Monday, July 1, 2019

merantau - bunga angkasa - part 2

gambar hiasan sahaja 

part 2

hilang sekejap kisah Puti dan study aku...aku sekarang dah kurang pergi kelas malam dan aku rasa nak study sendiri aje macam tu...semua perancangan awal dah terpeleot sebab main perasaan dan main awek...cita cita nak ambik SPM repair result tu still ada...pasal Puti aku dah buang jauh jauh...

sekarang aku kerja kat syarikat bas ekspress tu dan aku study sendiri...aku cuma perlu lulus sabjek Maths aje...sabjek yang lain aku rasa no problem .

aku pun berulang alik dari syarikat bas ekspress tu kat Medan Kidd ke rumah setiap hari jalan kaki...sebab bajet pun kadang kadang miss aku pun makan kat gerai makan ni tepi jalan depan stesen keretapi KTM. kat situ makan murah lah tak sama macam restoran mamak. aku boleh makan nasi harga 2 ringgit dan minum air kosong. kadang kadang aku bungkus aje. sebab kedai makan tu dengan ofis aku tu dekat je. ada sekali tu aku ni suka suka je tegur awek kerja kedai makan tu. namanya Jee . aku suka tegur dia sebab dia ni jenis suka melatah pulak. jadi hiburan kat aku. umur dia baru 17 tahun macam tu baru habis SPM lah... so, dia kerja kat kedai makan mak dia. mak dia pun tak sombong baik je dengan aku.

sebab aku punya kawan yang kerja konduktor bas pun selalu makan kat kedai tu dan berkawan dengan kakak Jee. kakak Jee pun kerja kedai makan tu. muka kakak Jee macam Ella penyanyi tu. Jee pulak tembam sikit macam penyanyi Lyana tu...nak jadi cerita satu hari aku bungkus nasi campur dan aku bawak balik tengok tengok ada surat beb...rupanya surat dari Jee nak berkenalan dan nak buat aku ni abang angkat. hahahaha...aku terima aje sebab aku rasa tak salah pun berkawan dengan orang tapi bukan bercinta...aku dah cakap kat Jee macam tu masa first time keluar jalan jalan dengan dia lepas dia habis kerja pukul 11 malam kat taman depan KTM tu. aku terus terang dengan Jee sebab aku tak berani nak ada hubungan serius lagi..so, Jee faham dan aku pun okeylah...

 pasal Nazri dan Puti aku tak ambik tahu sangat biarlah dia enjoy sampai puas...lantak koranglah...aku ada masa aku belajar Maths dan aku tak tahu aku tanya jugak Nazri pasal Maths.aku buat latihan sendiri sekurang kurangnya hidup aku aman damai...dan ada adik angkat pulak tu kedai makan. pasal syoru sapdek no problem dah hahaha...kalau duit kurang boleh mintak Jee belanja...

tapi entah macam mana tiba tiba ada satu perasaan kat dalam hati aku...jenuh aku fikir kenapa aku rasa macam teringat sesuatu tapi tak tahu apa. dan tak lama aku dapat satu surat tawaran dari Proton suruh aku datang interview kat Shah Alam. aku bagi tahu kat Nazri dan aku bagitahu kat Jee...diorang berdua aje yang aku bagitahu. Nazri kata kalau aku pergi interview Proton tuu aku dah gagal ...pelik Nazri ni...aku cuma pergi interview aje...dan Jee pulak cakap aku memang kena pergi interview tu sebab mungkin nanti ada rezeki aku ...dan Jee cakap jangan peduli cakap orang dah dan fikir masa depan sendiri dulu...Jee kata kalau aku takde duit dia nak bagi duit belanja pergi Shah Alam.

Nak jadi cerita date aku nak interview tu pulak harijadi Jee. Jee memang buat majlis harijadi tapi aku cakap aku tak dapatlah hadir sebab kena pergi Shah Alam. hari jadi Jee pulak 14 Feb.. masa tu orang Melayu masih tak kisah merayakan Valentine Day atau hari kekasih. aku beli hadiah untuk Jee tapi semuanya bertemakan hari Valentine. so aku pun beli coklat untuk Jee...bukan mahal pun...harga tak sampai sepuluh ringgit pun dan sekeping kad.mulanya aku tengok kad tu kad biasa tapi rupanya bila dah bawak balik baru nampak huruf Valentine nya. aku simpan aje kad tu dan bagi chocolate kat Jee sebelum aku pergi Shah Alam.

aku singgah kat rumah aku kat kampung sebelum aku pergi Shah Alam. sebab aku malas nak tumpang rumah orang. atau rumah mak saudara aku. interview tu belah pagi sampai petang. so aku rasa lepas habis interview aku nak balik je. aku pun singgah lah kampung aku sekejap hari minggu tu. aku lepak kat depan beranda. tiba tiba datang seorang gadis yang dah lama aku tak jumpa. Maznah.

punyalah cantiknya anak dara ni..manis...gebu...putih melepak...aku terkaku sekejap tengok dia bila dia bagi salam kat pintu dan tanya mak aku ada ke sebab dia nak belajar mengaji hari tu... hari Sabtu. dia pun tanya aku sekarang kat mana. aku sembang macam biasa tapi aku tak lepas pandang muka dia. cantik sungguh Maznah...

bila dia habis mengaji aje...aku terfikir sesuatu...aku ada sekeping kad...aku rasa ini masa yang paling tepat aku nak meluahkan hasrat hati aku kat dia...dengan sekeping kad yang aku tak sengaja beli bukan untuk Jee tapi rupanya untuk Maznah...memang kebetulan. aku suruh dia tunggu sekjap bila dia nak balik...aku pun masuk ke dalam bilik cari kad tu.dan aku sign nama aku dan tulis nama dia penerima...dia terkejut tanya kad apa...aku cakap nanti balik rumah baca okey. dia senyum dan cakap terima kasih. dia pun balik dan berjalan terhoyong hayang. aku tak tahu apa perasaan dia dan aku tengok tadi muka dia merah menahan malu.

esok lusa aku pergilah ke menghadiri interview kat Shah Alam aku sampai kat Proton pukul 10 pagi.

so, cerita ni bersambung part 3...

No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...