aku park kat sini kisah kisah aku masa aku menghadapi masa masa susah dalam hidup aku lah kan..ye lah asyik cerita pasal jiwang aje rasa mat bunga bunga pulak sangat walau memang pun aku ni jiwang jiwang...
sebab bila aku dapat SPM punya result je dalam bulan Mac macam tu aku break dengan Noriza awek Kelate ni penpal aku dari zaman aku sekolah form two lagi. masa masih sekolah layan surat ajelah sebab long distance relationships. tak kemana pun akhirnya putus tahun ni sebab Noriza nak tumpukan pada pelajaran dan dia kata cita cita dia nak masuk Universiti. so, putus macam tu saja antara aku dan Noriza selepas aku menawarkan cinta aku kat dia dan dia reject.
okeylah kisah nya masa aku lepas habis SPM aku masa tu kira tak kerja pun orang tak kisah sangatkan...aku dapat result okey gred 2 tapi aku tak dapat masuk sekolah tingkatan 6 sebab aku tak cukup grouping...aku hanya mampu tengok kawan aku macam Ayip dan Lan masuk tingkatan 6 kat sekolah menengah Buyung Adil Tapah...sedih sebab rasa tercicir dalam mengejar cita cita...aku try mintak surat sokongan dari YB Tanjung Malim kot kalau dia boleh rekemen aku sekolah kat Tanjung Malim ke sebab result SPM aku okey walau tak sebaik mana...melalui jiran aku Acu Din yang kerja sebagai pembantu peribadi YB Tanjung Malim. aku pun pergilah jumpa jiran depan rumah aku ni dan dia boleh kata tulislah surat sendiri dan jumpa YB tu sendiri. camtu punya jawapan baik aku tak payah mintak tolong sebab aku mana kenal YB tu...orang susah macam aku ni siapa nak tolong kan? lumrah manusia...tapi itulah first time aku jumpa Maznah...hahahaha...dia dan kakak dia Yati kawan sekolah satu tingkatan aku tengah siang sayur nak masak kot kat dapur.
so, aku takde planning lagi masa tu aku try apply ITM dan ada jugak kawan aku Rozi dan Along yang sama macam aku result SPM tak cukup grouping ajak pegi belajar kat Maktab Adabi - Kelantan. aku suarakan aje dekat bapak aku masa tu. dan jawapan bapak aku mengecewakan aku. dia cakap dia takde duit untuk aku teruskan pelajaran sekolah swasta macam Maktab Adabi tu. memang betul duit yuran SPM aku pun kakak aku yang bayar. so aku kena terima kenyataan aku tak dapat ambik STPM...sedih...kalau tak mungkin dapat aku jumpa Noriza awek Kelate tu...
bila semuanya mengecewakan aku so, aku pun mula start kerja apa yang patut kat kampung...mulanya kerja kebun bapak Nazri... lepas tu kerja gerai satay kat benteng bas ekspress - foodcourt Bidor. lepas tu tokey satay tak bayar gaji seminggu aku berenti dan tolong kawan aku Murad jual burger. ada masa free hari minggu aku kerja kat gerai jual jambu. aku terfikir sampai bila aku nak macam ni. macam takde masa depan aje. Murad pulak cakap hujung tahun dia nak merantau ke KL.
so aku ikut kawan aku ke KL selepas gagal nak masuk ITM dan nak masuk sekolah tingkatan 6...aku lupakan semuanya...aku kena berhijrah ke KL untuk mencuba nasib walaupun kerja yang aku nak kerja tu hanya sebagai Security Guard kat KL tu. company tu nama Mahmood Security ofis dia kat Kampung Attap. hostel guard pulak kat jalan Ang Seng Brickfields.
masa first time kerja tu aku dan kawan kampung aku Sham dan aku duduk kat hostel sebelah kubur tu hahaha...Sham jaga kat post guard Kem. Kesihatan KL sebelah banggunan Dayabumi...aku punya post guard dekat je Petronas Bangsar yang dah tutup. sebelah pagi Joey dan sebelah malam aku. aku first night terus balik hostel aku pun tak tahu kenapa...memang salah aku lah mana boleh tinggal post. so, esoknya aku kena tukar jaga post kat Kodak seksyen 14 PJ yang aku tahu dekat dengan rumah mak saudara aku kat Sea Park PJ.
aku kerja kat situ macam macam orang aku jumpa...boss Kodak tu bukan main cerewet kat security guard rupanya. ada aje dia komen pelik aku dengan manusia macam ni. orang pangkat rendah macam guard pun dia nak pressure...kat situ ada dua post depan dan belakang. aku kenal lah abng jaga post guard belakang tu.tiba satu masa tu aku tak dapat balik dan tukar shift ... dah kenapa? makan minum pun tak tentu harap kawan yang aku kenal kat Kodak tu. aku pun berumah kat post guard tu dalam 10 hari. aku call ofis dan mintak pertukaran guard supaya aku boleh balik macam biasa. tapi sampai ke sudah ofis tak hantar guard untuk tukar shift. aku pun pelik takkan takde orang nak relief aku walau sehari...so, masuk hari yang ke 10 aku bantai tidur ajelah. abang guard post belakang suruh aku report kat Pejabat Buruh.
lepas tu malam tu boss Kodak tu boleh datang pulak melawat. dia tengok aku tidur dia call security officer aku . security officer aku pun datang dan belikan nasi goreng dan teh o ais kat aku. memang teruk company buat aku. aku pun fikir dapat gaji aje nanti aku blah. company buat staff macam kuli batak sikit pun tak fkir pasal kebajikan staff.
aku pun berenti kerja security guard sebab aku rasa aku hanya menyeksa diri aku sendiri sebab aku bukan tak boleh apply kerja lain aku masih muda dan banyak peluang lagi. aku pun balik kampung selepas kerja security guard dalam 2 bulan aje. habis lah cerita tahun 1989.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
entry special gaisss... - erti sayang dan cinta
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
STATISTIK DAERAH Senarai Mukim dan Statistik Penduduk Nama Mukim Penduduk Keluasan BATANG PADANG 34,200 orang. 52,836 hektar. CHE...
-
wajah siti aku paling minat masa album cindai so tahun 1998 ni merupakan tahun serba baru buat aku...kerja baru...duduk kat rumah ba...

No comments:
Post a Comment