Saturday, September 1, 2018

reprise - pencinta





masuk aje tahun baru aku pun terfikir nak merantau lagi ke KL kali kedua ... kali ni aku ikut Nazri kat Keramat KL. kerja belum dapat lagi tapi Nazri kata lepak dulu. aku pun follow je Nazri lepak kat rumah Azman Yahya kawan kampung.lokasi rumah tu kat AU2 Keramat .nama tempat tu pangsapuri Jentayu - kelompok serindit...hahaha detail aku kasi cuma tak ingat tingkat berapa. kira rumah flat lah...rupa rupanya Azman dan Nazri kerja hotel...aku ingat kerja apa...hotel Holiday Inn - on the park KL. aku sempat lepak sekejap aje kat situ sebab aku tak serasi duduk rumah bujang tu sebab aku punya barang selalu hilang atau kasut aku diorang suka pakai rembat macam tu aje.


aku pun buat keputusan nak berhijrah ke rumah mak saudara aku kat Sea Park PJ. aku pun blah sebab aku pun belum apa apa lagi nak bayar sewa ke apa ke. aku sampai je kat Sea Park aku terus cari kerja dengan abang Awal namanya anak mak saudara aku. aku dapat kerja KFC dekat dengan area rumah tu kampung setinggan kat Sea Park. biasalah lepak kampung setinggan. barulah KL...huhuhu

kerja KFC pun tak lama sebab abang Awal suruh try kat Kelab Syabas kat PJ State lagi banyak gaji dari KFC. aku dapatlah kerja waiter kat situ dan dapat tip macam tu. yang tak bestnya kat situ ada jual arak dan aku memang kena serve orang yang minum arak. tapi lama jugaklah sampai bulan Mei macam tu baru aku rasa nak berenti kerja dan balik kampung dulu.

masuk bulan Mei aje aku pun apply berenti sebab nak balik beraya dulu kat kampung. bila dah sampai kampung masa tu Nazri pun masih ada kat kampung dan pada tahun 1990 ni lah aku dan Nazri jadi mat Thrash atau  apa kata pakYak@Ishak bapak Rohana  tu kat kitorang ni kutu berahak...jadi mat Thrash ni memang tak bestlah bukan ada duit pun bukan ada kerja pun...cuma menganggur aje layan lagu thrash sampai mak bapak pun menyampah kat kitorang. mak Nazri marah Nazri dan bapak aku pun tak suka kat aku. salah kitorang cuma layan lagu rock berambut panjang dan lepak kat titi main gitar. dan semestinya kitorang menganggur takde kerja....dan kitorang sempat tubuhkan band sendiri layan gitar kapuk dan layan lagu thrash dan lagu rock Melayu. geng rock aku ada lima orang termasuk Nasri Yahya, Amri dan sepupu Nasri iaitu Zack dari Anderson, Ipoh.

lama jugaklah aku dan Nazri berkeadaan macam tu sampai Nazri kata nak ambik SPM lagi entah berapa kali dia ambik SPM dari tahun 1989 hahaha...aku pulak takde tujuan lagi masa tu... aku layan aje apa yang aku boeh layan..umur aku pun baru 19 tahun...masa ni memang tak ingat apa pun...tapi masa ni jugak aku kenal secara rapat dengan Maznah yang sudah pun jadi anak dara sunti umur 14 tahun. aku selalu lepak kat gerai Yati dan Nazri suka jumpa Yati yang jugak kerja jual jambu. mungkin Nazri selalu pinjam duit kat Yati kot. masa ni pun Nazri ada problem dengan awek dia Yam - Kampung Simpang 3.  aku pulak try mendekati Maznah yang masih berfikiran budak budak masa tu. dan aku pun cakap kat Yati aku suka kat Maznah. Yati memang sporting dan tak kisah ...memang sporting punya kawan. selalu dia suruh Maznah sembang dengan aku. memang baik hati Yati ni dengan aku pun tak tahu kenapa.tapi hubungan aku dengan Maznah masa tu tak berapa rapat sebab satu dia masih belum mengerti apa erti cinta ...itupun makin kenal kat dia sebab dia datang rumah  hidangan satu talam lauk kenduri aruah mak Acu Nor. dia panggil dan aku yang jawap dan aku yang ambik talam tu. dan aku pegi balas balik bagi buah kedondong atau buah ambra...yang abang Maniam kawan bapak aku kasi seguni sebab dia ada kebun kat Sungkai.

sebab aku pun ada masalah keluarga sikit masa tu maka untuk release tension aku pun ke KL lepak kat Sea Park dalam bulan November macam tu dan aku try cari kerja kat Subang Jaya nama syarikat tu Syamaltra iaitu syarikat buku teks sekolah. yang bagi tahu ada kerja tu suami kakak saudara aku kak azah iaitu abang Muslim yang berniaga apam balik kat area seksyen 15 tu. dan dia menyewa satu bilik untuk letak barang. so aku pun lepak kat bilik dia tu dekat dengan tempat kerja aku. sunyi dan sepi aje duduk situ takde siapa yang aku kenal. nasib baik abang Muslim ni berniaga start pukul 2 petang kat situ dan pulang bila dah habis berniaga dalam pukul 11. ada jugaklah kawan bersembang...tapi tak lama jugak aku kerja dan aku dah lupa sebab apa aku berenti kerja tu. kerja aku cuma follow van buku tu dan pergi hantar buku ke sekolah. pekerja perempuan memang ramai...mungkin aku tak tahan sebab tu aku berenti kot.so aku pun kerja dalam sebulan lebih lepas tu aku pun balik kampung semula.

dan bila Nazri dah kurang lepak sama sama sebab Nazri dah nak ke KL lepak rumah abang dia yang jugak kat Keramat. Nazri plan nak duduk sana dan ambik SPM kat sana...hahaha..tapi kali ni dia bawak Madi kawan aku dari Jeram Mengkuang tu ikut sekali.tapi kali ni aku rileks dulu dan barkan Nazri dan Madi pergi test the water first...hahaha..habis cerita pasal tahun 1990

No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...