so, bulan Februari ni sempena bulan kasih sayang untuk pasangan kekasih aku up entry cinta kenangan lama aku lah ye...layan sampai lebam cerita kisah cinta aku dulu dulu ni...hahahaha...
masa ni dalam bulan September 1993...aku masa ni kerja dengan private company Landsurveyor bapak schoolmate 1988 - Tan Bee Lin tu. bukan best pun tapi masa ni aku ketepikan hidup aku sebagai remaja yang perlukan teman atau girlfriend.
hidup
aku memang sunyi masa ni...takde kawan sangat ada sorang aje iaitu
anak buah aku iaitu Along . duit gaji kerja pun bukan banyak sangat tapi
aku happy. sebab apa? sebab aku ada aje bila mak atau bapak aku
perlukan aku. keperluan rumah aku sediakan seadanya ikut kemampuan aku.
aku
jugak start menyimpan sebab aku tahu aku punya kerja ni bukan ada
potongan epf...selama aku kerja dari bulan june 1993 sampai lah sept
1993 aku dah simpan rm300 dalam ASB . Along pulak dah beli basikal racing.
pasal
Maznah...bekas kekasih aku dulu...tahun 1992 aku declare dia kekasih
aku dengan bagi kad Valentine... dan terputus di tengah jalan walau aku
tak pernah ucap kata putus pun kat dia . apa yang terjadi dia stop
belajar mengaji quran dengan mak aku. lepas keadaan haru biru...dan mak
aku bagi tahu sebelum dia stop belajar mengaji tu..hari hari dia
menangis masa datang belajar mengaji...
itu
masa tahun sebelumnya...tapi tahun 1993 ...kali terakhir aku jumpa
Maznah ialah masa kakak aku buat kenduri sebab dia nak melahirkan anak
dia. so, masa tu aku baru je balik kerja dan aku terus ke luar rumah nak buat
apa yang patut...macam masa tu aku menggoreng ayam kat dapur luar rumah.
baru balik kerja ke Mat?
ye maksu...
kerja sukat tanah tu berapa dia bayar gaji
tak banyak maksu
tapi bolehlah saya tolong tolong beli barang dapur ke apa ke....
hemmmmm...
tiba tiba suasana macam hening seketika bila ada kehadiran seseorang dari jauh datang menghampiri kami berdua masa menggoreng ayam tu.... aku macam nak pengsan bila tahu Maznah yang datang...
Maznah tersenyum dia tengok aku...tersenyum? apa dia dah lupa ke aku pernah jadi kekasih dia dan dia pernah jadi kekasih aku? aku ni berdebar debar tengok dia datang. degup jantung berdetup detap kencang...sudah hampir setahun lebih aku tak bertemu dia sejak aku merantau ke kota membawa hati yang duka lara...memendam rindu kat Maznah...orang yang kat depan aku ni...
apa khabar Maznah...
baik abang Mat..
dah cantik ye Maznah dah sekarang ni
bertuahlah siapa dapat Maznah ni jadi gf...
takdelah abang Mat...
aku cuba kawal perasaan aku...memang perbualan tu terjadi secara tiba tiba terpacul kata kata entah apa apa yang mungkin hanya akan menyakitkan hati aku sendiri kalaulah dia jawap dia dah ada bf baru. namun aku hanya berserah aje...apa pun aku terima sekarang. jika itu yang aku perlu bayar untuk aku bertemu seperti ini. jika itu yang aku perlu bayar untuk sebuah penawar hati aku yang rindu yang aku simpan selama ni pada Maznah.
terubat rindu aku kat Maznah tengahari tu...angin bertiup lembut walau matahari boleh tahan memancar terik jugak...rambut Maznah menutup wajahnya yang redup itu. walau pun redup tapi ada seimbas cahaya manis dari pipinya...dagunya...bibirnya ...matanya....
dan macam biasa masa begitu cemburu pada kami berdua....Maznah macam happy sangat masa tu...dia duduk duduk dekat dengan aku sedangkan tempat duduk tu cuma sebongkah pasu yang diterbalikkan...bila dia duduk macam tu punya dekat sebab nak mengelak dari terkena asap dapur dan bahang api masa tu... aku pun try tak dekat sangat dengan dia tapi lastnya ku macam nak terjatuh pulak...Maznah ketawa tengok aku...aku pun bangkit pun ketawa...lastnya maksu Minah tengok kitorang dah lain macam je...dia pun suruh Maznah balik rendam laksa...itulah kali yang terakhir aku jumpa dengan Maznah dan takde dah jumpa lepas tu sampai lah sekarang....

jiwaku dipalu gemersik tak terkira
hampirku terlena dengan belaian mu
cintamu selembut sutera
menjadi saksi kasihku
tiada dua hanyalah satu
kau yang kucintai....
Maznah tersenyum dia tengok aku...tersenyum? apa dia dah lupa ke aku pernah jadi kekasih dia dan dia pernah jadi kekasih aku? aku ni berdebar debar tengok dia datang. degup jantung berdetup detap kencang...sudah hampir setahun lebih aku tak bertemu dia sejak aku merantau ke kota membawa hati yang duka lara...memendam rindu kat Maznah...orang yang kat depan aku ni...
apa khabar Maznah...
baik abang Mat..
dah cantik ye Maznah dah sekarang ni
bertuahlah siapa dapat Maznah ni jadi gf...
takdelah abang Mat...
aku cuba kawal perasaan aku...memang perbualan tu terjadi secara tiba tiba terpacul kata kata entah apa apa yang mungkin hanya akan menyakitkan hati aku sendiri kalaulah dia jawap dia dah ada bf baru. namun aku hanya berserah aje...apa pun aku terima sekarang. jika itu yang aku perlu bayar untuk aku bertemu seperti ini. jika itu yang aku perlu bayar untuk sebuah penawar hati aku yang rindu yang aku simpan selama ni pada Maznah.
sekelumit cinta segurun kerinduan
merempuhi ranjau duka
membara sehangat api
terhapus sepi di hatiku
terubat rindu aku kat Maznah tengahari tu...angin bertiup lembut walau matahari boleh tahan memancar terik jugak...rambut Maznah menutup wajahnya yang redup itu. walau pun redup tapi ada seimbas cahaya manis dari pipinya...dagunya...bibirnya ...matanya....
seulas bibirmu kelu tidak berkata
namun ada sesuatu
nur bisa dari matamu
terpancar cinta yang sejati
dan macam biasa masa begitu cemburu pada kami berdua....Maznah macam happy sangat masa tu...dia duduk duduk dekat dengan aku sedangkan tempat duduk tu cuma sebongkah pasu yang diterbalikkan...bila dia duduk macam tu punya dekat sebab nak mengelak dari terkena asap dapur dan bahang api masa tu... aku pun try tak dekat sangat dengan dia tapi lastnya ku macam nak terjatuh pulak...Maznah ketawa tengok aku...aku pun bangkit pun ketawa...lastnya maksu Minah tengok kitorang dah lain macam je...dia pun suruh Maznah balik rendam laksa...itulah kali yang terakhir aku jumpa dengan Maznah dan takde dah jumpa lepas tu sampai lah sekarang....
awan yang berarak
saujana membiru
cerahlah wajahmu di rimba senduku
menjadi hamparan cinta suci

No comments:
Post a Comment