masa ni aku baru je form 1 sekolah petang memang aku suka baca cerpen cinta masa ni entah kenapa.suka dengar lagu cinta Alleycats. nak mengorat memang tak reti lah. tapi aku boleh pulak masa ni duduk kat semeja dengan budak perempuan paling cantik dalam kelas ataua aku rasa dia paling cantik dalam tingkatan tu. nama dia Saidatul Haslin. ada budak lalki sampai jeles jeles kat aku dan pukul aku sebab aku baik dengan Saidatul ni. sampai aku kena tumbuk dan Saidatul pujuk aku dan cakap jangan layan orang macam Jalil atau Ony tu. Saidatul ni bila dia masuk kelas memasak dia mesti bagi aku makan apa dia masak. tu yang Ony jeles sangat sebab dia minat kat Saidatul ni. aku pulak taklah minat kat Saidatul walau dia cantik tapi aku masa ni minat kat Noraibitun hahaha...panggil Bibik aje dan Bibik ni macam muka Jepun animasi...
kerana
memang susah nak ingat apa yang berlaku pada awal tahun ni atau pertengahana tahun...aku rasa kena tengok cerita yang selalu peang petang tu baru teringat kot...tapi masa niaku sekolah petang punya malas mengaji aku masa ni...itulah hati au terang jugak cuma aku punya ak guru menagaji dan aku pilih malas mengaji...sudahnya sampai sekarang aku kurang mengaji...aku masa ni macam layan apa ntah...masihlagi baca majalah Gelihati atau majalah Gila Gila masa ni...terlebih ke kartun rupanya aku ni....sebab Ujang dan Gayour baru je fresh join dua majalah kartun femes ni...Ujang kat Gila Gila dan ayour kat Gelihati. aku memang follow dua orang kartunis ni sejak awal kemunculan mereka...Ujang banyak lukis kartun pasal dirinya yang tercicir dari belajar kat oversea dengan kawan kawan dia...dan awek dia nama Anor tu...sedangkan Gayour pulak lebih pada skill rock star dia macam Guns N' Roses sampai ada watak atau karekter Slash dalam majalah Gelihati
puisi untuk sang puteri
mungkin agak terasa nak bermakwe atau bergirlfriend aku pun selalau hantar surat kat satu perempuan yang hantar biodata dia kat majalah bBujal. hahahaha...aku nak hantar kat Kembang Staman masa tu aku masih umur 13 tahun takkan nak berkenalan dengan perempuan lebih tua dari aku. so aku dapat balsan dari budak perempuan yang beralamatkan address Kelantan, aku tak tahu lagi akan poemik pasal Kelantan ke Kedah ke...masa ni aku cuma nak caari kawan perempuan supaya rasa seronok nak belajar, betul cakap orang kalau kita ada girlfriend atau awek masa sekolah lain rasanya smangat tu.
No comments:
Post a Comment