Wednesday, November 1, 2017

other half story - madi 1

guard post tnb -
ye sorang kawan lama aku masa kat sekolah...yang aku track dari tahun 2000 lagi...aku track macam tu aje la...tanya kawan kawan sana sini. last news about madi yang aku tahu dia kerja kat KL kat  hotel Armada PJ. tu tahun 2008. bila dalam tahun 2010 kawan kawan aku kat sekolah berkumpul di Facebook dan bercadang membuat reunion maka hanya ada beberapa orang hadir...tapi madi memang takdelah...menurut kawan kamal namanya dia ada kat kampung dan diorang suruh tengok madi sendiri. aku yang heran bagitau ajelah apa cerita madi tu sakit ke sihat ke...itu aje...so dalam tahun 2011 aku dan nazri berjumpa dengan madi masa lepas raya. kitorang dapat track dia kerja kat post guard tnb jeram mengkuang


king of sorrow
aku tak tahu kenapa madi suka lagu ni..rupanya dia dah lama balik kampung setelah hidupnya kelam kabut...dia bercerai dengan isterinya dan dia mendapat hak penjagaan anaknya yang oku. setelah itu maid terpaksa balik kampung untuk memelihara anaknya dia yang tanpa pekerjaan pada mulanya mengusahakan ladang kelapa sawit dan akhirnya dia dapat kerja jadi security guard tnb. okey jugaklah kerja tu ada solid sikit pasal tnb. tapi madi kata gaji asyik lambat aje...dan kadang kadang gaji lambat sebulan.

angie
madi masih suka pada muzik buktinya dia masih ada gitar untuk dia cipta lagu sendiri walau takde apa yang dia dapat dari lagu ciptaan dia.. madi banyak mencipta lagu masa dia duduk kat post guard tu. sebagai kawan aku tolong apa yang patut. aku tolong submit lagu lagu kat media sosial. memang susah tapi aku cuba dan aku tolong madi. dan bila madi dah aku bawak ke dunia sosial barulah ramai orang sedar kehadiran madi. kalau tak selama ni dia terpinggir. biasalah...manusia ni kalau kau jatuh dan kau susah takde siapa nak ambik tahu. so...aku dan nazri bawak dia kat community kawan kawan lama...semua dah macam sedar madi ada...lastnya madi jugak undur diri sebab waktu itu dia amat rendah diri pada keadaan diri dia berbanding dengan kawan kawan lain. tapi entah macam mana ada pulak kehadiran bunga bunga cinta dalam hidup madi bila salah seorrang kawan dalam grup tu macam dah temui jodohnya dengan madi iaitu nozie... lagi pun masa tu madi duda dan nozie pun janda. akhirnya mereka menikah dan jadi suami isteri.


proffesion of violence
sebenarnya madi ni bukanlah susah sangat. sebab latar belakang keluarga dia ada seorang abang yang berjaya. so, mungkin yang ini madi tak cerita kat aku. dia sama dengan nazri punya abang yang berjaya sedangkan aku tak sama macam diorang. cerita ni aku tahu sebab abang madi contact nazri sebab nak buat event syarikat dia. tentu masyuk jugaklah bayaran pada nazri tu.

No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...