Thursday, August 1, 2019
bernafas dalam lumpur - 1993 part 2
aku terus bagi detail krew kerja Landsurveor ni terus hahaha...
Man@Din - dulu masa sekolah rendah aku kenal dia. lepas habis sekolah rendah dia dah tak sekolah lagi. yang aku tahu dia kahwin kontroversi dengan kawan sekolah menengah aku. bila aku jumpa balik dia dan dia yang offer kerja tu melalui kakros so.. aku dan dia memang takde problem lah sebab dia kenal aku dan isteri dia pun kenal aku. dia asyik menyakat aje masa kerja tu sebab dia senior..macam macam dia kutuk aku...nasib baik aku tak ambik hati sebab aku tahu itu style dia berkawan. Man dah kahwin dan style dia pun matured kerja dia banyak frontline dari mencari batu sempadan sampai menentukan batu sempadan.
Matnor - sama macam Man dia ni pun aku kenal masa sekolah rrendah ..lepas tu tak tahu dia ke mana...dia memang kenal aku lah. dia ni orang kedua dalam grup dalam grup kitorang ni takde pandai dan terlebih pandai ke apa ke...semuanya ada skill tersendiri...sebab Man nak rilek lebih so dia bagi kerja pikul kompas tu kat Matnor hahaha...bukan aku tak tahu ..Matnor mengikut aje mana tokey pegi suruh bawak kompas atau kitorang panggil dia Encik...sebiji macam caddy golf punya kerja hahaaaha...tapi Matnor memang nampak kuat kerja dan tak mengira kerja. Matnor bila habis kerja dia suka main muzik. dan dia memang pandai main gitar. ada jemputan kenduri dia akan pergi. Matnor belum kahwin dan aku sempat mendengar cerita cinta dia yang tak kesampaian dengan seorang awek yang kerja dekat kedai makan tomyam di jalan Sungkai. aku selalu lepak masa dia kerja jual jambu kat gerai masa malam malam. hari minggu Sabtu dan Ahad. pagi sebelum balik sempatlah kitorang minum sarapan kat kedai tomyam tu yang beroperasi sebelah siang. aku tengok standard lah awek kerja gerai. sesuailah dengan Matnor. cuma hubungan mereka tak direstui oleh makcik saudara gadis tu yang jugak tokey gerai tomyam tu. hemmmm....aku sendiri pun masa tu buang jauh jauh pasal awek ke girlfriend ke...walaupun awek lama aku tu memang ada kat kampung masa tu dan ambik SPM. so aku sedarlah aku takkan ganggu awek lama aku tu nak ambik SPM dan aku jugak sedar taraf aku masa tu bila kakak awek lama aku tu tanya aku kerja apa masa jumpa kat gerai bas ekspress ank hantar awek lama aku tu balik kampung....so, lastnya Matnor berhenti kerja dan dapat kerja dengan JKR. baguslah sekurangnya dia dah ada kerja tetap.... gagal dalam cinta bukan bermakna gagal dalam hidup beb...
Saiful - anak kakros yang offer kerja tu kat aku. bila Matnor berhenti maka Saiful masuk ganti. Saiful ni masa tu dia baru lepas habis belajar Vokasional. Baru lepas periksa SPVM . Aku tahu dia kerja sementara sahaja. pasal tu aku cakap yang kerja ni bukan nak orang bijak pandai. kerja ni memerlukan skill. Saiful masuk kerja memang slow dan lembap. so, masa ni aku pulak pikul kompas ganti Matnor. Saiful pulak ganti kerja aku. Saiful memang masih remaja dan suka main main kerja. Tapi dia rajin jugaklah. pun sama tak berkira kerja. Tak lama lepas dalam sebulan dua maka Saiful pun berhenti sebab dapat kerja Proton kat Shah Alam.
Udi - budak kampung Man aku tak kenal sangat. ganti Saiful...dia masih budak dan aku tak tahu setakat mana dia sekolah sebab memang aku tak tanya pun apa background dalam grup tu. faham faham sudah nak buat apa keypoh sedangkan jawatan kitorang sama je jadi kuli sukat....hahahah...tak banyak nak ceria pasal Udi. biasanya dia baru start kerja selalulah kena tegur dengan Encik. tapi nasib baik Udi okey. kitorang pun bagi tahu jangan ambik hati kalau Encik tegur pasal kerja. tu semua nak bagi cepat faham kerja.
Okeylah, so aku kerja dengan Encik dari bulan Julai 1993 sampai bulan Mei 1994 dekat setahun jugaklah kan. Takdelah boleh bergaya cuma aku dapat laksanakan tanggungjawab pada keluarga kat kampung. aku sempat jugak menyimpan seratus dua dan bukak akaun ASB. Itu tandanya rezeki berkat sebab duduk dengan orang tua. Tak lama jugak lepas tu anak saudara aku Along ajak aku apply kerja kat Proton - Shah Alam. Mula mula akuikut masa interview nak temankan Along aje. sekali isi orang temuduga tu aku dengan rambut panjang dan pakai baju tshirt dan seluar jeans. Aku ingat tak lepas. rupanya lepas. Setakat kerja sebagai operator tu aku tak heran sangat tapi diorang kata bila dah lama kerja diorang nak serapkan aku dalam Treasury dept. Perghhhh..itu aku memang aku tak boleh tolak kalau ada rezeki kerja kat bahagian Treasury dept tu...aku pun berhentilah kerja dengan Encik dan merantau kerja kat Proton.tapi akhirnya aku juga menemui jalan buntu kerja kat Proton bila aku masih teringat awek lama aku tu dan itulah problemnya di samping problem kerja dan duduk serumah dengan Along... macam mana pun bila niat aku kerja untuk tolong family kat kampung tu maka aku dapat jugak survive kat KL sampai sekarang. syukur...
so, kerja kat kampung tinggal Man dan Udi lah...aku dengar Matnor nak masuk balik mungkin Matnor mintak naik gaji kat Encik kalau nak masuk kerja bailk. entahle. lama aku tak jumpa Man sampai ada sekali tu aku jumpa Man dalam tahun 1997 macam tu dia kata Encik dah meninggal. Man pun dah kerja kat kilang tanah liat Kaolin sebelum Man kerja kat Kampar. dan duduk kat Kampar. Akhirnya dalam tahun 2016 aku dapat khabar Man sudah kembali ke rahmatullah selepas mak aku meninggal dalam bulan puasa. Aku dapat tahu kehidupan Man dah okey masa masa sebelum dia pergi tu. anak dia ada 3 orang dan dia duduk kat Kampar masa kerja kat situ. menurut cerita Amy isterinya yang jugak kawan sekolah aku masa form five. Itulah kesudahan kerja Landsurveyor aku dan kawan kawan aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
entry special gaisss... - erti sayang dan cinta
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...
-
STATISTIK DAERAH Senarai Mukim dan Statistik Penduduk Nama Mukim Penduduk Keluasan BATANG PADANG 34,200 orang. 52,836 hektar. CHE...
-
wajah siti aku paling minat masa album cindai so tahun 1998 ni merupakan tahun serba baru buat aku...kerja baru...duduk kat rumah ba...

No comments:
Post a Comment