ya ini adalah spin off dari kisah sebelumnya...kisah aku kerja general worker landsurveyor tu...nak cerita lebih detail sikit pasal awal aku datang KL dan terpaksa survive kat kota walaupun hati masih kat kampung. sebab apa kat kampung sebab awek lama kat kampung lah..apa lagi.
so bila aku dah terima kerja kat Proton tu...aku terpaksalah duduk kat KL balik and to be more specific kat PJ Oldtown rumah kakak aku yang dah kahwin dengan orang Tapahroad tu - pak Udin
datang interview tu pun pak Udin yang arrangekan jumpa dengan pegawai HR tu sebab sebelum ni ada first batch yang masuk kerja batch Saiful dan kawan kawan dia. dan aku dan Along ni kira second batch yang Proton buat untuk cari staff jadi apprentice aje.
aku ingat lagi satu masa dulu aku datang intrerview kat Proton sebab dapat surat dari Pejabat Buruh suruh aku interview dalam tahun 1992 masa tu aku kerja kat Ipoh. bertitik tolak maka aku dan Along duduklah kat PJ rumah pak Udin...kitorang duduk menyewa satu bilik berkongsi. mula ulanya Along okey tapi bila lama kelamaan dia orang dah tahu dia kerja Proton. Masa tu kerja kat Proton memang jadi sebutan orang sebab overtime aje dah double triple atau boleh lah dapat seribu sebulan kalau malas overtime...kalau rajin bayangkan berapa korang dapat? buat 5S aje pun dah dapat seribu sebulan. 5S tu standard operation procedure overttime iaitu mengemas...membershkan dan entah apalagi S nya. maksudnya bukan buat kerja penat pun kan?
tambah macam aku ni pulak dijanjikan jawatan sebagai staff Treasury dept. lagilah aku rasa ada masa depan aku kerja kat Proton tu.menyedari yang kitorang ni boleh dikatakan akan menjadi perhatian dan bualan orang kampung dan tentunya semua orang akan tiba tiba jadi kenal kat kitorang...hahaha..sehinggakan kalau masa kitorang tunggu bas kilang tu nak balik kat bus stop semua awek awek disitu akan terpaku melihat kitorang yang beruniform biru Proton ni.memang betul apa yang dikata...saham aku dan Along naik mencanak canak lepas kerja Proton. Along misalnya dari masa dia kerja kat bikamik poltery dulu takde siapa yang pandang. tapi sejak kerja Proton ni ada je saudara yang menghubungi dia. yang aku ni usah cakaplah kakak awek lama aku kat kampung dah mula tegur tegur aku ajak bersembang...tapi apa aku nak herankan kalau awek lama aku yang tegur lain lah cerita...
dan benar...ada awek kampung yang ingin berkenaan dengan aku iaitu Maslina dan jugak sorang awek kerja Georgetown kat PJ yang mukanya sebiji macam Vanida Imran masa berlakon Putera...tak kira lagi awek depan rumah kakak aku mak Along kat kampung ...dan jugak ada kakros cakap nak rekemenkan aku dengan cikgu sekolah yang menyewa kat rumah dia. fuhhhh...dalam ramai ramai tu aku hanya tertarik kat Maslina sebab dia orang kampung aku dan aku kenal dia sebab mak dia adik kawan kakak aku. dan nak certa pasal Maslina ni kalau sekali pandang macam rupa Kajol sikit.hubungan aku dengan Kajol..ehhhh... dengan Maslina atau Mas ni memang takde masalah...cuma aku boleh nak teruskan sebab tak sampai hati nak permainkan perasaan dia sebab hati aku masih kat awek lama aku...walaupun aku tahu entah ada masa depan dengan dia atau tak sebab dia takde dah kat kampung aku sebab dia dah balik kampung lepas dia ambik SPM dan kerja kilang kat Penang. cuma aku aje yang masih berharap kat dia. walaupun tak tahu ada peluang ke atau takde.
ye memang seronok dan best masa tu...tapi aku tak dapat bayangkan ada jugak tekanan masa tu...masa tu ramai jugakah kawan dan lawan...kawan kat tempat kerja ada jugaklah yang jelous dengan aku bila dapat tahu aku akan diserapkan ke jabatan Treasury dept. bukan orang lain kawan aku juga masa kat sekolah dulu. nama dia Ahmad Tarmizi. kalau dulu yang jelous dengan aku tu Ai @ Khairuddin sebab mungkin dia rasa terancam bila aku ada kat situ. silap aku anggap diorang berdua ni kawan aku dan percaya pada cakap diorang...aku memang silap besar...
kalau dulu Ai sabotaj aku masa hari interview Shah Alam tu...so bila Ahmad ni pulak dia bagi pressure kat aku masa aku kerja dalam unit dia..unit Conveyor pemasangan enjin dan transmisi. aku takde masalah kerja kat situ cuma dia yang tambah tambah cerita kat foreman atau mechanic yang aku tak boleh buat kerja. dia tak tahu aku terus direct tanya kat pegawai tu macam mane kerja aku okey ke tak okey..foreman dan mechanic tu cakap dia tengok kerja aku okey je...punyalah busuk hati seorang bernama kawan...akhirnya bila tengok Ahmad asyik jadi kaki kipas aje aku tak tahan...aku ditukarkan ke bahagian supplier iaitu bahagian orang orang yang kurang IQ kat situ...ye lah kerjanya cuma ambik spare part aje dan sapu sampah.
