Thursday, August 9, 2018

cindai - tinggal sayang tinggal pujaan

Kenangan yang lama kutinggalkan
Tiada guna mengungkit kisah yg lama
Kelak nanti meracun hidupku
Tinggal sayang
Tinggallah pujaan...


masa ni aku dah kerja kat UMES kat seksyen 14 PJ dah . aku pegi interview sebab ada walk in...aku pun bergegas pergi lepas buat call. jawatan kosong yang ada  masa tu sebagai proof readers...aku sendiri tak tahu apa bendanya proof readers. rupanya kerjanya check content atau isi kandungan iklan yang nak publish kat newspaper. rupanya UMES ni syarikat pengiklanan...kira sama macam dept. Advertising  kat the Star lah...masa aku interview tu ada dua orang pegawai yang interview aku ... encik Ismail boss copy dan kak Yati boss HR. aku tengok masa tu ada Zurina yang bertudung labuh  apply masa tu dia pakai kereta Colt lama tu.

encik Ismail terus terang cakap kat aku dia nak staff perempuan so aku tak sesuai untuk jawatan itu. tapi kak Yati pulak cakap nanti kalau ada kekosongan dia call aku. aku pun rasa belum ada rezeki lagi. masa aku nak balik tu aku terjumpa Nizam yang dia dah dapat kerja kat UMES - dept akaun. dia dengan baju kotak kotak short sleeve dan seluar kaler hijau macam budak sekolah dan kasut Rohrine bengkak tu tegur aku sebab dulu dia apply write in akulah yang buatkan. aku pulak masa tu pakai baju Reject Shop yang kedut kedut seribu dan kasut Camel yang dah keras kembang dan dah takde shape tu.

dalam dua hari kak Yati call dia kata ada kekosongan jawatan kat dept. akaun secondment Utusan Radio Division. punyalah happy aku masa tu dah dapat kerja dan aku rasa aku gunting rambut pendek. dan aku segan sebab takde rambut sebab tu aku pakai kopiah tabligh pak Udin macam kopiah kumpulan Brothers tu. aku masuk kerja aje dah ada gelaran dari Manager Utusan Radio - encik Muhammad Abdullah nama dia. dia tengok aku atas bawah ...dia ingat aku ni tabligh ke Taliban ke apa...hahahaha...lastnya dia gelar aku Mat Sabu ...habis satu ofis panggil aku Mat Sabu seorang tokoh politik...kat Utusan Radio tu aku macam kena cultural shock...rupa rupanya syarikat Melayu macam Utusan ni lagi sosial dari masa aku kat the Star dulu. kat Utusan Radio ni nature bisnes dia menguruskan iklan radio. so aku kenal lah staff kat situ yang memang sangat ramah dan baik baik.

aku start kerja dalam bulan November 1997 macam tu  dan baru dua minggu aku kerja aku kena demam denggi masa aku admitted kat Hospital Assunta PJ datang staff akaun melawat aku iaitu Jeeva, Abang Din Abang Rahim dan Nizam dan Zul.adalah seminggu aku kat hospital. dan aku sembuh lepas tu aku pindah rumah bujang kat Pantai Dalam KL dan tak duduk lagi dengan kakak aku kat Kinrara dah..

dan rasanya lepas tu aku naik ke dept.akaun Umes pada tahun Mac 1998 masa nak raya. aku masa tu bawah unit Payable sama Nizam. bila aku naik atas dept. akaun aku masuk unit Credit Control bawah encik Saadi. menguruskan debtors. lepas tu dalam tahun  2000 pulak masa tu ada voluntary retrenchment separuh dari unit Marketing diberhentikan dan aku pulak ditukarkan ke unit Billing di dept.akaun.


No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...