masuk aje dalam dept tu aku tengok staff perempuan aje ramai...aku ditempatkan dalam dept EDP data entry segala survey survey tu aku kena key in...data entry clerk rupanya...menimbun nimbun kertas research tu kat meja...kat sini kaya overtime la kot...
sekali boss dept aku tu perempuan cina ...dah nak masuk tengahari baru aku jumpa satu staff lelaki Mamat Zamri namanya. dia kerja kat dept coding . dept yang betulkan apa yang staff dept aku salah key in....baru seminggu aku kerja kat situ semua staff ramai pangkat kakak kakak dan kalau ada sama umur pun dah kahwin. adalah seorang anak dara kat situ namanya Marsiah. dia ni stye dia macam Rozina kat the Star dulu suka gurau gurau...aku pun tak sangka dia ada hati kat aku sampailah kakak kakak dalam tu cerita...aku ingat muka banyak problem macam aku ni takde sapa yang pandang...aku masa tu tak ambik pot sangat pasal perempuan ni...sebab aku cuma nak kerja dan cari duit untuk survive. sebulan aku kerja macam aku tak belajar apa apa pun kat situ sebab kerja cuma key in data aje....Mamat Zamri ajak aku masuk coding dept. tapi aku rasa biar aku faham kerja kat data entry dulu...pelan pelan kayuh.
masuk bulan ke 2 aku kerja situ. aku terselisih dengan seseorang yang aku rasa aku macam kenal. aku teringat seorang awek kat the Star dulu yang aku pernah ngorat. Maizatul namanya atau Mai. aku tegur tapi dia buat dekkk aje tak menjawap. aku pelik kenapa sombong sangat padahal dulu tak sombong macam tu. aku tanya kat Mamat dia Mai tu kerja kat dept mana...Mamat cakap Mai kerja kat dept Media. Mai yang aku jumpa kali ni berbeza dengan Mai yang aku kenal dulu. Mai kat SRM ni sofistikated berbanding kat the Star dia pakai baju kurung dan Mai sekarang dah bertudung. memang manislah bertudung sayangnya dia sombong dengan aku.dan buat buat tak kenal...tak mengapalah aku nak buat macam mana kalau orang tak suka kat aku...aku buat hal sendiri ajelah...
ada jugak kakak perempuan kat dept tanya aku camne aku kenal Mai...aku cakap dulu satu tempat kerja. dorang tanya kerja kat Kampung Attap ke. aku kata bukan aku satu tempat kerja kat the Star. kakak kakak tu cakap masa Mai kerja kat Kampung Attap ,KL tu boss Mai suka buat gangguan seksual kat Mai. pasal tu Mai berhenti. baru aku faham...mungkin Mai masih trauma akibat gangguan dari bekas boss dia tu ke apa...
rupanya aku ni staff releif aje sebab staff yang aku relief tu cuti bersalin. so bila dah masuk balik aku kena buat kerja lain. dan aku bosan sebab aku kena join dengan staff staff oku kat situ. sebab dept EDP macam kat the Star jugak staffnya macam tempat orang oku. kerja orang dept oku memang takde cabaran. aku jadi bosan...aku takde semangat nak kerja. aku bagi tahu Mamat masalah aku ni. masa tu aku dah asyik ponteng kerja. Mamat suruh aku mandi bunga supaya hilang rasa takde semangat tu. kira pulihkan semangat lah. tak sangka ada jugak amalan perubatan tradsional ni kat KL hahahaha...aku follow aje...aku datang rumah Mamat dan bapak Mamat yang buat rawatan tradisional tu kat aku. mandi air bunga dan limau nipis.
tak jalan jugak perubatan tradisional tu. aku terus terang kat Mamat aku hilang semangat sebab awek aku kahwin lain...hahahaha...

No comments:
Post a Comment