Monday, July 1, 2019

merantau - bunga angkasa - part 1

gambar hiasan sahaja 
part 1

tahun 1992 aku punya destinasi ke Ipoh pulak...pengembaraan aku kali ini memang mengubah perjalanan hidup aku dan memberi kesan pada hidup aku..masa ni lah aku jatuh cinta pada Maznah insan yang kini jadi kenangan sahaja dalam hidup aku...okey mukadimah dia memang macam tu sebab memang tahun ni tahun cinta pertama aku...sorriii...hahhaa


aku buat ke sekian kalinya nak berhijrah lagi untuk membina masa depan yang cemerlang sebab aku rasa dengan SPM aje aku takkan ke mana pun...aku perlu sekurang kurangnya sambung study mana mana dan ada segulung sijil ikhtisas...aku punya aim ialah nak study kat Politeknik Ungku Omar Ipoh. so aku kena repair aku punya result SPM yang tak berapa okey tu. aku nak sekurang kurangnya lulus Maths...mungkin mustahil tapi aku nak cuba jugak demi masa depan aku.aku pun ikut lagi Nazri ke Ipoh. Nazri pun ambik STPM masa tu. aku tanya kenapa Nazri nak study kat Ipoh pulak? dia kata kat KL dia tak boleh study sebab selalu pegi clubbing ...aku rancangkan aku nak kerja sambil belajar untuk cari duit poket. tak kiralah kerja kat KFC ke kat McD ke...

Nazri memang takde contact kat Ipoh...so aku check kalau aku ada contact mana mana aku pun teringat kat Puti @ Norasikin kawan penpal aku Chan Kin Mun yang aku pernah kenal sekejap. Puti ni kawan dengan Rozi kawan kampung aku. dengan tak semena mena Rozi pun terjebak sekali dengan hikayat aku ni hahaha... Nazri dapat number dari Rozi je terus contact Puti...dengan ayat style playboy maka tunduklah Puti pada Nazri...melepaslah Rozi tu baru nak try Nazri dah potong jalan.

Puti pun carikan bilik sewa untuk kitorang kat Medan Kidd, Ipoh. memang strategik betul lokasinya dekat bandar dan dekat dengan semua kemudahan macam kedai makan dan pejabat pejabat. tapi rumah kedai lah bukan rumah sewa. okeylah tu... itu ajepun yang kitorang mampu sewa bilik je.so, Nazri dah jumpa Puti dan Nazri cakap Puti cantik macam Kuza.dengar macam tu aje hati aku pun berbunga bunga...oh syok sendiri aku sekejap...hahaha...

Puti pun carikan aku sekolah private untuk aku belajar kelas malam...entah macam mana kewangan keluarga aku masa tu okey sebab rezeki bapak aku murah tahun tu...so bapak aku sanggp bayar sekolah private aku tu bulan bulan ...takde lah sampai beratus pun tapi mungkin dia kesian kat aku sebab tengok nasib aku sebelum ni.  so...sekarang aku dah ada hala tuju dalam hidup aku. aku berharap semuanya macam apa yang aku rancangkan.

so aku kerja kat stesyen minyak pada mulanya...tapi itulah badan aku dah bau minyak petrol pulak aje...malam malam aku pergi kelas malam. itulah aku punya aktiviti dalam seminggu yang pertama. duduk menyewa bilik kat rumah kedai 3 tingkat tu ground floor ada satu restoran mamak...kat tingkat 1 pulak ada ofis peguam . kat tingkat 2 ada ofis event organizer dan last sekali kat tingkat 3 bilik sewa kitorang. tak lama aku kerja stesen minyak tu aku kerja kat restoran mamak pulak. tak lama jugak aku kerja restoran mamak aku kerja gudang beras  Aboo Taliboo. macam macam kerja aku buat aku hairan kenapa aku tak mintak kerja kat restoran fast food...entahlah...lastnya aku kerja kat company bas ekspress Grik - Lenggong...hahaha...

so, aku pun menjalani hidup aku dan entah macam mana aku tersilap mengatur langkah dan aku syok dengan Puti pulak sebab Puti ni bukan saja cantik macam Kuza tapi dia baik dengan aku..siap belikan hadiah baju untuk aku yang lasttnya aku bagi kat Nazri sebab aku frust. Puti mengaku dia sukakan Nazri dan dah ada steady relation dengan Nazri bila aku cakap aku suka kat dia. aku dan Nazri bermasam muka dalam seminggu tak bertegur sapa  dan akhirnya semua okey bila Nazri minta maaf kat aku.

nampaknya cerita ni panjang lagi...lepas je habis kisah cinta segi tiga tu..ada kisah baru pulak...so this is end of part 1...

No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...