di sebalik sejuta wajah
so tajuk entry pun dah macam tajuk lagu Shima...dalam bulan Mei nak masuk bulan June..masa ni aku baru balik dari KL..1990 - aku baru je belajar belajar merantau time
ni...semangat pun tak kental lagi asyik berenti kerja tak tahan dugaan
kot...lagi pun masih muda lagi...perjalanan tu masih jauh...
sebab aku dah berhenti kerja...ala kerja pun bukan kerja best cuma kerja waiter kat kelab Syabas kat PJ State. aku rasa macam takde masa depan je aku kat situ. aku pun ikut kawan aku Jasni orang Taiping kawan satu kerja aku. so aku naik Taiping Holidays.dan akhirnya aku sampai kat kampung aku Bidor . mungkin aku akan merehatkan fikiran aku dari fikir pasal KL untuk seketika.
fakta -
walau kau duduk Semenyih sekali pun
kalau kau keluar dari kampung merantau...
kau akan cakap kau kerja kat KL...
- rock thrash dan gerai jambu
pasal gerai jambu ni korang bayangkan sorang rockers rambut ala Slash - Guns N' Roses - tapi kurus kering ...tapi clean ye...rocker ni bersih dari pengaruh penyalahgunaan drugs. oleh sebab badan dia kurus maka mungkin ada mulut mulut jahat yang mengutuk. biasalah...so aku dan Nazri pun jadi penganggur dan hobi kitorang dengar lagu rock dan lagu thrash. memang kitorang penganggur terhormat masa tu.rutin pegi kedai kaset...main gitar kat tembok. orang tengok kitorang dah pun macam kutu berahak.kitorang suka lepak kat gerai jambu..ada sorang kawan sekolah pompuan namanya Yatie dan dia kerja kat gerai jambu. so, kitorang selalu lepak sampai tokey Yatie suruh kitorang blah sebab Yatie nak kerja.
-kenduri aruah opah mahani
masa ni walau takde kerja tapi kitorang selau pergi masjid menolong apa yang patut dan ada satu malam tu kenduri aruah jiran sebelah rumah aku ..aku dan Nazri banyak tolong masa kenduri aruah kat masjid. so, masa bali tu Yati dan adik dia hantar lauk lebihan kenduri.slow aje Yatie panggil aku. dan aku sambut talam lauk kenduri tu. ada sayur kobis dan gulai lemak ikan masin.
- buah kedondong
terfikir juga apa aku nak balas pada diorang. so sebab ada seorang kawan bapak aku ni usahakan kebun kat SUngkai. India nama dia Subramaniam. dalah bagi buah kedndong sampai satu guni. so aku pun balas bagi buah kedondong kat diorang bagi auk kenduri hari tu dan yang sambut pinggan tu Maznah. hati aku masa ni macam kena karan letrik je...bila Maznah senyum dan cakap terimakasih.
- azizah
azizah ni budak kampung Rahmat yang jgak kawan pada Ju adik Nurul Azhar sebelah rumah maksu Minah kakak Yatie kawan aku tu. Azizah pun kerja kat gerai jambu jugak pada asalnya aku memang nak tackle Azizah..tapi entah kenapa Azizah tak minat kat aku. mungkn sebab aku ni nampak macam kampung sangat dan masa tu aku penganggur. memang Azizah tak suka lah. aku pun sedar diri dan aku buat macam biasa tapi sebenarnya aku sedih sebab Azizah pandang harta dan tak layan aku. aku tanya Amri kawan aku lepak kat rumah Nazri tu. Azizah camne? Amri kata Azizah tak minat kat aku.