Aku jadi tension dan aku selalu ponteng...tambahan masalah aku lagi bila Along buat hal...Along dah eksyen dengan aku dan tak dengar cakap aku lagi bila paksaudara dia belah bapak dia ajak duduk satu rumah kat Subang Jaya. Along selalu lepak kat rumah paksaudara dia tu bila cuti dan tak inform kat aku, kakak aku atau orang rumah lain. dia buat ikut kepala dia sendiri je...sikit pun tak fikir orang lain. aku yang paling tension sebab satu bilik dengan dia. aku sabar aje nak buat camne dah lah tertekan kat tempat kerja lepas tu tambah tertekan dengan Along lagi.
klimaks pada semua ni aku kena panggil dengan HR dan HR kata aku diberhentikan kerja sebab 3 hari tak datang kerja dan tak inform sesiapa. Tapi sebab aku punya mechanic dan foreman baik hati dia suruh aku tulis surat kat HR dan bagi penjelasan kenapa tak datang 3 hari tu. kira macam surat rayuanlah. tapi apa nak dikata aku sudah diberhentikan 24jam sebab masih under probation belum confirm lagi...kalau sudah confirm mungkin ada budi bicara.
so aku pun tak kerja lagi kat Proton...aku nak kata menyesal pun ada kerana tewas dan mengikut kata hati dan perasaan. sepatutnya aku rilek aje dan pedulikan Along ..pedulikan Ahmad Tarmizi yang kaki kipas tu...aku pun menyusuri jalan jalan disekitar Proton pagi tu dan mengangkat kaki meninggalkan bangunan Proton dan melupakan pasal kerja kat Treasury dept.
so bermulalah pengembaraan aku selepas berhenti Proton. aku memang ingat nak balik kampung pada mulanya sebab aku dengar firts batch Proton dah ramai yang berhenti dan balik Bidor. tapi aku fikir kali ni niat aku nak bantu family kat kampung takkan aku nak mengalah balik kampung...entah datang dari mana semangat tu aku tak tahu...tapi sebab aku ni rasa dikhianati kawan dan anak saudara aku..aku selalu pergi ke rumah mak saudara aku masa aku ponteng tu...kat situlah selalunya aku dapat semangat dari kakak sepupu aku tu...dia yang faham jiwa aku..
masa aku jumpa HR Proton hari tu ada pegawai tu rekemenkan aku kerja kat Perodua di Rawang...dengar macam best aje tapi bayangkan dari PJ nak pergi Rawang nak pergi kerja macam mana? aku bukan ada transport . tapi aku usaha jugak sebab aku tahu Allah akan tolong orang yang berusaha. aku pun tanpa apa apa clue macam mana nak ke Perodua tu cuma gamble tanya orang je macam mana nak pergi. aku sampai Rawang naik bas dan aku naik bas lagi ke simpang Sungai Buaya nama tempat tu. aku berhenti je tepi jalan aku nampak signboard Perodua. memang itulah tempatnya...aku pun menapak dari jalan besar masuk ke kilang...masa tu tahun 1994 memang takde apa pun kiri kanan...yang ada masa tu hanyalah kandang lembu je kat situ...ditengah panas aku teruskan jugak menapak sampai ke dalam memang penat... tapi apa pilihan yang aku ada? nak naik teksi? duit pun tinggal 50 ringgit aje dalam poket. aku kuatkan semangat. lastnya aku sampai jugak ke ofis kilang Perodua tu. aku masuk ofis dan aku tanya kat kaunter. dia kata memang ada kerja tapi pegawai yang nak interview takde hari tu. dia suruh aku datang esok.....dugaaaan...
esoknya aku datang lagi dan macam biasa aku menapak lagi ..nampak kandang lembu lagi... tapi kali ni ada kereta hon aku dan pelawa aku naik tumpangkan aku. dia tanyalah aku dari mana. aku jawablah sejujurnya. dia pun kesian dan dia janji akan rekemenkan aku kerja kat dept dia iaitu dept body assembly iaitu tempat cat body kereta Perodua. aku dah lega dah walaupun belum ada hitam putih...penat aku berbaloi datang sampai 2 kali.
