okey ...rasanya dah tulis pasal ni...tak ingat tajuk entry tu apa...takpelah kalau ada kisah sama aku buat macam spin off kisah entry tu kat sini...ni pasal aku kerja kat Kajang kat satu kilang tekstile buat kain namanya KIMA di area Sungai Chua...nak bayangkan Sungai Chua tu sekarang ni dengan yang tahun 1990 punya...kawasan tu macam kawasan kilang penempatan Cina aje lah. kilangnya jauh ke dalam kalau naik bas jauh jugak nak menapak. walau jadi mat kilang tapi aku dan Ayip ditempatkan di bahagian mantainance iaitu kejurutteraan aircond. so kitorang bukan mat kilang sangat lah ..hehehehe...masa ni dunia bergolak sebab USA nak berperang dengan Iraq.
sepi sekuntum mawar merah
aku ikut Ayip kawan masa sekolah dulu...sebab dia dah habis STP dia ajak aku kerja kat Kajang. mungkin dia nak cari pengalaman. tapi dia tak tahan aku pun tak tahan. adalah dalam 3 bulan aje kerja lepas tu berhenti.kitorang tinggal kat rumah bujang yang ada dua pintu. berjiran dengan mak saudara Ayip tu sebelah nya. ada tiga orang kakak yang duduk kat sebelah tu. dua dah janda sorang belum kahwin. kat rumah kitorang pulak tinggal berlima. semuanya bujang. nama diorang Andak, Nor dan Zamri. baik baik semuanya. takde masalah. Nor ada motor Ninja Kips 150 yang lain lain tu jalan kaki aje. bila time gaji kitorang pegi Kajang makan satey..hahaha..masa ni nak jugak ada awek. yang kawan tiga orang tu memang dah ada awek lah kat kampung tu. kampung Sungai Ramal Luar namanya. ramai aje budak kilang duduk kat situ. setiap kali masa nak ke bilik air mandi ke...nak mencebok ke apa ke...mesti berselisih dengan budak kilang baru balik atau nak pegi kerja. hahaha...ada jugak yang kawan aku serumah tu rekemenkan kat sorang awek namanya Ezzah ...macam nak jadi tapi aku je tak reti layan...aku dan Ayip pergi kerja pun naik bas kilang juga...tunggu kat jalan besar tu...masa tu suka sangat abang driver tu mainkan kaset lagu Ella ni...
hati di padu
masa ni aku memang takde awek kecuali yang aku tinggalkan kat kampung tu kalau boleh dipanggil awek. masa ni aku hanya berkawankan Oikuan yang aku tak tahu nak kategorikan apa. cuma aku suka kat dia sejak aku nak ambik SPM tu aku jatuh hati kat dia . yang sebelumnya aku jatuh hati kat Aina Sungkai dan jugak jatuh hati kat Noriza penpal dari Kelantan. itu aje affair yang aku ada sebelum aku benar benar jatuh hati kat Maznah.
semua kisah perempuan yang aku jatuh hati ni aku dah banyak tulis entry pasal diorang. macam tu lah kehidupan jadi mat kilang...nak mengorat takut orang tak sudi. tapi macam ada yang minat pulak...entahlah.awek Kajang memang boleh tahan sebab ramai yang ala ala muka Hindustan lah kat sini. yang aku jumpa masa naik bas Kajang tu dia punya bulu roma sikit punya tebal ke sampai ramai orang lelaki perli. kesian malu dia...
kakak jiran sebelah yang belum kahwin tu selalu jugaklah bersembang dengan kitorang ni . ada satu masa tu aku buat buat rajin menebas lah kat halaman tu. dia pun buat air teh dan cekodok makan kat luarlah. ada pangkin. aku memang berlengging aje sebab aku rasa aku tak malu kat dia. dia boleh kata macam ni kat aku.
"cantik badan Mi tak buncit takde perut..tapi badan tegap..."
eheheehh..aku segan pulak sampai macam tu sekali dia tengok badan aku...ni aku rasa tentu dia selalu mengintai aku ni aku ingat aku yang mengintai dia...sama sama mengintailah agaknya.
terminal cinta
bila Ayip berhenti dan balik kampung aje aku pun tak tahu nak buat apa...nasib baik ada abang senior kat tempat kerja tu boleh buat kawan. nama dia aku dah lupa tapi dia pernah bawak aku balik rumah dia kat kampung apa entah Jenderam ke apa.ha baru aku ingat nama kampung abang tu kampung Sungai Merab. dia ajak aku lepak sebab dia pun baru aje hidup bujang dan bercerai dengan isterinya. aku dah takde kawan aku berkawanlah dengan abang tu. budak budak rumah biasa je. cuma aku rapatlah dengan abang senior ni. ada jugak dia bawak tengok wayang dengan minah Indon dan bawak minah Indon kat rumah dia. apa dia buat aku tak campur lah...tapi ada minah Indon kerja kat salon rambut memang minat kat aku. tak berani beb...buat hal cari pasal aje nanti.
cinta selembut sutera
aku rasa kesihatan aku macam tak okey...aku boleh sakit dada dan batuk keluar darah... aku rasa aku tak pernahlah menyakitkan hati atau buat pasal dengan sesiapa kecuali seorang foreman bahagian elektrikal tu. aku tak pernah bertegur sapa dengan dia walaupun dia bos kawan serumah aku. takkan kita tak nak baik dia nak paksa pulak kan? lain betul peel mamat tu. dia nak orang hormat dia tapi dia sombong. aku memang tak layan orang jenis macam tu. so, aku pun berubat dengan abang senior aku, aku cakap aku batuk darah. macam sakit tibi . sudahnya aku dah macam bosan nak kerja sebab kat kilang bukan takde kerj tapi banyak kerja...gaji rasanya tak cukup itu pasal lah rasa nak berhenti. lastnya aku lepak dengan Nazri kat Keramat dan menghabiskan sisa sisa gaji aku . bila dah habis gaji aku balik kampung.


No comments:
Post a Comment