- jatuh hati pada Maznah
so, aku pun rasa sedar sebab kekurangan aku dan layan aje apa yang boleh buat aku happy. aku memang tak perasan pada budak pompuan nama Maznah ni...sampailah bila Azizah macam tak suka kat aku je lepak kat gerai dia aku pun tumpang lepak gerai Yatie. masa tu Yatie dan Maznah ni ada kat gerai. aYatie punya sporting suruh aku semabng dengana adik dia. Maznah ni masa tu of course lah perangai macam budak budak dan ada satu masa aku tanya dia buat tak tahu. aku pun sedih lagi dan terus balik. aku rasa semua orang tak suka kat aku. lepas tu Yatie nbagi tahu sebab Maznah minta maaf. sebab Maznah malu kat aku. oh yeahhh ...
- kaset sheila majid lagenda
selepas peristiwa aku dan Maznah tu aku pun anggap Maznah tu hanya seorang budak perempuan sahaja yang tak mengerti apa apa pasal perasaan...so, aku pun buat macam biasa walau hakikatnya aku memang jatuh hati kat Maznah...pada aku takpelah biarlah Maznah melewati waktu zaman remaja belasan tahun dia dulu...kalau ada jodoh dia tetap jadi milik aku...
band Visions - Sepultura
band ni takdelah macam band rock mana mana tu..ni cuma band lepak lepak kat rumah Nazri saja. dengar lagu kaset dan main gitar tu lah standard band kitorang. jauh sangat nak pergi jammed kat studio ke apa ke. tapi rock tetap rock. imej rock tu adalah kat aku dan Nazri yang bela rambut panjang. untuk meramaikan lagi geng kitorang tambah lagi ahlinya iaitu Amri dan ANasri. lepas tu sepupu Nasri iaitu Zek dari Anderson Ipoh pun join rock band kitorang so ada 2 orang sepupu dalam grup ni asalnya nak buat nama SEPUPU ULTRA atau SEPULTURA tapi lastnya buat nama VISIONS
Murad dan Oikuan
okey masa ni Murad sempat jugak lah lepak dengan aku kat Bidor..bila dia balik Bidor nak jumpa kawan kawan lama...dia datang je kat rumah aku dan ketuk pintu terus sergah family aku tengah makan engahari. memang tak betul lah cara Murad nak buat suprise. so, Murad pun lepak kat rumah Nazri bila bapak aku marah. memang jelas Murad tak betul..kalau bagi salam ke okeylah. dan sebab Murad ni bapak aku tak suka pada semua kawan aku termasuklah Nasri dan Amri. masa ni Murad sempat tanay pasal amoi gefren Wai Ching dia tu yang duduk kat taman Punchun . dan jugak tanya pasal Oikuan kat aku. Murad macam tak suka aje aku rapat dengan Oikuan.
- lepak kat Subang Jaya dan kena Insomnia
masa aku ada krisis sikit dengan bapak aku tapi masa ni takdelah sampai kena halau...cuma aku je yang angkat kaki ke kampung Jalan Paku...rumah opah aku...entah apa sebabnya...so, bila ada seorang abang ipar abang Muslim mencari ubat pantang kat kampung. so aku pun ikut dia lepak kat Subang Jaya lepak kat tempat dia berniaga apam balik dan aku cari kerja dan lepak kat Subang Jaya bilik dia. aku tak tahu kenapa aku masa tu. fiiran aku kelam dan aku tak boleh tidur malam. akhirnya aku balik kampung dan berubat dengan Rozi dan selalu bermalam kat masjid . Rozi ni pengikut tabligh. so aku bacalah buku buku tabligh. so..dalam 2 minggu aku berubat macam tu dengan datuk saudara aku namanya pak Jaafar.
- pengembaraan Nazri ke KL
cukup masa Nazri pun cakap kat aku yang dia nak ke KL balik nak ambik periksa STPM katanya...nak study kat KL...mungkin dia terasa dengan mak dia hari tu gaduh sebab apa entah sampai yang aku dengar Nazri mungkin merajuk. so Nazri dah buat plann dengan Madi nak lepak KL. aku masa tu takde duit...so aku rilek dulu lah...

No comments:
Post a Comment