sampai kat ofs Perodua tu aku tak payah interview dah sebab yang tumpangkan aku tu pun pegawai jugak. so dia incharge dan bagitahu nak ambik aku jadi staff bawah dia...aku cuma isi borang dan bagi staff HR aku dah boleh start kerja. masalahnya sekarang aku memang tak boleh berulang dari PJ ke Rawang. aku kena cari rumah sewa dan aku sempat tanya kat pegawai yang tolong aku tu. dia pun bagi beberaapa nama sekali aku kenal satu nama tu Abdul Jalil Husaini. kawan sekolah aku kat Bidor sama macam Ai @ Khairuddin dan Ahmad Tarmizi....aku cuak jugak nanti aku kena tipu lagi dengan kawan sebab percayakan kawan. aku pun bersiap nak menapak ke luar dan ke jalan besar. masa tu dah tengahari budak budak kilang semua keluar makan tengahari. hairan jugak aku takde sistem kopun macam kat Proton ke. baru je aku melangkah setapak ada orang panggil aku. siapa lagi kalau bukan Ony atau Abdul Jalil Husaini. dia kata pegawai tadi tu bagi tahu ada orang kampung apply kerja dan satu unit. so dia cari aku hahaha...aku cerita punya cerita Ony pun cakap rumah sewa tu ada dan dia suruh datang hari minggu tengok rumah tu. berapa kali mau datang daaa...so, masalah aku sudah selesai. kerja dah dapat rumah sewa pun dah ada. nak pergi kerja pun dengan Ony lah nanti. sebab masa tu Perodua takde shift malam entah aku pun tak tahu kenapa.
masa yang dinanti aku kena pergi tengok rumah sewa hari mnggu tu dan aku start kerja hari Isnin. aku berat hati betul nak kerja kat Perodua ni tak tahu kenapa...sedangkan semuanya sudah dipermudahkan untuk aku...aku sendiri tak tahu kenapa...aku nak bertahan kat PJ ni untuk cover semua kesilapan aku buat masa kat Proton dulu...bukannya aku tak bersyukur dapat kerja kat Perodua. tapi entahlah aku berat hati nak duduk kat Rawang tu. tambahan aku pernah terkena dengan kawan dua kali dan takut terkena lagi. so aku pun tak jadi pergi Rawang hari minggu tu dan aku nekad nak cari kerja kat PJ atau KL.
aku pun mula mencari kerja berpandukan iklan kerja kosong kat surat khabar. aku bernasib baik sebab ada jugak yang kesian kat aku iaitu Maisham anak saudara pak Udin yang selalu lepak kat rumah tu . sebab Maisham masih study lagi kat maktab sains Mara KL dan family dia kat UK.. tinggal dia terkontang kanting kat sini sorang sorang. aku rasa dugaan dia lagi hebat dari aku...aku dengan dia pun temankan aku keluar cari kerja kat sekitar PJ dan Subang Jaya.
usaha aku akhir nya membuahkan hasil. bila aku dah hampir kehabisan wang belanja aku kena keluar dari bilik atas tu dan tidur kat luar sebab ada orang nak sewa start bulan depan. akhirnya satu panggilan telefon dari The Star Publication menyelamatkan aku dari terpaksa tidur kat luar kat bawah sementara aku dapat kerja. bilik bujang ada je tapi biasalah kadang kadang ada orang suka kadang kadang orang tak suka. Along? Along tak jadi duduk dengan paksaudara dia tu sebab apa ntah ada masalah ke apa aku tak ambik pot dah. baik aku fikir diri sendiri...
so selepas urusan masuk kerja The Star selesai dan aku jadi staff temporary selama 3 bulan bermula dari bulan July August dan September...okeylah tu nanti bila dah kerja boleh try usha tempat lain insyallah...aku masuk kerja The Star menguruskan event PJ Half Marathon kat Marketing dept.
mungkin rezeki aku...lepas aku punya tempoh kerja temporary tu habis aku ditawarkan kerja permanent/tetap kat Personell dept sebab kejujuran aku masa handle duit penyertaan PJ Half Marathon tu ada staff kantoi ambik duit penyertaan. so aku masuk Personell dept hujung bulan bulan September dan macam macam cerita aku kat The Star selepas tu...hahahha...tunggulah aku sambung pasal aku kerja kat The Star pulak kalau aku rajin...
apa kena mengena tajuk ni dengan entry ni? entry ni isinya pasal orang datang KL nak kerja tapi kena khianat dengan anak saudara dan kena khianat dengan kawan...mana ada pasal janji...ahhhh aku punya bllog aku punya cerita kakakaka...mungkin cerita pasal janji tinggal janji tu belum sampai lagi dalam entry ni ye lah ni macam cerita episod PILOT kan...
okey tq adios ...muchas gracias

No comments:
Post a Comment