Thursday, August 1, 2019

bernafas dalam lumpur - 1993 part 1


sebenarnya bukan bernafas dalam lumpur tapi bekerja dalam lumpur hahahaha...sebab masa ni aku kerja dengan Landsurveyor dengan Man dan Matnor..lepas tu masuk Saiful dan kemudian Udi...

cerita ni pun satu kisah yang terkesan dalam hidup aku sebab masa ni aku baru balik dari kerja kat KL dan disebabkan rasa tanggungjawab pada family aku balik kampung nak menolong ekonomi keluarga sebab kakak aku yang jadi sumber ekonomi kat keluarga dah kahwin pada tahun 1993. so aku kena backupu bapak aku dari segi ekonomi keluarga. maksudnya keperluan seharian lah yang sepatutnya dari dulu lagi aku buat macam ni hahaha...

aku try kerja kilang Bikamik kat jalan Sungkai tu sebab itu je satu satunya tempat kerja yang dekat dan senang apply sejak dari dulu lagi kan aku selalu apply kerja situ...boss dia asyik berganti ganti tapi orang Parit ,Perak katanya. masa tu Along pun kerja kat situ...dan dialah cakap kilang tu nak pakai orang kat aku...dan pekerja kat situ termasuklah namanya Saleh ,Fiza dari Slim River ...dan jugak 2 orang adik Wah kawan sekolah aku dulu......kilang tu poltery buat tembikar seramik dan tanah liat...aku ingat aku ada bakat kerja seni ni hahahaha...rupanya takde...memang bukan bakat aku buat seni bahan tembikar ni hahaa...lama jugak aku tak kerja tapi lastnya dapat rezeki kerja yang sama macam bapak aku punya kerja selama ni...tapi aku kerja dengan juruukur berlesen namanya Tan Seng Hoe...lastnya aku dapat tahu dia tu bapak kawan aku masa sekolah iaitu Tan Bee Lin...

kerja Landsurveyor ni macam kerja ukurtanah di jabatan kerajaan tapi bezanya kitorang kerja dengan company private. sebab boss atau tauke  kitorang ni bekas juruukur Jabatan Tanah dan Galian Batang Padang yang sudah bersara. nama dia Tan Seng Hoe. Dia punya projek kecil kecilan sahaja dan pekerja dia pun tiga orang je. gaji sehari dalam 6 ringgit atau yang paling senior dapatlah 9 ringgit sehari...takde socso takde epf ...hahaha...tapi kalau nak untuk cari pengalaman okeylah

cerita pasal kerja ukurtanah ni...memang takde apa yang aku nak ceritakan sangat..kerja pun buruh kasar sebenarnya cuma pasal ukurtanah tu best lah sikit ada benda yang aku belajar. sebab aruah bapak aku pun kerja ukurtanah jugak. aruah bapak aku ni sama level dengan tokey aku tu dia boleh ukurtanah...dia boleh buat plan macam draughtman dan da boleh jadi architect rumah atau bangunan kalau dia nak. semua peralatan kerja tokey aku memang aku dah kenal sebab memang kerja bapak aku ukurtanah. cuma aruah bapak aku takde kelulusan ikhtisas macam tokey tu. segala kerja bapak aku akan refer kat juruukur berlesen atau pejabat tanah untuk kelulusan..

pernah ada syarikat dari bandar Melawati kat KL offer aruah bapak aku ambik peperiksaan untuk mendapatkan lesen dan bekerja dengan company tu. tapi bapak aku terpaksa reject offer tu memandangkan faktor usia dia yang dah masuk 50 tahun masa tu. dan mana mungkin dia kena duduk KL untuk menghadapi peperiksaan sekurang kurangnya 2 bulan atau lebih. kalau tidak mungkin nasib aku dan family berubah masa tu memang tahun 1993.

panjang jugak ye pengenalan tu...hahaha,,,okey masa ni aku enjoy kerja sebab kerja dia memang belajar perkara baru setiap hari...ada aje yang aku belajar... cuma kena tahan telingalah sebab Man senior aku tu suka menyakat...okey sepanjang aku kerja dengan tokey ada 4 orang macam tu kawan satu kerja ukurtanah ni. kenderaan kitorang jeep sj410 tu yang selalu syarikat highway plus pakai tu...cuma kitorang punya jeep tu dah uzur macam tokey kitorang jugakle. kena buat entry lagi satu part 2 la macam ni sebab aku nak jugak detailkan pasal geng Landsurveyor ni...sebab masa kerja ni aku memang enjoy...

masa ni aku memang damai dan tenang fikiran aku tak fikir apa apa...cuma aku memang masih ingat lagi kat awek lama aku Maznah...mana nak lupa woiii awek satu satunya aku letak hati ...tapi mungkin masa ni semangat nak tolong family tu sangat menebal dan aku tolak tepi semua pasal Maznah...walaupun kalau aku nak sambung balik affair tu masih ada harapan cuma aku tak nak...

