dalam tahun ni aku dah macam tak berapa nak merantau sangat sebab dah banyak kali aku ke KL tapi hasilnya macam tu jugak...aku kerja sekejap dan lastnya aku berenti dan balik kampung. aku fikir aku bosan nak kerja macam tu. aku terfikir lagi mungkin aku ni tak sesuai kerja kat KL macam tu...mungkin aku jenis duduk kampung dan kerja kampung.
tapi Ayip kawan aku yang ambik STPM pulak nak try merantau ke KL. Ayip kata Lan pun dah kerja kat Kajang. kilang apa entah. yang setahu aku Lan dan Ayip lepas habis STPM diorang keja jual ayam kat market. dorang ni stok alim alim jugaklah tak macam aku dan Nazri.so bila Ayip ajak aku ke merantau kerja kat KL so, aku ikutkan aje sebab kerja pun dah ada tunggu kitorang datang aje. aku follow je Ayip dan kitorang duduk menyewa kat rumah dua pintu kakak saudara Ayip kat kampung Sungai Ramal. tempat aku nak kerja tu namanya kilang KIMA dekat area industri Sungai Chua. aku dapat kerja dengan Ayip bahagian kejuruteraan aircond maksudnya jaga aircond kilang la...dan kitorang menyewa dengan kawan satu stempat kerja Zamri, Andak dan Nor yang kerja kat kejuruteraan elektrik...hebat sungguh nama kerja kitorang tu glamour giler...tapi kerja nya tak seglamour namanya...hahahaha...
pegawai atau foreman aku dan Ayip namanya Sekhar yang adiknya penyanyi kumpulan Metalian tu Thana. best kerja bawah dia rileks sampai pegawai kejuruteraan elektrik jelous kat kitorang sebab kitorang nampak banyak rileks je...kitorang buat kerja mantainance macam macam lah aku nak cerita pun malas...salah satunya bersihkan laluan angin aircond yang korang nampak kolong besi selalu kat atas kilang tu ...aku dan Ayip kena masuk dalam tu kalau ada leaking. kitorang ada sorang senior yang baru menduda dan rumah dia kat kampung Sungai Merab - High Country Kajang. kat area kilang Hitachi.
lastnya Ayip pulak yang berenti sebab tak tahan kerja kilang. so aku tinggal sorang dengan kawan kawan lain...sampaikan kakak saudara Ayip kata nanti aku pun berenti jugaklah...memang betul lepas Ayip berenti balik kampung Ayip ikuti aktiviti keagamaan dia. aku tak tahu apa jadi kat dia dan Lan pun sama lah diorang ni selalu sama sama...aku buat keputusan akan berhenti dan aku hubungi Nazri kat Keramat KL. Nazri memang pernah duduk kat Kajang dan dia datang selepas aku cakap aku nak lepak dengan dia kat Keramat. aku pun lepak dengan Nazri pulak. Madi yang datang lepak dengan Nazri pun balik kampung bila dia dapat kerja kat Ipoh.
bermulalah aku lepak dengan Nazri pulak kat AU3 depan kilang Texas Keramat. Nazri duduk satu bilik kecik kat bekas rumah sewa abang dia. Nazri kata dia study SPM aku tengok takde pun study. mungkin alasan aje dia nak duduk KL dan bebas tak macam kat kampung. tapi abang dia support la duduk situ. aku ni kena cari kerja lah kalau nak duduk situ dengan dia. tapi aku tak dapat kerja sampai duit gaji aku kerja tu kehabisan. akhirnya aku balik jugak kampung masa hari raya jugak. aku dah agak dah memang aku balik kampung punya.
masa aku lepak tu memang menghabiskan duit cuma aku sempat join Nazri pegi pub dan lounge kegemaran Nazri... kat Ampang nama disko tu Ficus. ni memang line Nazri lah ...samalah macam dalam filem tu orang terkinja kinja berjoget lepas minum arak. aku sempat kenal dengan kawan Nazri seorang GRO kat situ namanya Liza macam tu. aku ni budak kampung pakai kasut pun kasut masa aku kerja kilang tu kasut Fung Keong atau Dragonfly...hahaha memang tak kena betul macam Nazri yang melaram habis dengan baju long sleeve dan seluar slack dia dan pakai minyak wangi mahal dia...tapi Liza pulak suka dengan aku dan selalu nak ajak aku keluar. aku masa tu style rambut panjang macam Zainal Abidin masa dia top dengan imej World dia tu...hahaha...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
entry special gaisss... - erti sayang dan cinta
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
STATISTIK DAERAH Senarai Mukim dan Statistik Penduduk Nama Mukim Penduduk Keluasan BATANG PADANG 34,200 orang. 52,836 hektar. CHE...
-
wajah siti aku paling minat masa album cindai so tahun 1998 ni merupakan tahun serba baru buat aku...kerja baru...duduk kat rumah ba...

No comments:
Post a Comment