kisah bunga larangan ni takdelah terlarang sangat cuma kisah ni masa aku dah berenti kerja kat kilang tekstile kat Kajang tu...aku balik kampung dan lepak kampung...masa ni aku masih teruskan hubungan aku dengan Noriza dan chia Oi kuan..walau takde kerja cuma kerja kat gerai jambu aje....masa ni Noriza dah study kat Universiti Malaya dan dia contact aku balik mungkin sebab bosan kat KL takde kawan...pasal chia Oi kuan pulak dia dah ada boifren baru...
so aku pun cakap kat chia Oi kuan aku nak break dan tak nak ada apa apa hubungan dengan dia dah...dia pun pelik dia kata selama ni pun dia bukan kekasih cuma kawan aje...dah bangsa Cina cakap macam tu kat aku hahaha...pelik sangat rasanya...
sampai kat kampung aku hilang punca sebab aku menganggur lagi. sampai bila jumpa dengan Nasri Yahya kawan masa jadi mat thrash dulu tu dia kata takde perubahan dan dia pandang rendah kat aku. aku pun tak join dah dengan dia bila dia perli aku macam tu. aku lepak buat hal sendiri sendiri je kat kampung. aku kerja jual jambu dari 6 petang sampai 6 pagi. memang aku takde kat rumah time ni sebab berembun kat gerai jambu Jalan Sungkai ...aku kerja gerai jambu aje pun malam malam. sampai aku kena tuduh mengendap rumah maksu Minah tu. tapi tu lah ceritanya akhirnya anak dia pulak yang kantoi kena tangkap mengendap rumah pakYak tu masa time maghrib...hahaha..nak tuduh orang rupanya anak sendiri mengintai. tak mustahil anak dia jugak yang mengendap rumah dia sendiri sebab makcik saudara dia ada dua orang Yati dan Maznah...nafsu remaja mana boleh tahan.kan?
tapi Maznah masa ni pulak meningkat remaja..nampak perubahan dia
masa ni sebab dia belajar mengaji dengan mak aku. dia tak malu datang
sebab masa ni aku tak declare lagi aku suka kat dia.
cerita masa dulu tu pun dia masih budak budak sangat pemikirannya dan
sikap dia. sekarang aku tengok dia macam sejenis yang tenang dan rileks.
masa dia datang rumah aku pun aku tengok dia buat biasa je kat aku
...tapi aku mula memuja dan menaruh perasaan pada dirinya tanpa dia
tahu. sebab masa tu aku tengok hidup dia gembira dengan kawan kawan dia
yang selalu datang kat rumah dia. main badminton kat dewan depan tu. dengan anak Acu Nor.
Maznah rajin buat kuih bakar atau kuih bangkit dan kalau nak raya memang maksu Minah ambik tempahan...dia selalu mintak atau nak beli kelapa kat mak aku dan akulah yang pergi jolokkan buah kelapa tu...dan kadang kadang dia follow aku ke pokok kelapa dan hanya bersembang kosong cerita pasal anak saudara aku Acoi yang sebaya dia yang sekolah asrama kat Tanjung Malim. masa masa bersembang nilah aku tengok dia memang seorang gadis yang cantik. kalau maksu Minah dulu masa baru baru kahwin tahn 80-an tu orang gelar dia macam muka Noreen Noor...yang Maznah ni aku tengok muka macam Nia Dzulkarnain atau Nuraina Emir yang iklan minyak wangi Enchanteur tu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
entry special gaisss... - erti sayang dan cinta
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
STATISTIK DAERAH Senarai Mukim dan Statistik Penduduk Nama Mukim Penduduk Keluasan BATANG PADANG 34,200 orang. 52,836 hektar. CHE...
-
wajah siti aku paling minat masa album cindai so tahun 1998 ni merupakan tahun serba baru buat aku...kerja baru...duduk kat rumah ba...

No comments:
Post a Comment