gambar hiasan sahaja
part 3
jenuh baca cerita ni sama jenuh aku nak fikir idea menulis ni... so lepas aku interview kat Proton aku balik terus ke Ipoh dan macam biasa kerja dan study Maths. aku pergi je kedai makan Jee tengok Jee takde. mak dia kata Jee tak sihat. esok baru Jee ada. dah bertampal kepala dengan koyok jepun apa lah Jee ni hahaha...Jee kata dia demam lepas birthday hari tu.
Jee kata dia asyik teringat kat aku je. terkejut aku dengan pengakuan Jee...aku dah rasa lain macam.. aku rasa aku tahu maksud Jee. dia ada menaruh harapan kat aku rupanya. aku rasa sebab aku bagi chocolate tema Valentine tu lah kot dia ingat aku ada perasaan kat dia. aku rasa nak slow down sikit supaya Jee tak salah faham.
aku banyak balik kampung je kalau ada masa free haha...nak jumpa kekasih konon...aku tak tahulah apa fikiran Maznah lepas aku bagi kad tu...yang aku tahu bila aku balik kampung aku tengok sikap Maznah dah mesra dengan aku dan family aku. kalau dulu lepas belajar mengaji dia tentu terus balik rumah tapi sekarang dia suka berlama lama ket rumah aku bersembang dengan mak aku...sampai ada satu masa tu dia tolong mak aku memasak tengahari...dan bapak aku pulak pernah cakap berkenan nak buat Maznah tu menantu...masa tu pulak aku ada kat kampung cuti sesekali...aku rasa masa tu adalah saat waktu yang paling bahagia dalam hidup aku bila kemesraan ni macam memberi sinar dalam hidupku...
tapi keadaan kat Ipoh pulak problem sebab Nazri kata kena pindah sebab rumah kedai kitorang tu kena rush.daripada ada problem baik pindah dia kata. aku tak sure pulak kenapa nak takut kalau ada rush ke apa sebab kitorang clean. mungkin mak dia tak suka Nazri duduk situ kot. so masa nak cari rumah atau bilik terhad maka entah macam mana Nazri kata buat sementara duduk menumpang kat rumah kakak ipar dia dulu.
masa tu nak masuk bulan puasa ...so aku terpaksa duduk rumah orang memang tak selesa...tapi takde pilihan. suami kakak kepada kakak ipar Nazri yang berkerja sebagai boss kat company dia sndiri yang kitorang panggil Yob tu nampak bengis sebab dia bekas askar. sibuklah dia tanya pasal kitorang. aku ni pulak jujur bagi tahu aje pasal family aku dah orang baik bagi kita menumpang. Nazri memang dirnag kenal tapi macam aku ni Yob anggap aku orang susah yang mengikut Nazri dan nak ambik SPM macam sebelum ni aku hanya pass SRP aje. aku memang bukan orang senang tapi keluarga aku sederhana lah. tapi Yob dah ingat macam tu dan nak tolong bayarkan duit SPM aku dan aku tolak elok elok lastnya dia kata anggaplah itu duit dia bagi aku pinjam katannya. aku dah kata tak payah tapi entah kenapa dia nak bagi jugak.
bila aku tersedar baru aku ingat tarikh nak bayar duit peperiksaan tu dah nak tutup aku pun bergegas ke pejabat lembaga peperiksaan Ipoh...nampaknya aku dah terlewat dan terlambat..tarikh dah tutup nak bayar...so, sia sia ajelah Yob bagi pinjam duit tu...sia sia jugaklah aku study selama ni...tapi Nazri kata takpe tahun depan boleh ambik SPM...aku pun masa tu fikir okeylah...aku tak sangka apa yang aku buat tu akan jadi satu peristiwa yang hebat dalam hidup aku.
aku pun berfikir aku kerja ajelah kat Ipoh ni dulu tunggu tahun depan boleh aku belajar Maths sampai aku boleh skor power power punya result...itu yang aku ingat...tapi masa aku nak balii Nazri kata dia nak pakai duit..dia nak pinjam duit Yob yang aku tak jadi bayar tu...aku fikir okeylah kot..lagi pun Nazri nak pinjam 100 je...ada lagi balance 100 tu aku pulangkanlah kat Yob...
Nazri sempat pinjam duit tu separuh ..Yob marah bila tahu aku tak register. Yob kata aku tipu dia dan salah guna duit dia...Yob kata dia nak aku bayar full duit tu sebab nak ajar aku. dia ingat aku beli paipon ke apa...aku memanglah kurus masa tu. so, cerita ni sampai ke kampung melalui mak Nazri dan dihebohkan pulak makcik saudara aku yang sorang lagi yang jeles pada hubungan baik family aku dan family Nazri .so, hebohlah satu cerita aku tipu duit orang.
