Sunday, May 23, 2010

nostalgia - barang yang lepas jangan di kenang...

dah lama giler aku tak update blog aku yang satu ni...adalah dekat setengah tahun...sorri pembaca semua yer...okey jom teruskan kembali menceritakan perihal Bidor melalui kacamata aku...
bila aku dah agak besar maka rasanya mestilah kena proses berkhatan...
well, masa tu umur aku dah12 tahun dan tahun depan aku akan naik tingkatan satu...selalunya camtu lah kan...kalau dah berkhatan nanti baru boleh jadi orang yang meningkat dewasa...
cuti penggal ke 3 aku pun mendaftar untuk bersunat beramai ramai dekat masjid...ini anjuran persatuan JKKK kampung le ni...
pada awalnya kitorang berarak dari rumah ketua kampung...sampai di masjid kami diberi makan dan minum sebelum upacara berkhatan bermula...apa yang aku tahu kitorang semua mengambil nombor giliran...setelah itu aku mendapat nombor 5...aku bersyukur tak dapat nombor 20...kalau nombor 20 sampai ke senja baru boleh balik...
maka seorang demi seorang dari kami dibawa masuk kedalam bilik untuk dikhatankan...tiba giliran aku...aku pun masuk kedalam bilik memang ramai juga orang kat dalam tu selain orang yang mengintai dari luar...macamlah tak pernah tengok orang bersunat...
aku punya proses berkhatan sangat cepat sebab belum sempat aku baca al fatihah sampai habis dah settle...aku dah boleh berjalan sambil memegang kain...aku tak tahu macam mana aku nak balik...sebab aku memang takder kereta...nasib baiklah ada jiran kakak aku iaitu cikgu Saharuddin abang kepada Tajahar yang datang melihat adiknya sudi menghantar aku balik ke rumah.dan tak lupa juga kawan aku Chang@ Ahmad Nasaruddin yang membawa baju dan seluar aku dengan basikal choppernya...
rupa rupanya kisah aku dengan keluarga kawan aku Tajahar tu tak berakhir kat situ sahaja...aku mengalami 2 episod yang berkaitan dengan adik kawan aku itu...adik perempuan Tajahar...INA namanya...

No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...