dah cerita pasal kedai runcit dan meronda naik basikal ..aku cerita pasal mandi sungai dan mandi sungai hahaha...lokasi sungai kat kampung aku tu ada 2 tempat selalu mandi....yang tak bestnya sungai kat kampung aku ni kira dah macam kat hulu sungai dan airnya keruh...
lokasi pertama dekat dengan rumah aku iaitu namanya sungai Kenjor ye ke...entah hahaha...sungai ni datangnya dari kampung Jalan Bruseh dan melalui belakang kampung aku dan jugak penempatan cina...tu yang tak bestnya nak mandi ...tapi disebabkan budak kampung mandi jugaklah walau airnya keruh...so, nak rasa bersih sikit kitorang pergi hilir ke atas sikit kalau nak mandi....kalau kat belakang rumah aku tu jadi lokasi memancing je...ada jugaklah ikan kelubi atau ikan belida kat situ....pasal menjala ikan ni Jai dengan Check memang tererr ... aku berenang pun tak reti ...kalau mandi pegang kayu jojoi takut hanyut...
bila hari Jumaat je kitorang balik sekolah terus pegi sungai belakang Masjid tu mandi sungai..kalau hari lain selalunya nak mandi pergi hujung kampung sebab kat sana takde penempatan cina...nak tau apa yang selalu kitorang jupa kat sungai tu kalau area penempatan cina? selalu jumpa pampers atau tuala wanita...suweyyyy betul la kan...
lokasi kedua sungai kampung kat hujung kampung pasal tu kitorang mandi kat hujung kampung....tapi yang tak bestnya kat hujung kampung ada binatang lain tumpang mandi sama iaitu lembu lembu india atau benggali bela...tapi okey jugaklah boleh tangkap ikan pelaga dan dan ikan haruan kalau nasib baik dapat kepah...
lastnya kitorang bosan nak mandi sungai jauh sikit kat kampung Jalan Bruseh namanya empang simen situ ajelah mandi best walaupun jadi tempat pot pakwe makwe berdating...ada satu tempat mandi agak best kat kampung aku tu nama dia Lubuk Degong...tak pernah aku mandi kat situ...takut aku ada je orang lemas kat situ tapi selalunya yang lemas tu orang luar lah...tu sebenarnya kampung orang asli yang namanya kampung Chang...lokasinya atas sikit dari kampung Jalan Paku...lokasi mandi sungai lain ialah empang mayang kat Kg Poh...atas sikit lagi dari kampung Jalan Bruseh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
entry special gaisss... - erti sayang dan cinta
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
STATISTIK DAERAH Senarai Mukim dan Statistik Penduduk Nama Mukim Penduduk Keluasan BATANG PADANG 34,200 orang. 52,836 hektar. CHE...
-
wajah siti aku paling minat masa album cindai so tahun 1998 ni merupakan tahun serba baru buat aku...kerja baru...duduk kat rumah ba...
No comments:
Post a Comment