang ada aku kembali ke kota...aku start kerja kilang cat kat jalan tandang dulu...sebab itu je kerja yang aku dapat...sebab masa tu pun aku takde modal nak cari kerja...aku merayau rayau sekitar PJ state mencuba nasib...aku kerja dalam seminggu macam tu lepas tu...aku try cari kerja kat rumah mak saudara aku kat Kelana Jaya.

sebab aku takde modal nak bayar sewa bilik dengan kakak aku so aku pun menumpanglah balik kat rumah mak saudara aku sementara aku belum ada gaji...aku pun dapat kerja kat Citylink satu syarikat kurier bahagian HR Department. tinggi juga pangkat aku kat situ jadi Human Resource Assistant.

aku start kerja kat Citylink bulan November selepas dapat kerja tu perkara pertama yang aku buat ialah jumpa balik kawan kawan aku yang kerja kat The Star. aku tak ingat aku jumpa siapa sama ada Zul atau geng Advertising Artist. sebab memang aku datang The Star dan takde siapa pun halang aku masuk ke dalam dept Advertising. tentu tak elok lah sebab nak datang lagi kan sebab aku resign hari tu sebab ada kes.so, aku pun segan dan aku ajak kawan kawan jumpa kat restoran mamak Jamal je sebab masa tu memang famous beriyani dan ayam madu dia.sebab masa tu pun dalam bulan puasa dan bolehlah aku berbuka puasa dengan diorang dan bagitahu aku dah kerja kat Citylink.

aku kerja kat Citylink kat dept HR tu ada jugak pegawai aku bawak aku pergi kursus tapi entah kat mana sijilnya hahaha...kisah aku kat Citylink takde happening sangat sebab kerja kat syarkat kurier dan pergi kerja balik kerja macam orang biasa. malam malam kat rumah panjang makcik saudara aku tu memang sejuk giler sebab kiri kanan masih kosong kat situ area depo LRT Kelana Jaya.   awek pun takde masa tu...memang tak fikir pasal awek dah masa tu sebab awek lama sudah jadi itseri orang dah bulan Mei lalu.frust menonggeng aku masa tu.

rupanya panas tak sampai ke petang rupanya hujan ribut petir di tengahhari...semuanya sebab seorang kawan menghuru harakan hidup aku yang damai ni dengan masalah masalahnya. aku ni memang terlampau kesian kat orang agaknya pasal tu asyik terkena aje aku. kawan tu aku kenal masa kerja kat Proton dulu. aku tak sangka pun perangai dia mendatangkan masalah pada aku. aku bawak dia masuk sebab nak balancekan kat rumah tu ada 2 bilik kat atas dan ada satu ruang besar kat bawah...aku menyewa bilik atas dan ada sorang lagi kerja Proton Servis pun duduk kat bilik atas. maksaudara aku cakap ada orang Kelantan nak sewa kat bawah. aku terkejut jugaklah...camne aku nak bebas kalau diorang tidur kat bawah dan kitorang nak guna bilik air tentu problem. so plan aku nak masukkan sorang member pun settle bila Jefri kawan lama masuk menyewa satu bilik dengan aku.

nama beliau Jefri dan sebab muka dia ada iras iras Nash Lefthanded aku pun panggil dia Jefri Glamour. dia dapat kerja kat Citylink kat dept print docket..bila dilihat cara dia cakap memang meyakinkan tapi bila duduk serumah atau sebilik dengan dia baru kita tahu perangai dia macam mana. dia ni bila balik rumah je dia layan bersedih...bersedih pasal apa ? pasal awek lah...layan bersedih sampai satu hari tak bercakap...yang herannya bila kat ofis dia boleh tukar perangai. semua orang takkan percaya kalau aku cerita pasal dia. bila dia dah puas bersedih dia pun keluar sampai dah pagi pagi buta baru balik. aku ingat dia ni cari sayur (ganja) ke agaknye so aku rasa tak sedap hati dan bila dia guna motor ikhsan pemberian abang ipar duai aku yang kerja polis kat Hulu Langat tu. so dalam pada huru hara tu sempat layan lagu lagu kat BEST 104 - Radio Sensasi Selatan tengah tengah malam sebab semata mata nak dengar juruhebah dia baca doa sebelum pukul 12 tu dan lepas tu keluar lagu instrumental Heaven - Mashayoshi tu hahaha...siapa pernah ada dalam era ni tentu tahu punya. suara juruhebah dia lemah lembut dan mengingatkan aku pada seorang awek yang pernah berkawan dengan dia Haslina atau Ina Kuala Krai....

aku layan punyalayan lastnya aku apply dan dapat kerja kat SRM sekarang AC Nielsen di PJ State sebagai Computer Operator..aku senang hati tapi tak bai tahu sesiapa so masalah aku dah settle cuma aku kena duduk balik kat Kinrara rumah kakak aku lah...apa nak buat takkan aku nak duduk serumah dan sebilik dengan orang psiko. 

kisah sweet aku masa kerja Citylink tu ada jugak hahaha...aku try jugak mengorat masa tu ye lah aku manusia biasa nak hilangkan kesepian takdelah jadi macam kawan aku Jefri tu ada split personaliti atau dua personaliti... psiko rupanya kawan aku tu...selama ni aku ingat dalam drama je rupanya memang real ada. dia sanggup sembamkan muka dia kat bantal lepas tu bila dia bangun muka dia penuh dengan airmata dan mata dia bengkak bengkak...adoi berat betul kes Jefri ni...aku takkkan jadi macam dia so aku megorat awek yang kerja kat ofis aku nama dia Mala ke macam tu, nama macam India tapi dia Melayu ...awek tu baru je start kerja aku dah try... hahaha sebab Jefri lah aku berani tackle awek sebab aku tak nak jadi macam Jefri...aku pun frust jugak tapi semua tu dah berlalu...

so, Mala ni aku ajak minum ajak makan dan adalah sekali dia sudi minum dengan aku petang tu...aku sembang punya sembang aku tanya dia datang kerja naik bas ke. sekali ada satu kereta Mercedes nak parking kat motor kapcai aku tu...memang salahlah aku parking tu banyak ambik space parking tu. kereta tu hon eksyen betul kata aku kat Mala. aku pun turun alihkan motor aku sambil menyumpah kat kereta Mercedes tu. cehhh berlagak punya orang sabarlah... so driver dia keluar dan tersengih perli kat aku dan masuk dalam kedai bukan nak ucap terimakasih...memang berlagak.  aku pun naik masuk kedai dan Mala pulak dengan driver sombong tu dah kenapa. lepas tu driver sombong tu tanya aku tu motor awak ye? aku terkejut dan mengangguk. Mala pun minta maaf sebab tak sempat nak minum nak balik ikut bapak dia.

masa tu aku dah macam segan gila kat bapak Mala tu aku ingat dia driver...tapi dia pun takde bahasa apa aku peduli kan? Mala dan bapak dia blah aje aku pun turun dan start motor kapcai..tapi  sampai ke sudah tak boleh start apa punya suwey la...terkial kial aku start tak mau jugak...lastnya aku sorong motor tu balik rumah nasib baik rumah aku dekat je dalam 2 kilometer..haiii nasib nasiib...besoknya aku dapat tahu Mala sudah resign 24 jam sebab nak prepare persedian sambung study kat UK ...haaa kauuu...

No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...