Tuesday, February 27, 2018

nostalgia - panggilan pulau

bila dah pandai naik basikal ke sana ke mari...so, ayah aku selalu lah suruh aku pergi kedai beli barang dapur...selalunya pergi kedai kat dalam kampung aje...kat dalam kampung aku tu ada lah satu dua kedai...

kedai nombor 1 kedai kat taman Kandiah..kat mana tu ala dekat aje belakang rumah Mona...kedai ni pun baru je tapi sebab dekat kitorang pergi je kedai tu.

kedai nombor 2 kalau nak beli barang banyak sikit nama dia kedai Ahleng kat sebelah balai polis. kedai Ah leng ni aku suka pegi sebab ada ssatu kedai atau gerai dekat kedai tu namanya kedai Kassim ABC. menu paling sedap ialah laksa dan rojakdan jugak ABC...dulu ABC cuma 50 sen aje sebungkus.rojak ,mee rebus dan laksa 80 sen ...zaman bila ni semuanya murah...ni zaman atau tahun 80 an...bawak seringgit je dah boleh kenyang dah...

kedai ke 3? kedai India kat hujung kampung dekat dengan rumah opah dan nenek aku...kedai ni takde apa yang special cuma sebagai pilihan kalau kedai yang lain tutup atau barang habis.

lagi satu kedai ialah kedai Sarip...kedai dia ni macam apa ye...orang berjual beli dengan dia kat tingkap aje...mungkin dia takut orang masuk curi barang dia ke cam tu...

okey ada jugak lah satu lagi kedai yang aku tak selalu pergi iaitu kedai Kassim runcit ABC tadi...kedai ni aku tak pernah masuk tak tahu kenapa

No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...