Thursday, August 9, 2018

cindai - rindu serindu rindunya

lepas aku keluar dari hospital Assunta tu aku pun mencari tempat tinggal yang baru..iyalah sampai bila asyik nak menumpang rumah orang. aku rasa elok aku duduk bujang dan berdikari. macam macam hal kalau kita menumpang ni walaupun kita bayar sewa bilik. menumpang tetap menumpang...ada aje masalahnya...aku pun berpindah dari rumah mak saudara ke rumah kakak aku dan dari rumah kakak aku. dan lepas okey dari sakit denggi tu..aku pun rasa nak pindah menyewa rumah bujang.

so, aku pun tanya mana mana kawan yang ada kekosongan bilik . tanya punya tanya aku pun dapat menyewa bilik dengan Latif kawan masa kerja kat the Star dulu. terbal;iik pulak dulu dia menyewa dengan aku kat Oldtown sekarang ni aku pulak menyewa dengan dia...tempat dikosongkan oleh kawan aku yang kerja the Star jugak iaitu Dris. tak lama lepas tu Latif pulak pindah entah sebab apa aku tak tahu. mungkin sebab dia nak kahwin. tempat Latif pulak diisi oleh pak tam atau Kamrul yang jugak kerja di the Star.

aku join geng rumah bujang ...memang best masa ni...dalam dekat sebulan jugaklah aku nak menyesuaikan dengan diorang ni...maklumlah dalam rumah tu macam macam perangai macam macam negeri ada...duduk first time dekat rumah bujang aku masuk bulan Nov 1997. penyewa asyik bertukar sebab ada je masalah...masuk bulan atau tahun 1998 maka yang masih menyewa ialah

aku @ syeikh - kerja kat Umes
paktam kamrul- kerja kat the Star
izad - kerja Telekom
nizam - kerja kat KKM
azam - kerja kat KKM

husin - kerja kat KKM

ketua rumah sewa ialah Husin iaitu manusia yang diragui gender nya...kecelaruan gender...aku masuk rumah tu sebab aku kenal latiff dan dris...penyewa terdahulu yang menyewa dengan Husin. dan jugak Nizam.penyewa terdahulu yang berpindah ialah

latiff - kerja kat the Star
dris - kerja kat the Star
abang Ganu  - kerja kat KKM


bila Husin macam dah takde geng sebab kitorang semua geng lima orang bersepakat dan tak mahu berpuak puak dalam rumah tu macam style Husin so, dia pun bawak dua orang budak Sabah yang menjadi security guard ditempat dia kerja untuk jadi kawan dia. akhirnya dua orang budak Sabah ni pun ada masalah ...sorang kena tangkap basah dengan budak taska depan tu dan sorang lagi eksiden patah kaki dan pindah ke rumah saudaranya di Cheras. akhirnya Husin sendiri berpindah dari rumah tu sebab tak tahan dengan keakraban kitorang.

masa aku dah duduk kat Pantai Dalam ni aku belajar melupakan kenangan lama dan move on dengan kehidupan baru...dan empat orang kawan aku tu memang kawan sejati yang susah senang bersama. memang manis kenangan kami berlima. cuma yang tak bestnya Azam pun ada masalah juga pada akhirnya bila dia macam kantoi nak bayar sewa dan bayar bil telefon dengan kitorang. sudahnya kami hanya tinggal berempat sehingga aku berkahwin pada tahun 2002 dan di ikuti oleh Nizam dan Izad...dan akhirnya paktam Kamrul.

oh ye masa aku duduk rumah bujang ni jugalah bapak aku meninggal dunia, aku dapat panggilan masa tu bapak aku dah masuk hospital Tapah dan aku pun tunggu bapak aku masa tu. dah  mungkin tiba masanya untuk dia menemui Allah swt masa aku jaga dia. walaupun sebelumnya aku dan dia elok aje bersembang sebelah siangnya. semua urusan aku uruskan dari mula sampai akhir. aku bersyukur dapat menguruskan semuanya.

No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...