Wednesday, April 29, 2009

nostalgia - di manakan kucari ganti...

masih tak puas rasanya bercerita pasal kampung Jalan Paku...tapi dalam ni bukan fokus pasal kampung tu sahaja...ni kena cerita merata ceruk daerah Bidor yang aku pernah jelajahi...ehehehe...dengan memori yang lampau...termasuk jugaklah kisah cinta tak cukup makan aku tu...jangan marah...
entah atas sebab apa aku pun tak berapa pasti...aku dan family terpaksa berpindah balik ke kampung chegar walaupun rumah tu masih separuh siap...elektrik pun tak masuk lagi...well...mungkin sebab berebut buah durian kot?yang aku tahu belakang rumah aku pulak ditegakkan tiang seri tandanya ada orang nak buat rumah kat tanah belakang tu ler...masa tu aku budak sangat apalah yang aku tahu...
aku kembali bermain di kampung kelahiranku...masa ni aku dah darjah tiga sekolah masih kat jalan paku lagi...aku dah mula berkawan ngan budak dalam kampung tu...dan masa tu jugak aku belajar bawak basikal...

No comments:

Post a Comment

entry special gaisss... - erti sayang dan cinta

hello gaisss. ..erti sayang dan cinta sebenarnya terpulang pada pengertian dan penilaian kita sendiri...berkaitan dengan perasaan dan pene...