okey...tadi kawan perempuan aje yang aku cerita...ni kawan lelaki pulak...ye lah kalau nak pergi masuk hutan nak lastik burung, nak mandi sungai, nak memanjat pokok ke takkan nak bawak kawan perempuan kan...
so aku pun carilah kawan lelaki walaupun rumah diorang jauh sikit dari rumah aku...takdelah jauh mana pun...so bila dah ada klik atau geng lelaki tentu makin jauh lagi kita
merayau kat kampung dan kitorang create team bola kitorang sendiri dan
senang kalau nak ajak main bola kat sekolah atau padang kampung tepi
sungai hujung kampung...kat sini semakin luaslah kitorang punya pergaulan....
kawan lelaki ni namanya Ahmad Nasarudin atau aku panggil dia Chang aje...asalnya dari Parit, Perak jauh giler sampai ke kampung aku kan? Chang pun umurnya tua setahun dari aku. Chang ada 4 orang adik beradik iaitu Yus, Mai dan Jan. Chang ni dia terer pasal ikhtiar macam
Mc Gyver...mungkin sebab dia pengakap sekoalah. diapunya transport basikal chopper yang kelakar tu. tapi dengan basikal chopper tu lah dia tolong bawakkan baju aku masa aku sunat kat Madrasah. kalau dala team bola da punya posisi goalkeeper sebab dia tinggi,
kawan nombor 2 ni nama dia Norhisham Hashim...biasa panggil Sham dia memang suka main bola kalau kitorang tak main bola dia main sorang sorang je pun boleh. dia ada adik nama Adik hahahaa...aku tak tahu apa nama sebenar dia...Sham orang dia macam kaki buli jugak...yang jadi mangsa buli nya tentulah aku sebab aku ni jenis pendiam...posisi dalam main bola macam Midfields kira macam kapten pasukan la...dan the rest of the team ialah adik Sham , Jai dan Chek...
dekat sebelah rumah Sham pulak ada satu rumah lagi tapi bukan rumah kawan lelaki...dia kawan Ita dan Ana...namanya Monaliza Mohd Sabian..tahu nama je pun dah tahu dia cantik kan? dia ni kira anak orang ada ada jugaklah kat kampung aku tu.rumah dia besar 2 tingkat...kereta ada 2...kitorang kenal mona ni sebab selalu jumpa abang Mona iaitu cik Jah nak belajar pasal main bola sebab dia pemain bolasepak sekolah...kira coach kitorang lah... nama macam pompuan je cik Jah hahaha
ada lagi tercicir ke...ada sebab rumah kat depan jalanraya tu adda seorang budak lelaki...dia sebenarnya sepupu aku...aku tak berapa rapat sangat pun dengan dia...tak tahu kenapa...dia sekolah pun tak sama sebab aku sekolah Melayu dia sekolah Inggeris...Chang pun sekolah Inggeris juga tapi tak rapat jugak dengan dia. nama dia Mohd Nazri Mohd Yatim..kalau antara sepupu panggil dia Mozi je...aku jadi rapat dengan dia bila aku dah masa sekolah menengah nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
entry special gaisss... - erti sayang dan cinta
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
STATISTIK DAERAH Senarai Mukim dan Statistik Penduduk Nama Mukim Penduduk Keluasan BATANG PADANG 34,200 orang. 52,836 hektar. CHE...
-
wajah siti aku paling minat masa album cindai so tahun 1998 ni merupakan tahun serba baru buat aku...kerja baru...duduk kat rumah ba...
No comments:
Post a Comment