Monday, October 1, 2018

reprise - bukan kemahuan fikiran


 jee nangis masa nyanyi lagu ni kat TV3 - live


...aku relakan kau pergi dari sisi hatiku
begini lama setelah tiada jalan penyudah 
jiwa yang hampa kan bertanya apa masih...

pernah dengar lagu ni ke...nyanyian Fauziah Latiff dalam tahun 1990 macam tu...tapi album ni release hujung tahun...antara album Fauziah Latiff yang ni aku rasa paling sweet sebab apa entah...mungkin sebab masa ni aku rasa aku masih muda...muda mengenal cinta...mengembara ke kota...merantau dan kembali ke kampung semula. mencari ex girlfriend yang berbangsa cina ..yang takde sikit pun perasaan pada aku.aku masa ni dah rasanya baru balik dari kota masa ni takde apa apa dah dalam kepala. dah puas menjadi penganggur agaknya. kawan pun nak sambung study masa ni dan aku terpinga pinga. masuk angin keluar asap masa ni.

percintaan bukanlah kemahuan fikiran
di perasaan tersimpan segalanya rahsia
dan tiada dapat ku tahankan rindu itu...

aku keseorangan kat kampung takde aktiviti sampailah kawan lama ajak ke Kajang dalam tahun 1991 ,macam tu. tapi menghabiskan hujung hujung tahun 1990 dengan lagu ni dengan takde sesiapa menemani. kawan dah pergi KL. awek sebelah rumah dah senyap buat hal sendiri. gf lama pun dah kerja dan aku call tak nak layan.

di antara kita bicara berbeza 
siapa yang merasa dia melara
tiada upaya menahan derita cinta yang hampa...

kawan lain pun semua macam ada yang nak sambung belajar lagi. yang tu rasa masa lambat sangat berlalu. masa ni pun aku dah balik dari kerja kat Subang jaya tu. yang aku kena insomnia tak boleh tidur tu. tak  tahu sebabnya. mungkin ada yang tak kena dengan tempat aku lepak tu bilik bujang kat rumah kedai. tempat abang ipar simpan barang berniaga apam balik. seksyen 15 Subang Jaya.

seraut wajahmu yang paling indah
walau ia kekal di hati ini
seterusnya hidup bersimpul di dalam diri ini...

mungkin aku nak lari dari masalah...ada krisis sikit dalam family dan aku membawa diri mencari ketenangan kat KL. tak lama aku kat KL aku rasa macam tak berapa ok aku pun balik dan aku join dengan Rozi baca buku tabligh dan duduk kat masjid. ..dalam dua minggu aku rasa okey semangat aku pulih kembali dan aku sempat join geng kampung simpang 3 bercuti ke Teluk Batik. Pangkor. lepas tu baru dapat semangat balik pegi merantau ke Kajang dengan Ayip classmate sekolah dulu.

terlepaslah dirimu dari rindu yang sarat
aku kini terlemas dalam sendu berbisa 
selamanya...

No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...