tak cukup dengan fitnah itu aku dijadikan buah mulut lagi sebab memberi kad Valentine kat Maznah tu. yang ini pulak cerita kakak Maznah kat mesyuarat sampai ada orang tanya mak aku pasal ni masa mak aku menghadiri mesyuarat. kes mak aku ni aku tahu sebab mak aku pernah cerita ada ustazah isteri pak Imam hujung kampung ni pun mengajar budak budak belajar mengaji...mak aku cakap ustazah tu tetapkan bayaran yang agak mahal so ramai budak budak datang belajar mengaji kat mak aku sebab bayaran kat mak aku seberapa ikhlas. kadang kadang sampai 3 bulan baru nak bayar pun ada. mak aku tak kisah sebab dia mengajar bukan nak kaya pun.so, kat sinilah konflik antara mak aku dan ustazah tu.so, kes aku kira jadi isu propaganda dia lah.
tak cukup difitnah menipu duit orang dan dijadikan buah mulut ada satu kes lagi pulak kat rumah Yob. kali ni pasal adik perempuan kepada isteri Yob yang sudah bertunang. nama dia kak Norakila dia kerja kat SUK Ipoh dan selalu datang rumah Yob sebab nak shopping barang kahwin. dan dia ni baik kat aku...baik sampai dia bagi aku hadiah baju tshirt. kalau setakat baju tshirt biasa tu tak heranlah kan..ni dia bagi baju tshirt yang dia pakai kat aku. can you imagine that?
so, orang rumah Yob dah tahu pasal ni dan tak berapa suka pasal ni sebab kak Norakila tu dah jadi tunang orang...aku pun hairan kenapa kak Norakila buat macam tu sedangkan aku ni orang yang dia baru sangat kenal. lastnya Mimi anak Yob cakap aku ni mengingatkan dia pada ex boyfriend dia sebelum bertunang. patutlahhhhh...dan baju tu pun ex boyfriend dia yang bagi dia...so, perkembangan terbaru ni kasi point lagi kat Yob bercerita kat mak Nazri pasal aku kat Ipoh. dahlah difitnah lepas tu dihina pulak lagi...aku tanya kat Nazri macam mana. Nazri kata nanti kitorang pindah tempat baru lepas raya.
pasal kerja pulak aku dah tak kerja kat bas ekspress tu lagi sebab dia tak bagi cuti aku nak balik kampung raya...dia suruh aku kerja satu hari lepas hari raya...mana maunya aku punya kampung bukan dekat dekat Ipoh. so aku terpaksa resign. lepas raya aku start kerja kilang kat kilang Carsem di Aerodrome jalan Medan Gopeng. aku masa tu tak duduk dah rumah Yob dan aku menumpang sementara kat rumah sewa Along kawan kampung aku kat Pasir Pinji sebab Nazri kata Yob benci dengan aku.
masa kat kampung tu aku buat keputusan pada semua peristiwa yang melanda hidup aku ni...aku rasa terpaksa korbankan perasaan sayang aku kat Maznah. aku rasa untuk tidak memalukan Maznah dan memalukan mak aku elok aku putuskan sahaja hubungan aku dengan Maznah. so, aku dah menghindarkan diri dari Maznah bila aku terjumpa dia. Maznah tahu pasal ni dan dia bersedih pasal semua ni. bila dia datang mengaji pun dia mengaji dengan menangis depan mak aku. dari start mengaji sampai habis mengaji dia asyik menangis saja. lastnya dia berhenti mengaji dengan mak aku.
klimaks cerita ni habis bila lepas aku settle hutang Yob aku rasa aku nak mencari kedamaian hati kat kampung.dengan duit kerja kat kilang Carsem tu aku bayar full duit Yob dan aku bagi extra lagi 100 sebab menumpang rumah dia selama 10 hari tu. Yob masa aku jumpa tu macam serba salah dan mintak maaf sebab selama ni dia anggap aku bukan bukan. dia ingat aku nak lari dan tak bayar duit tu...tu dia kaw kaw kutuk aku kat mak Nazri. aku senyum je dan cakap dengan Yob ...jangan pandang rendah kat orang susah atau miskin Yob. itu semua Allah swt yang bagi rezeki.
aku pun berenti kerja Carsem walau aku tahu duduk kampung pun takkan mengubah apa yang terjadi kat aku...pasal Jee tu pun aku sempat jumpa dia dan cakap terus terang kat dia aku anggap dia adik sahaja. cukuplah aku tutup cerita sedih aku ni dan aku tanggung semuanya.duduk kat kampung aku kerja. Mak Nazri masa ni nak pergi Mekah dan dia sempat mintak maaf kat aku sebab dia tercakap sana sini hal aku kat Ipoh pada orang kampung. so, aku kata takpe makcik...sebab aku dah anggap dia macam mak aku sendiri...dia dengar aje macam tu dia menangis dan peluk aku.
kak Norakila dan family sempat datang kampung aku masa nak hantar mak Nazri ke airport tu dan cari aku. sebab nak mintak maaf sebab dia pun terbabit sama pasal aku yang dikata kacau tunang orang.so, apa guna lagi semua maaf ni takkan mengembalikan apa pun ...hanya di jadikan tauladan ajelah kat semua orang...
so cerita pasal aku, Ipoh dan Cinta habis kat sini...
akan ada lagi sambung part 4 yang last dalam tahun 1992 ni. macam cerita Avengers Endgame hahaha...
muchas gracias
adios amigos

No comments:
Post a Comment