tapi bila aku terselisih dengan Maznah kat tengah jalan berkeadaan macam lirik lagu
Kris - Tiara tu...jika kau bertemu aku begini...berlumpur tubuh dan keringat membasah dahi..."
terus aku lupakan hasrat hati nak try balik kawan dengan Maznah sampai ada sekali tu maksu minah tegur aku masa minum kat kedai minum di pekan ...maksu minah mungkin beli tiket bas ekspress masa tu untuk Maznah kot...entah entah Maznah ada kat dalam bas...pertanyaan maksu minah kat aku masa tu "Mat kerja apa sekarang?" aku  diam dan hanya tersenyum sampai Matnor masa tu hairan sebab aku tak jawap . "Mi jawaplah akak tu tanya tu" pada aku sama ada aku jawap atau tak takde memberi makna pun pada dia atau pada aku. so aku tak payah nak pretend kat siapa siapa...

tu masa mula mula aku kerja masa Matnor masih ada kerja... masuk bulan Oktober macam tu aku dah lama sikit kerja aku layan kepala aku sendiri dan berulang naik beskal aje pun bkan ada motor aku ni...dari rumah ke rumah tokey Encik tu kat Bidor Park jalan Paku. kalau takde kerja aku lepak kedai kaset Ajid layan lagu punk rawk ...Carburetor Dung ke Pilgrims ke...aku dah tak fikir sangat pasal Maznah dah sebab aku tahu kalau aku tak kawan dengan diapun berlambak lelaki nak kat dia...so, aku kena terima hakikat ni takkanlah dia nak setia kat aku tak kawan siapa siapa walaupun dia ambik SPM tahun ni...kenyataan itu pahit tapi aku terpaksa telan semua kepahitan dan sedar diri aku siapa di mata Maznah atau di mata maksu Minah.

dan pada satu hari kakak aku balik kampung buat kenduri sikit sebab mungkin nak buat doa selamat sebab dia mengandung anak pertama. so, masa tu aku balik kerja aje aku terus tolong apa yang patut dan aku menggoreng ayam kat luar....tiba tiba maksu Minah datang kat aku dan aku buat baiklah sebab dia datang kenduri takkan nak sombong pulakkan? tapi lepas tu Maznah pulak datang dekat aku...aku pun rasa apakah aku bermimpi?

aku tegur Maznah gentleman macam takde apa apa antara aku dan dia yang sebelum ni kekasih...
"Maznah dah form 5 ye sekarang? dah makin cantiklah Maznah sekarang tentu dah ada boyfriend" aku tahu pertanyaan aku tu hanya akan melukakan hati aku sendiri. Maznah tersenyum riang macam dia suka sangat aku tegur dia depan maksu Minah. yang maksu Minah pun macam menyampah tengok Maznah happy pasaipa...  aku pulak menikmati saat itu merenung wajah Maznah yang selama ini aku rindui...terubat rindu aku macam lagu Hanya Padamu Qiara ...aku akui betapa cantiknya Maznah masa tu....tak lama lepas tu maksu Minah pun menyuruh Maznah balik sebab suruh rendam laksa sebab katanya ada adik angkat polis dia nak datang petang nanti. okey itu dia mesej loud and clear dari maksu Minah...aku faham apa pasal dia mention pasal adik angkat polis dia tu ...sebab dia nak bagi tahu aku...ramai lelaki nak kan Maznah so aku boleh lupakan niat aku nak memiliki Maznah. fullstop.

lepas kenduri kakak aku tu petang tu macam nak hujan...datang ke agaknya adik angkat maksu Minah tu ye... buat apa aku nak fikirkan semua ...hahaha..kau layan lah laksa kau maksu Minah oiii...aku nak layan mi kari lagi power dan lagi sedap...so, aku ambik basikal aku kayuh ke pekan nak makan mi kari kat sebelah kedai gunting maidin tu...mi kari ni style cina punya sebab aku kerja Landsurveyor lah aku pandai makan mi kari...memang sedap..yang original punya kat kedai hailam sebelah kedai jahit Yowsun...sebelah kedai basikal...tu semua kedai dekat dekat ...memang itulah hidup aku kat kampung kalau ada pasar malam je aku pegi pasar malam naik basikal pakai seluar pendek kotak kotak tu macam style rappers tu hahaha... ahhh itu semua aku layan supaya aku lupa pada realiti aku masih sayang Maznah...

aku ada jugak try ngorat awek kerja benteng bas ekspress atau kerja kat gerai Ajiman tu...tapi macam takde respon aje...mungkin aku tak serius hanya layan suka suka aje...tapi tak sangka jugak aku ada peminat. aku tahu bila satu budak perempuan yang selalu lepak rumah aku sebab mak dia kerja kat gerai ABC tu kata kakak saudara dia suka kat aku. aku hairan macam manalah kakak saudara dia boleh kenal aku. lastnya baru aku dapat tahu kakak saudara dia ni tolong mak dia berniaga kat pasar basah masa tu belakang stesen bas Bidor...

nama kakak saudara dia tu  Ila..dan mereka ni pun bersaudara dengan kawan baik kakak aku kat PJ Oldtown tu...yang nama dia kaktun ...so, kaktun...kakak saudara dia Ila .....ahhh macam macam lah...lastnya ku kenal siapa Ila tu adik kawan aku Roslina masa sekolah rendah...mukanya cerah cerah macam Cina...hahaha...ada jugaklah awek yang minat aku masa tu ...

habis citer part1...

No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...